Posts

Showing posts from June, 2016

AKHIRNYA SEORANG LAGI ANAK TEMAN KHATAM QUR AN

RASA BANGGA DI SUDUT HATI

Anak teman tak sebijak anak orang lain,tapi dia sihat dan pintar.Mungkin otak tak sama dengan kanak2 genius yang lain.
Akhirnya dia berjaya menamatkan 30 juzuk Al Qur'an dengan bacaan yang baik.

Teman tak mahu jadi ibu moden tak ada ilmu.Teman juga tak mahu anak2 teman masuk neraka,sesebuk mana sekali pun.mengaji,sekolah agama tetap teman utamakan.

Ada kawan2 tak menghantar anak2 mereka  ke sekolah agama.Alasannya....dia orang penat,banyak kerja sekolah.
Teman selalu memberi pendapat jujur.Tak boleh....kena sekolah juga.Sekolah agama ajar mereka banyak perkara.Tentang sirah Nabi,akhlak,tauhid,tajwid dan  berbagai bagai lagi.
Semua tu kite tak mampu ajar,kite boleh ajar matematik tapi kite tak mampu ajar mereka tentang banyak perkara berkaitan agama.

Kelmarin..anak bungsu teman tanya soalan sempoi..
Apa itu jimak?
Teman terpaku malu...Dalam hati...awat le tanya soalan macam tu.Ibu maluuuuuu...
Bayangkan?


Sebagai ibubapa,kite kena usaha agar anak2 kite keka…

KUIH RAYA

HARGA MAKIN GILA GILA

Dulu...kawan teman jual kuih telap kecil....RM12.00 je.
Tahun lepas...RM13.00,maknanya NAIK RM1.
Tahun ni....kawan teman jual kuih telap yang sama....hanya RM18.00 je...
NAMPAK?
Kerajaan prong prang prong prang....saman peniaga bagai!
Barangan tetap NAIK.Teman tak salahkan kawan tu,dia berniaga kuih dan berkurun zaman.
Bila dia dapat bahan mentah yang dah tinggi harganya,maka harga kuih dia terpaksa di NAIKkan.
Teman tak salahkan kerajaan sebab ....kerajaan sibuk,tak ada masa nak pantau semua perkara,
Yang teman salahkan ialah....KITE!
Kenapa kite beli juga barangan yang NAIK harga gila2 tu?
Sahabat jawap...rayakan?semua orang akan beli kuih.Bila raya mesti ada kuih,bila ada kuih maknanya hari rayalah tu.

Teman memang suka makan kuih,sebab tu potensi kencing termanis di dunia.
Teman cuba kawal nafsu,tapi...lagi di kawal lagi banyak balang contoh maiiii depan mata.
Ada kawan jual kuih semperit resepi arwah bondanya,ada kawan jual berbagai kerepek....
dari selatan …

DECOUPAGE

Image
KEHENDAK PELANGGAN BERMACAM MACAM.

Teman promote keje teman awal2 lagi....
Sebelum puasa,dah masuk puasa..teman cuba habiskan seadanya.Semua permintaan kawan2 dah tertunai.
Untuk upah diri,teman buat balang2 cantik untuk diri sendiri.
Teman cipta dengan penuh kasih sayang.
wah!cantiknya...kata teman sendiri.

Semalam,ada kawan call hendak teman buat balang lagi.
Teman bukan menolak rezeki tapi...teman banyak lagi kerja tergendala.Kecilkan baju anak2,kemas rumah dan sebagainya.
Teman dah war2kan....order telah di tutup,tunggu tahun hadapan.
Entah mungkin dia terdesak,dia mohon dibuatkan satu untuk diberi pada ibunda tercinta.

Teman dah janji pada diri,tak mahu lagi buka kotak warna,semua dah di susun rapi.
Teman tak mahu hari raya yang comot,teman nak rumah cantik berseri seri.
Tolonglah.....katanya,saya nak call kelmarin tapi terlupa.Plssss...rayunya di hujung talian.

Otak teman berputar ligat,teman tak mahu tolak rezeki dalam waktu yang sama teman tak mampu nak buat lagi.
Akhirnya....…

ZAKAT DAN ASNAF

Image
MACAM2 PENDAPAT YANG KITE DENGAR,KITE BACA ..
MANA SATU NAK KITE IKUT?


Dosa rakyat Malaysia makin bertambah.
Teman tak tahu nak kata apa dah....
Antara tanda2 kiamat bila rakyat mula di zalimi.Mula di bebani dengan berbagai2 masalah.
Kerajaan tak untung,rakyat kena bantu
Kerajaan tak berjaya dalam satu2 perancangan,rakyat kena bantu...
Pendek kata...rakyat kerjanya tukang cari duit untuk kerajaan.
Kerajaan pula kerja nya hanya mencari untung untuk diri sendiri dalam waktu sama mengikis rakyat jelata.

Kadang2 teman terfikir....
kenapa kiamat lambat sangat?Wpun teman takut,tapi teman nak penyanggak2 ni mati dalam kesesatan.Biar mereka rasa seksa bila kena campak dalam api neraka,biar mereka tak sempat bertobat,tengah buat jahat terus mati!
Ish!
Sahabat kata..tak baik doa macam tu....
Teman jawap...geram!
Sahabat kata...biarlah mereka,kite buat kerja sendiri.
Sahabat kata...biarlah.....
Teman jawap melampau sangat!tak bayar zakat kat kerajaan pun satu dosa?
ish!
Merepek kan?

Sahabat kata…

WANITA MELECUR GARA2 GUNA HP KETIKA ISI MINYAK

Image
BIAR BETUL?

Bila kite isi minyak kat stesen minyak,beberapa amaran dah tertulis di situ,
Antaranya ialah..padamkan telefon bimbit anda ketika mengisi minyak.Atau di larang guna hp ketika mengisi minyak atau sebagainya.
Pendek kata....larangan dah keluar,kite yang masih bermimipi.

Anak2 selalu pesan...
Ibu jangan guna hp,ayah tengah isi minyak.Ibu baca tu!
Pendek kata...ada ketika teman pun dungu,masih guna hp masa nak isi minyak,sebabnya?tak pernah lagi teman baca atau dengar kesahihan larangan tu.
Hari ini,dengan rasminya...
Teman akui dan merasa sangat takut,bila baca berita terkini ini.
SEORANG WANITA MELECUR AKIBAT GUNA HP MASA ISI MINYAK.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita melecur 60 peratus apabila disambar api akibat menggunakan telefon bimbit ketika mengisi minyak kenderaannya di sebuah stesen minyak di sini, tengah hari tadi. Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.25 tengah hari sebelum sebuah jentera dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadi…

KUIH TART KEGEMARAN TEMAN

SUSAH SUNGGUH NAK DAPAT KUIH TART SELERA TEMAN

Dalam banyak2 kuih kat dunia ni,teman paling suka KUIH TART.
Pada teman kuih ini sangat sempurna rasanya.Ada masin ada lemak ada manis...
Pendek kata...memang sempoi meratahnya di pagi raya.

Pada teman kuih tart paling enak ialah tepung tak manis,peroi,masin sikit  dan lemak rasanya.
Inti nenas yang tak manis sangat,masam dan lembut.
Setakat ni ada penjual yang menghasilkan tart terbaik,tapi kadang2 demandlah pulak!
Buat kite...Boring..

Langkah bijak..
Tahun ni teman nak buat sendiri!
Padan dengan muka peniaga kuih Tart,teman dah tak sudi nak order lagi.
Makan lah sendiri!
Teman dah mampu buat tart lepas gi belajar memasak biskut untuk raya nanti.

Resepi teman mudah je...
Satu cawan butter,2 sudu minyak sapi,garam sikit.
Adunkan semua tu bersama tepung sehingga adunan boleh di terap dan tak pecah.
Tak kiralah nak buat peten apa,yang pasti.....yang penting,jadi kuih tart!
Resepi teman tak payah pakai telur bagai.
Sahabat kata TU JE?
Teman …

RAYA YANG SURAM

TAK SEPERTI TAHUN2 LALU...

Tahun ni,kami tak sambut sungguh2 raya...
Kami bersederhana sahaja.Kematian abang ipar,ekonomi yang teruk!buat raya kami sambut seadanya sahaja.

Selalunya....2 bulan lalu,teman dah beli kain beribu ringgit untuk persalinan 3 anak termasuk teman sekali.Suami dah pergi Wisma Yakin tempah baju melayu.
Pendek kata....persediaan dah di buat sebelum puasa lagi.

Tahun ni lain sikit...
Nak beraya sakan,kocek kosong.
Nak beraya sakan!kakak teman sekeluarga dalam kesedihan.
Yang mampu teman kata...raya tahun ni tak ada makna sangat dalam hati kami.
Kami menyambut ala kadar je.

Teman tanya kat kakak kau dah beli baju?
Dia jawap tak,aku tak sanggup.
Teman kata belilah sepasang untuk budak2.
Dia jawap tengok lah!

Anak dia msg kat anak teman...tanya apa persediaan kami.
Mujur anak teman jawap tak ada apa2,tak ada baju raya pun....
Aku baru tanya ibu,tak ada baju raya ke bu?dia hantar gambar kubur bapak aku!apa lagi...melalaklah aku!
Teman cerita kat kakak...dia gelak je..

SELAMAT HARI RAYA MAK...

Image
RUTIN SETIAP TAHUN IALAH...HANTAR KAD RAYA KHAS UNTUKNYA

Setiap tahun teman tak lupa hantar kad raya buat mak.Emak teman suka membaca.Lepas baca,kad tu ada di simpan dalam beg putih.
Selalu dia kata...dalam beg tu,semua ada!kalau emak mati...kau tengok lah...kad yang kau hantar dari dulu semua emak simpan.OMG!emak....so sweetttt...

Selalu teman tulis panjang berjela,sebab teman tahu emak suka membaca.Apatah lagi bila tulisan tu berkisar sejarah lama.
Tapi kali ini,teman suruh anak dara yang menulis.Hasilnya....ringkas je..
Teman kata..kenapa tulis macam ni?atok suka bacalah,jadi tulislah panjang2 sikit.Ish!
Anak teman diam,dia kata..tak tahu nak tulis apa...
Dalam hati...datang le tak pandai nak buat ayat.
Ceritalah...apa je!asalkan ada cerita.

Emak!dah dapat kad raya kite?
Emak jawap belum...bila kau kirim?
Teman jawap..semalam,kite guna post laju.Mahal gillla!sekeping gitu je dekat sepuluh inggit!
Teman kata lagi...kad tu kite buat sendiri tau emak.sampul surat tu pun kite buat send…

BAZAR RAMADHAN

SETIAP TAHUN MASALAHNYA SAMA SAHAJA

Peniaga bergaduh dengan pihak majlis,berebut tapak niaga,laukpauk basi...
Ayam percik sejuk,kuih tawar hebeh...
Sama je...tiap2 tahun begitulah adanya.
Tiap2 tahun,ada je kes peniaga di halau dari berniaga.Ada yang buang nasi,ada yang bertumbuk...
Kadang2 teman terfikir....
Puasa ke mereka?islam ke mereka?
Puasa tapi tak sabar dan tak bertenang.Peniaga dan pihak majlis sama sahaja.
Yang pasti RM menjadi tajuk hangat dewasa ini.Masing2 cuba mencari sesuap rezeki untuk aidil fitri nanti.

Teman turut ke bazar,menu utama teman masak,tapi kuih muih teman beli je.
Anak lelaki teman yang cerewet tu suka sangat makan ayam goreng yang di gunting dan di lumur perisa pedas.
Hari pertama beli ayam gunting...teman minta dia buangkan kulit ayam,teman tak berapa suka anak2 teman makan kulit ayam.
Jawap mereka...memang tak ada kulit kak,kalau ada pun saya akan buang.
Mereka tunjuk kat teman proses buat ayam gunting.
Ayam di lumur dengan tepung dan goreng garing.
Ha…

CINTA BUDAK ZAMAN SEKARANG

MODEN DAN KEBARATAN

Kecuh satu Malaya,bila seorang anak muda meraikan harilahir GF dengan penuh kemewahan.
Makan malam,hadiah dan menyewa sebuah kereta panjang berjela meredah jalan ke destinasi makan malam mereka.
Teman tengok juga video tu...
Almaklum sebagai orang tua,teman dapat rasakan.....
Anak muda kurang ilmu dan akal.

kecuh!
sana sini orang kata pasal mereka.
Pada teman....suka hati lah kan?mereka ada keluarga,biarlah keluarga mereka yang menegur anak2 mereka.
Anak teman kata..budak lelaki tu memang kaya lah ibu.
NAMPAK?
Memang kaya raya.Patut le mampu.....
Anak teman kata lagi...dia selalu buat kejutan kat GF dia.Semua mewah2.
NAMPAK?
Mampu dan sengaja nak tayang kat umum.
Maka melelehlah air liur anak gadis,maka putih le mata anak teruna sebab tak dapat jadi seperti mereka.

Zaman teman,ada macam ni...
Mazuin Hamzah pun di layan bak puteri raja.Di beri hadiah oleh Pengeran Brunei yang kaya raya.Teman hanya mampu baca ketuahannya.
Di beri hadiah kereta mewah,di kurniakan darj…

CELOTEH ANAK

JIMAK

Aaliya tanya...ibu,apa makna JIMAK?
Terkejut teman kau!
Teman tanya..siapa kata pasal ni?
Dia jawap...ustazahlah!
Teman diam je,teman tak tahu nak kata apa.Lidah dan akal....mati serta merta.
Dia tanya lagi...apa tu ibu?
Teman spontan jawap...entah!macam pernah dengar,tapi tak pasti apa kebendenya JIMAK tu.
Adik tanya ustazah,dia mesti tahu...
Aaliya tanya lagi...ustazah ibu tak ajar ke?
Teman jawap...entahlah,dulu perkataan lain kot?setahu teman antara perkata yang membatalkan puasa ialah bersetubuh.(lagi dahsyat perkataan,masalahnya kite tak pernah nak ambil tahu pun.....)
Hari ni atau dewasa ini,kanak2 makin advande.Banyak bende yang dia nak tahu.
Kadang...ibu...apa tu riak?pendek kata...macam2 perkataan yang di jumpa dan tak faham akan di tanya pada teman.
Perkataan lain tu okay,perkataan JIMAK terus akal teman MATI.

Sahabat kata...u jawaplah macam ni....JIMAK tu hubungan suami isteri,bila adik dah besar nanti adik faham sendiri.
OMG!tak mungkin.....teman sepetah tu.
Teman h…

SHELL OUT MENJADI KEGILAAN ZAMAN LAAA NI..

APA TU SHELL OUT?
Berulang kali anak2 ajak berSHELL OUT,teman tak layan,bukan tak mampu tapi tak minat. APA TU SHELL OUT? Makan berjemaah atas meja dengan lambakan lauk penuh meja beralas plastik. Ada ketam,ada udang,ada sotong ada siput dan sayuran. Di gaul sekali penuh semeja.
Pertama kali teman lihat,teman tak terliur... Mungkin sebab teman dah tua,dah tak pemakan lagi. Bagi teman...lambakan tu tak sopan dan nampak pelahap. Anak2 kata...orang muda ibu,orang muda nak mencuba. Okay...fine,orang muda memang selalu nak mencuba.Up to u....
Hari ini,teman terfikir untuk puaskan hati anak2.. Teman beli udang,sotong,ketam dan brokoli. Mula2....teman dadihkan sekajap makanan laut tu dan tos. Air rebusan tu teman simpan. Teman tumis guna planta,letak cili,bawang merah dan bawang putih yang dah di blanderkan.Lepas garing,teman masukkan air rebusan tadi,sos tiram,kicap lemak masin,gula dan gaul sebati.Sotong dan udang  teman goreng kering. Lepas tumisan tu dah garing teman masukkan ketam dan …

KUIH LOMPANG

PERTAMA KALI DAH MENJADI

Teman akui,tak pandai masak.Opss!bukan tak pandai memasak tapi malas memasak.
Bagi teman....masak tu satu kerja remeh temeh,tapi kemas dapur satu kerja yang sangat memenatkan.
Bagi teman...kite boleh makan apa sahaja,tapi tak siapa akan bantu kite mengemas dan mencuci dapur.

Masa teman berkerja,teman makan kat kedai dan akan memasak bila ada masa sahaja atau dah mula jemu dengan hidangan luar rumah.
Kadang2 teman akui,goreng ikan,sayur air dan sambal belacan sudah cukup menyelerakan.Tapi..malangnya...MALAS menguasai diri.Maka kedailah tempat kami menjamu selera.

Selepas tak lagi bekerja,teman mula rajin atau terpaksa memasak.Itupun sekadar menu wajib dan menu asas,nasi,lauk ikan atau ayam dan sayur.
Tak ada le kuih muih bagai,sebab teman tak tahu nak buat pun...Kawan2 selalu kata...youtube ada macam2 resepi.Tiru je..
Betul!kat youtube banyak,tapi...MALAS tetap menguasai diri.

Sejak dua menjak ni,teman mula minat memasak..
Ada keinginan untuk belajar buat roti,…

MUHAMMAD ALI

Image
AHLI SUKAN TERNAMA

Sebut je nama MUHAMMAD ALI semua orang sezaman dengan teman mesti kenal.
Ahli tinju dunia.
Dulu....rancangan kat TV terbatas,kalau ada pun sikit je...
Balik2 tu balik2 itu je.
Sampai kami boleh hafal!

Dulu,bila ada perlawanan tinju,kami sekeluarga akan dok mengadap TV,round satu sampai peninju pengsan.
Zaman tu....MUHAMMAD ALI teman dah kenal.
Lelaki berkulit hitam,kuat dan bertenaga.

Bila dia sakit dan tak bertinju lagi.Ceritanya hilang dan teman pun tak peduli lagi.
Munggu lepas,dia telah meninggalkan dunia ini,sakit tua atau sakit dek kerana usia semakin tua.
Apa2 pun....
Dialah peninju hebat dan pejuang hak kemanusian yang disegani.
Semuga ALLAH cucuri rahmat keatas rohnya dan di tempatkan di kalangan hambanya yang soleh.




BISKUT RAYA MAKIN MAHAL

SAMPAI RASA TAK TERTELAN!

Kawan2 dah bagi peks biskut untuk percubaan.Sebalang kecil....RM20.00.
Berapa biji semuanya?
Teman jawap 50biji kot,tapi kecil2 je.
Mahalnya!keluh kawan2 yang lain.

Dah order biskut?tanya teman pada seorang kawan.
Belum....mahallah!rasa2nya tak order kot.Nak mengamal hidup berjimat cermat tahun ni.
Semua kawan2 kata perkara yang sama...
MAHAL dan NAK BERJIMAT CERMAT.

Kenapa kan?
Dunia dah nak kiamat dah!kata sahabat sambil senggeh.
Teman akui.....dunia dah makin tenat.Dah tak daya nak tampung manusia durjana.
Weh!tanda2 akhir zaman dah banyak.Antaranya.....maksiat berluasa.
Sahabat yang lain pula berkata...banyak dahh!tak terhitung.

Semalam,seorang kawan bagi simple biskut.
Hari ni dah tanya berapa banyak biskut nak order.Dalam hati....mak aiii!ingat bagi rasa.Rupanya suruh order!
Sahabat kata...yalah,ingat percuma ke?bagi ada makna tu!
Conggak punya conggak....simple tu 4 jenis,paling kurang teman kena beli 4 balang.
Tu pun...paling kurang!kalau ikutkan dia,mungk…

EKONOMI MAKIN GAWAT

SEMUA ORANG RASA TAK SELAMAT

Termasuklah kami....
Suami teman kerja dalam bidang O&G.
Industri besar dah jadi kecil...
Kalau dulu...sebut O&G semua orang terjojol mata!Sekarang...sebut je,bukan orang dah tak pandang,bank pun tak bagi pinjam!
Encik kerja mana?
O&G...
Maaf Encik,kami tak buka pinjaman untuk pekerja O&G.
NAMPAK?
Begitu teruknya ekonomi kite hari ini.

PM dan menteri masih suka2,belah belah sana sini,masih gembira ria...
Gadai sana gadai sini..
Jual beli masih terjadi,semuanya guna harta karun yang ada.
RAKYAT?
Ada yang dah gantung diri.Ada yang bercerai berai..
Dek kerana di berhentikan kerja.

Teman selalu baca,selalu lihat kat dada akhbar,muka2 sedih2 kerana di berhentikan kerja.
Kite tak faham....
Kite hanya mampu kata...kesian...
TU JE..

Hakikatnya,hati mereka parah,jiwa mereka musnah!
Yang dapat pampasan...syukur pada ilahi.Yang tak dapat?hanya mampu gigit jari.Rumah bakal tergadai,anak tak mampu belajar lagi,Kereta pun mungkin tak mampu di gunakan lag…

BILA KREATIVITI KITE GAGAL

KECEWA MACAM NAK PENGSAN!

Decoupage bukan lah mudah...
Perlu ketelitian dan kesungguhan yang tinggi.Jika ikut malas atau putus asa...
Teman dah bungkus semua khazanah dan goyang kaki.
Teman tahu...
Berdecoupage tak boleh buat teman jadi kaya raya!
Jadi jutawan pun belum tentu lagi.Nak beli Bonia beg paling cikai tu pun masih tak mampu.
Yang pasti...
Decoupage satu seni tangan yang rumit.Hanya orang yang minat sahaja,yang mampu merealisasikan impian.HUH!

Semalam....
Seharian teman mereka corak kat balang plastik tutup merah.
Dah jadi tapi kepuasan hati langsung tak ada...
Teman adjust mana yang patut...
Akhirnya...
Semuanya musnah!teman kena cuci balik dan buat semua proses awal.
OMG!rasa nak pengsan!
Bukan mudah....ianya sesuatu yang menjengkilkan!

Mula2 letak gam atau sealer atau glaze.lepas tu letak gesso 2kali,lepas tu letak kaler asas ikut keadaan,jika tak kemas kena tambah lagi.Kadang2 5 lapis baru cantik,dan permukaan tanpa rata.
Bila semua selesai.
Barulah proses mencorakkan pe…

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA

SEMUGA PUASA KALI INI LEBIH BAIK DARI TAHUN2 YANG LALU..

Aaliya bertanya Ibu,malam ni kite kena bangun pagi ke?
Teman jawap ya....esok pagi.
Dia tanya lagi esok?
Teman jawap ya...esok pagi pukul 5 ibu kejut adik bangun tau.

Teman tanya lagi..adik nak makan apa?
Dia jawap bijirin.
Teman jawap okay....bijirin je?
Dia angguk lahan,yalah apa lagi?
Amboi....demand nampak?

Anak teman baru berusia 9thn.Semua anak2 teman mula puasa sejak umur 5 atau 6thn.Bukan paksa tapi....semulajadi mereka akan berpuasa.
3 anak teman membesar di Taska,tanpa paksaan mereka akan berpuasa kerana kebanyakan kawan2 berpuasa.
2 anak teman membesar di rumah,juga tak di paksa mereka akan berpuasa juga.
Banyak orang kata....solat dulu baru puasa.
Benar!solat dulu baru puasa.Solat wajib,puasa juga wajib.
Bagi teman...ilmu di ajar kena lahan2.Solat dan puasa seiringan.

Hari2 mereka bersolat walaupun kena paksa,kena ingatkan.Puasa setahun sekali.Apalah salahnya kite ajar mereka berpuasa untuk tahu betapa susahnya orang…

BELAJAR MENGULI ROTI

PENGALAMAN BARU BUAT TEMAN

Terbaca iklan di FB,terus daftar tanpa fikir2 lagi.
Dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.Bayaran satu sesi RM100.00, jika ambil pakej hanya RM150.00 sahaja.
Seumur hidup tak pernah menguli tepung.Teman tahu makan tanpa peduli cara membuatnya.

Kelas dimulai dengan resepi roti longos istimewa dari Hungry.
Di datangkan khas seorang lelaki berbangsa Hungry bernama Adam.
Dalam hati...apa kebende le roti longos ni,seumur hidup inilah kali pertama mendengarnya.
Bila siap,roti ni lebihkurang roti arab.Kata isteri Adam,di Hungry,roti longos,roti orang miskin.Di cecah,kari atau disalut dengan sos bawang putih dan minyak zaiton.Teman dah makan,dah rasanya sangat sedap!

Lepas tu,kami di ajar cara buat pastri cabonara.
Dengan mengunakan mesin pengadun,semua nya jadi mudah.
Teman benar2 tertarik dengan pengadun Noxxa.keluar pastri,cantik tak melekat macam selalu.
Tanya harga.....Subhanallah!ahli Amway RM920.00.Jika tak ahli...atas 1000k.
Mahal gilllaa!

Mereka ajar cara buat …

JOM KE CAMERON HIGHLAND !

Image
MENIKMATI PANORAMA HIJAU

Tak perlu plan lama,rasa nak pergi...Agoda sedia membantu.
Dari rumah ke CH lebihkurang 2@3 jam je..ikut keadaan traffic.Sesak kalu...berjam jam le jawapnya.
Lancar kaluuuu......2 jam dah sampai.
Tak ikut Tapah,sebab jalan tu dah tak sesuai untuk di lalui bagi kite yang takut mati.
Jalan penuh liku,akar pokok pun kite boleh nampak,bayangkan?kalau tanah runtuh.Alamat tak balik le kite..

Kami lalu dari Simpang Pulai,jalan dah baik dan selamat.
Sepanjang jalan nampak orang2 asal jual madu dan hasil hutan.
Di tepi2 jalan ada banyak pondok2 tempat mereka berniaga.Bak hidup segan mati tak mahu...Tiang 4,atap rumbia,pacak lebihkurang dah boleh dapat sen.
Suami kata...happy je mereka kan?
Teman jawap ..ya...hutang tak ada,dok makan apa yang ada je...

Sampai simpang ke Cameron Highlang...Kiri kanan,gunung ganang,atap2 putih tanda tempat penanaman sayur terbela.
Kiri kanan PICK STRAWBERRY..
Kiri kanan jagung manis.
Kiri kanan...sayur sayuran beranika pilihan.
Pendek kat…