TUDUNG FAREEDA BUAT HAL LAGI

DAN KALI INI LEBIH TERUK DAN SANGAT2 MEMALUKAN.

Pernah berlaku...
Pelanggan Fareeda tidur baring kat kaki liman tunggu pintu kedai di buka.
Masa tu...
Teman dah rasa....pelik nya!peminat tudung jenama tu seolah2 dah sampai peringkat taksub!
Bagi teman...ini semua mengarut!

Semalam,sekali lagi...
Tudung Fareeda buat hal lagi,kali ini lebih teruk dan sangat2 memalukan.
Peminat jenama ni dah sampai peringkat merusuh.Berebut2 macam orang beli tiket bola hanya nak ambil nombor giliran.
Teman rasa cukup pelik...
Apa sebenarnya yang hebat sangat dengan tudung ni?teman laaaaa ni tak faham..

Tudung jenama tu ada banyak kaler...ada brooch kat tengah2 tudung,tapi sekarang ada perbagai peten baru....
okaylah...
Cuma...tak perlu le sampai berebut2 macam tu.
Kelakar sesangat!

Orang kite ni,kalau komen sikit nanti kata cemburu.Nanti kata macam mana orang melayu nak maju,melayu kutuk melayu!
Masalahnya....
Tak kan tak ada cara lain..
Jenama2 beg tangan pun tak gaya macam tu..
Sehebat mana pun sesuatu jenama....teman belum pernah nampak sampai peringkat tidur kat kaki lima,merusuh macam orang gila.

Teman setuju dengan Wardina...Pelakon cantik,yang dah berhijrah ke Australia.
Dalam tulisannya...dia kata...Jenama tudung ni melayan pelanggan macam lembu.Macam kambing.
Teman setuju...
Sepatutnya pengurusan cari cara lain...
Cara yang lebih baik dari sekarang.Jangan lah fikir glamour....kalau benar jenama anda dah ada pengikut.Tak perlu le buat macam ni..
keluarlah tudung ikut permintaan...Jika tudung anda baik sangat!buat banyak dan pasarkan.
Apa masalahnya?

Sahabat kata...setiap tudung tu ada had pengeluaran,dia tak akan buat satu corak tu beribu ribu.Edisi terhad!tu yang berebut2 orang maiiiii...
Teman baru faham...
Okay...kalau macam tu,dia masih boleh guna online,siapa yang pm awal dia le yang dapat.Atau....
guna tempahan awal.
Apa masalahnya?
Zaman sekarang serba moden,kalau boleh mudahkanlah urusan pelanggan,insyaALLAH,ALLAH akan mudahkan urusan anda Wahai Tokey Fareeda.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK