BAZAR RAMADHAN

SETIAP TAHUN MASALAHNYA SAMA SAHAJA

Peniaga bergaduh dengan pihak majlis,berebut tapak niaga,laukpauk basi...
Ayam percik sejuk,kuih tawar hebeh...
Sama je...tiap2 tahun begitulah adanya.
Tiap2 tahun,ada je kes peniaga di halau dari berniaga.Ada yang buang nasi,ada yang bertumbuk...
Kadang2 teman terfikir....
Puasa ke mereka?islam ke mereka?
Puasa tapi tak sabar dan tak bertenang.Peniaga dan pihak majlis sama sahaja.
Yang pasti RM menjadi tajuk hangat dewasa ini.Masing2 cuba mencari sesuap rezeki untuk aidil fitri nanti.

Teman turut ke bazar,menu utama teman masak,tapi kuih muih teman beli je.
Anak lelaki teman yang cerewet tu suka sangat makan ayam goreng yang di gunting dan di lumur perisa pedas.
Hari pertama beli ayam gunting...teman minta dia buangkan kulit ayam,teman tak berapa suka anak2 teman makan kulit ayam.
Jawap mereka...memang tak ada kulit kak,kalau ada pun saya akan buang.
Mereka tunjuk kat teman proses buat ayam gunting.
Ayam di lumur dengan tepung dan goreng garing.
Hari yang sama,teman nampak ayam tu terendam dalam mangkuk berair berwarna pink.Hari2 teman fikir samada air yang bertakung tu ada perisa atau darah ayam.
Esok teman beli lagi...dan lagi dan lagi..
Lama2 teman rasa bersalah sebab beri anak makan makanan yang subhah.

Tadi teman kata kat anak...
Tak payah lah beli ayam gunting tu lagi.
Ibu geli lah...
Anak teman tanya kenapa bu?
Teman tunjuk kat dia...cuba tengok tu,ayam tu dok dalam mangkuk air kaler pink,patutnya ayam tu di toskan supaya darah2 akan mengalir keluar.Cuba tengok lalat2 tu...gelilah!
Anak teman jawap ibu selalu macam tu,kalau tak mahu kasi Alif makan makanan yang Alif suka,selalu kata macam2 pasal makanan tu.
Teman jawap bukan macam tu,apa hukum makan darah?
Dia diam...
Teman sambung lagi....
Ibu rasa tak seronok bila tengok macam tu.sambil muncung teman hala ke peniaga tu.
Dia diam....
Kami berjalan balik....
Dalam hati..kesian kite semua,beli makanan bukan free,tapi tak dapat makanan yang sepatutnya.Tak dapat makanan yang betul2 bernilai untuk masuk dalam perut.

Jika ke bazar,teman akan beli kat peniaga2 yang biasa berniaga bukan peniaga bermusim.Peniaga bermusim bagai cendawan tumbuh tapi tak ada nilai langsung.
Ayam percik hangat di luar beku di dalam.
Udang besar nampak menyelerakan tapi lembek dan berbau.
Kadang2 teman terfikir....mereka tak perasan  ke?mereka tak nampak ke?
Atau mereka benar2 hanya mahu mengaut keuntungan di bulan yang mulia ni.

Kepada para peniaga...
Anda jangan kire untung hari ini,tanpa melihat akibat akan datang.
Kami membeli dan anda berjualan.Kami ada hak atas setiap pembelian kerena bukan free.
Ingat sikit....urusan jual beli ini bukan tamat setakat ini sahaja.Ia akan berlanjutan di padang Masyhar nanti.
Ingat tu!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH