KEM PERSEDIAAN UPSR

KALI PERTAMA DIA SERTAI

Masa dia kata dapat join kem kat Pangkor,teman tergamam.
Boleh ke jaga diri,apa yang dia makan masa kat sana nanti.
Fikiran berlegar padat kat kepala otak teman.
Aaliya kata boleh ke Alif pergi?dia nak makan apa?
Bukan teman je fikir,semua ahli keluarga asyik memikirkannya.

Ibu!nanti Alif dapat makan ikan sweet sour...Katanya riang.
Teman tanya...dapat menu?
Dia jawap dah!hari pertama ikan masak sweet sour,hari ke 2 ayam masak merah,hari ke 3 nasi beriani.Tang nasi beriani teman tak pelik,sebab dia masih boleh makan nasi macam tu je.
Seumur hidup tak pernah sentuh ikan,ayam masak merah melainkan ayam goreng.
Seumur hidup tak pernah berpisah jauh dari kami,tetiba nak pergi kem?
Tak dapat bayangkan...

Hari yang ditunggu tiba juga..
Malangnya,dia tak sihat,deman..
Teman lihat dia melepek je,teman tanya..boleh pergi ke?kalau tak daya tak payahlah pergi,nanti susahkan cikgu..
Dia jawap..inilah saat yang dia tunggu tunggu.Lagi pun cikgu kata...kalau exam penggal ni tak cemerlang!cikgu rasa rugi angkut ramai2 ke Kem motivasi.Kesian cikgu....
Makanya...dia pergi juga..Teman beralah...Pergilah ank oiiii...

Langkah bijak,teman beri pesanan ringkas kat salah seorang guru bertugas,teman beritahu dia macam2!
Akhirnya kami jadi rapat,teman minta dia pantau anak teman..
Dia jawap insyaALLAH..

Sepanjang di sana..benar!dia hantar setiap aktiviti anak bujang kami.Siap ada gambar lagi.
Teman tak sunyi,teman dapat tahu secara terperinci tentangnya.
Anak bertuah demam lagi kak...
Hati bimbang,tapi tak mahu nampakkan sangat.
Tak pe cikgu,esok nak balik dah...apa2 hal,cikgu beritahu ,kalau perlu saya datang ambil.
Cikgu jawap  so far so good kak,depa dah ramai2,lupa sakit.Akak jangan risau,kami dah suruh dia minum banyak air dan basuh muka selalu.

Pagi tadi,dia call...
Ibu...Alif demam..
Sayunya hati,harap2 dia selamat sampai ke daratan.
Teman jawap..tak pe,nanti ibu ambil kat jetty,ferry pukul berapa?
Dia kata...pukul 12.30,sampai 1.30..
Teman jawap..tak pe,nanti ibu ambil awal.
Dia jawap okay..

Teman tunggu lama,tapi dek anak bujang kesayangan...
Tidak mengapa,nak tengok ferry berlabuh di jetty,kalau boleh nak tolong tarik tali yang besar tu.
Begitulah hati seorang ibu...

Dari jauh,nampak dia jalan lahan di iringi oleh guru kelasnya tahun lalu.
Deman puan,kesian...
Teman senyum,dia bibir tak sudah2 mohon maaf sebab susahkan cikgu2,Tapi mereka balas..tak pe,dah tugas kami.
Tersentuh hati bila Alif kata...kat dalam ferry tadi cikgu duduk sebelah,Alif tak sedar,tahu2 dah sampai.
Teman tanya maknanya cikgu ada je kat Alif?
Dia jawap ya...
SubhanalALLAH!baiknya cikgu2 ni!Tak terbalas jasa jaga anak teman....

Teman tanya..okay pergi kem?
Dia geleng kepala,dia kata tak best.Mungkin sebab dia tak sihat,mungkin sebab tak ada pengalaman,Mungkinlah..
belajar apa?
Dia jawap...tak belajar,dia tidur je....
OMG!ruginya...

Keesokkannya..masih mabuk tidur,dan tak dapat lagi jawapan hasil dari kem ni.
Lusa...dah muka ke sekolah walaupun batuk2 sikit.
Petang...dapat apa kem tu?
Dia jawap dapat ilmulah!
Sebenarnya anak jantan teman ni suka menyakat,tak pernah nak jawap soalan teman.Egi dah sama tinggi dari hidung.
Melalu gurunya,teman tahu,dia gigih,dalam demam2 pun hadir ke kelas.Ikut kawan2 naik bus solat jumaat.Sama makan di dewan.Teman kata...kenapa tak makan kat bilik?awak kan demam.
Dia jawap..tak nak susahkan cikgu.
So Sweettt.....kecik2 dah tak nak susahkan cikgu.

Tulat teman tanya lagi...Okay kem tu?
Jawapn ringkas...okay..........
Ehmmm..anak anak....deman sikit dah parah!budak2 kat Syria,kat luar sana...
Bom meletup depan mata!
Tetap gembira.Lasak!tapi anak2 kite....deman selsema je,dah mengalahkan orang tenat!

Nak komen sikit..
Zaman kite,ada ujian penilaian darjah 5.
Lepas tu...teman dah tak tahu apa2.Lepas beranak pinak,baru tahu wujudnya UPSR(Ujian Pelajaran Sekolah Rendah)
Zaman kakak dan abang...teman tak nampak kesumbangan ujian tu.Semua masih santai,walaupun ada ketegangan.
Anak2 teman masih sempat main2 kat laman rumah,masih mampu berlari2 kesana kemari.
Tapi anak2 laaa ni....apa pun tak boleh!
Pagi sekolah sampai pukul 3,termasuk kelas tambahan.
Petang sekolah agama sampai pukul 5.30 petang.
Sampai rumah dah nak maghrib.
Malam.....di penuhi dengan mengadap2 kerja rumah.Bukan selai dua,tapi berhelai2.Letih dia letih lagiii kami.
Pernah dia kata...rasa nak bunuh diri!
Teman kata...hai!baru ujian macam ni,dah tak larat nak hidup?
Dia jawap..stress!
Teman balas....ibu lagi stress!cari duit untuk hidup,kemas rumah,masak bla bla bla..
Pendek dia kata....ibu tak stress sebab ibu mengarah,dia di arah!
Okay...ternyata anak2 kite bukan macam kite dulu2.Mereka lebih berpengetahuan.Mereka lebih pandai membetah apa yang kite nak sampaikan.

Teringat,kisah seorang anak perempuan berbangsa India.Lepas keputusan pekse,ternyata dia gagal.Janji emas oleh ibu bapa tak dapat di capai.Bunuh diri atas alasan tu.
Teman tak mahu macam tu...
Teman nak dia sukses!dalam waktu yang sama.....gembira dengan kehidupan ini.

kepada pihak kerajaan....
Jangan lah asyik nak tukar sistem.Apa yang ada dibaikpulihkan.
Janganlah naik seorang menteri,sistem diubah..
Biarlah sistem tu.....teruskan..dalam waktu yang sama,di pertingkatkan,supaya anak2 kite tak tertekan.
Mereka juga perlu membesar dalam keadaan gembira dan tak terbeban.

Apa2 pun....teman tetap doa yang terbaik.
Semuga anak2 kite berjaya dan sejahtera di dunia dan di akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK