PENYESALAN SEORANG WANITA

YANG PERNAH CUBA MELUPAKAN KENANGAN LALU..

Rumah teman pernah di datangi oleh seorang perempuan yang terdesak.
Jabatan Buruh hantar dia ke kawasan teman,untuk berkerja sebagai kerani di sebuah kilang.
kami tak kenal dia,dan dia tak kenal kami sekeluarga.
Melalui permintaan seorang kawan atas kawan,dia kami terima seadanya.

Pada hari yang di janjikan,dia datang ,kami jemput dia di stesen bus dan terus bawa pulang.Orangnya cantik bangat!
Putih,rambut kerinting,kecil molek..
Pendek kata....cantik anak dara.

Bermulalah dia hidup bersama kami di rumah serba kekurangan.Tapi masih mampu sambut seorang lagi tangan mohon perlindungan.
Selepas beberapa bulan,tak salah teman...lebihkurang 7 bulan.Dia pindah tiba2,pindahnya pula di waktu malam.
Kami tak terpinga2,bila lihat perbuatan dia.
Beberapa hari kemudian,dia datang lagi untuk ambil sisa2 barangan di rumah kami.Panggilan mak kepada ibu teman bertukar menjadi Mak Cik.
Sebelum ni...mak sana mak sini.Sekarang dah jadi mak cik sahaja.

Sejak hari itu,kami terputus hubungan.Tahu dia masih ada berhampiran,tapi tak sekali bersua muka.
Dengar2 dia dah kahwin,dengar2 dia dah ada anak,kami hanya dengar2 sahaja.
Pernah sekali dua berjumpa di kuliah masjid.Minggu depan tak muncul lagi.
Tak tahu apa sebab musabab.Yang pasti....dialah manusia paling pelik di muka bumi ini.

Pernah mak teman jumpa dia...
Bila emak teman sapa,dia macam orang baru keluar dari hutan.
Mak teman kata...awak Siti?
Dia jawap siapa ya?(mak teman dah masuk 70thn,masih kenal dia tapi dia blur sentiasa)
Sejak tu,sekali lagi kami tak dengar lagi berita tentang dia.

Hujung tahun lepas,teman dengar dia sakit.Strok sampai kopek kulit kepala.Ingatan 100% hilang.
Teman hanya mampu kata...okay,dah nasib dia...
Kakak kata...dia teruk tau,tak boleh jalan,tak boleh cakap macam biasa.
Teman hanya mampu kata ...okay....(tak tahu nak kata apa lagi)

Berita tu kami dengar bagai angin lalu....
Sapa dan berlalu lagi...
Dua minggu lalu,kakak dapat panggilan telefon dari seseorang..
Boleh saya jumpa awak?
Kakak teman jawap..okay.

Pagi esok,kelihatan seorang perempuan berjalan perlahan menujuk ke rumah.
Bila kakak teman amati...
OMG!SITI?
Salam bersambut...
Dia menangis memeluk emak teman...
Katanya..saya minta maaf.
Dia banyak menangis dari berkata kata.
Emak teman diam je...
Kakak teman pun sama terpaku membisu.
Dia cerita macam2...dia ada anak 2,dah besar panjang.Dia bersyukur dapat jumpa kami.Dia rasa lega selepas jumpa emak,kakak....
Dia kata lagi...syukur pada ALLAH telah beri peluang dia jumpa emak dan kami.
Kakak teman tanya kenapa awak buat macam ni?
Dia kata...dia sendiri tak tahu.KENAPA?
Walaupun pelik,kakak teman matikan perbualan setakat tu.Dia dah datang mohon maaf dan mohon semua ini berakhir cepat.

Kakak teman tanya...kau okay kan dengan dia?
Teman jawap...okay je,macam biasa.....(walhal,teman rasa jengkel dengan perangai dia,tapi dek dia dah datang sembah kaki,terimalah dia seadanya)
Pada teman....orang berbudi kite berbahasa,orang memberi,kite merasa.
Pada teman....perangai dia tak patut di contohi,pada teman...sangat buruk!
Cuba melupakan sejarah yang nyata.
Seburuk mana pun keluarga itu,paling tidak dia memberi ruang untuk dia bermastautin dia sana.Dilindungi dari penjahat,melindungi dia daripada menjadi gelandangan.
Paling tidak.....dia selamat dan sejahtera selama itu.

Kakak kata..dahlah,jangan kata apa2 lagi.Dia dah minta maaf..peluk mak sampai nangis2.Tanya kau orang semua.Dia dah insaf.
Dulu dia buat2 lupa...
Sekarang!
ALLAH benar2 buat dia lupa.

Adilkan?
ALLAH balas tunai di mukabumi.
ALLAH buat dia tunduk ke bumi.
Manusia,jika dia hendak jadi orang baik2..
Perbuatan buruk akan sentiasa menghantuinya.Dia dikejar dengan kesombongan dan keegoaan dirinya,

Daripada berhidung tinggi!akhirnya.......dia menyeret muka di bumi.
Ikhtibar buat anak2....
Jangan jadi kacang lupakan kulit sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH