HUJAN BATU

KINI DIA MANA MANA SAHAJA

Semalam kat FB riuh,rakan taulan cerita pasal hujan batu di depan rumah.
Masing2 kalut semacam..
Sepatah kata kak Ngah teman....seumur hidup dia,inilah kali pertama dia tengok depan mata...HUJAN BATU.
SubhanalALLAH!satu yang baru dalam hidup kite.

Kakak teman kata takut lah....
Takut sebab mengeluarkan bunyi yang kuat bila kena kat bumbung jenis zink.Masing2 sibuk memungut air batu untuk di kongsi di alam maya.
Teman tanya...mana mana rupanya?
Kakak teman kata..macam air batu,ada kecil dan ada besar.Sejuk!
(Air batu memang le sejuk Kak Ngah oiii....)

Kenapa ahh?kakak takutlah...
Teman jawap...patut le takut,itu tanda2 dunia makin tua...Dah nak kiamat dah..
Sepatutnya orang2 kat area rumah kakak dah boleh le solat banyak2!dosa banyak tu...itu sebab turun HUJAN BATU!
Kakak gelak je...
Pandai lah kau!

Kalau Kak Ngah nak tahu...kite dah google untuk pengetahuan bersama.
Dari segi sains...

Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.
Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.
ITULAH HUJAN AIR BATU KAK NGAH...

Tapi itu dari segi sains dan kajian manusia...
Dari segi agama..........bala!ada sebab ALLAH turunkan HUJAN BATU di tempat2 yang tak pernah sekalipun berlaku.
Ingat2 sikit....
Itu sesuatu yang  ALLAH cuba sampaikan.
Semuga kite memahaminya dengan baik...
ALLAHUAKBAR!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH