BELAJAR MENGULI ROTI

PENGALAMAN BARU BUAT TEMAN

Terbaca iklan di FB,terus daftar tanpa fikir2 lagi.
Dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.Bayaran satu sesi RM100.00, jika ambil pakej hanya RM150.00 sahaja.
Seumur hidup tak pernah menguli tepung.Teman tahu makan tanpa peduli cara membuatnya.

Kelas dimulai dengan resepi roti longos istimewa dari Hungry.
Di datangkan khas seorang lelaki berbangsa Hungry bernama Adam.
Dalam hati...apa kebende le roti longos ni,seumur hidup inilah kali pertama mendengarnya.
Bila siap,roti ni lebihkurang roti arab.Kata isteri Adam,di Hungry,roti longos,roti orang miskin.Di cecah,kari atau disalut dengan sos bawang putih dan minyak zaiton.Teman dah makan,dah rasanya sangat sedap!

Lepas tu,kami di ajar cara buat pastri cabonara.
Dengan mengunakan mesin pengadun,semua nya jadi mudah.
Teman benar2 tertarik dengan pengadun Noxxa.keluar pastri,cantik tak melekat macam selalu.
Tanya harga.....Subhanallah!ahli Amway RM920.00.Jika tak ahli...atas 1000k.
Mahal gilllaa!

Mereka ajar cara buat kuah cabonara.
Yang pasti semuanya mengemukkan!
Letak cendawan butang,letak macam2!
Bila makan....sedap juga.!

Sebelah petang,teman belajar buat roti.Di adun dengan mesin.dan sekali diadun mengunakan tangan.Penat juga jari jemari menguli tepung...
Dalam hati...bukan senang nak makan roti sendiri.
Kena bersusah payah baru dapat rasa hasilnya.

kami buat satu adunan tapi menghasilkan aneka rupa roti berperisa berbeza.
Roti kacang merah,sarang semut,roti sosej dan bun berperisa ikan .
Berbaloi?
Mestilah!
kalau tak segigih ni,teman tak akan tahu apa2 pasal roti.Walhal...rotilah makanan paling teman suka.
Jika travel kemana sekali pun,teman rela makan roti daripada makan entah apa2.
Bagi teman roti makanan ringkas yang menyihatkan.

Selepas berpengetahuan,insyaALLAH teman akan cuba.
Mana tau satu hari nanti jadi tokey roti?
Tak gitu?
Rezeki ayam nampak ditaji,rezeki orang manalah tahu....


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH