SAFIEY ILLIAS

SEORANG PONDAN YANG BERTAUBAT

Teman terpanggil nak simpan ceritanya di blog,sekadar untuk tauladan anak2 dan kawan2.
Sebut TAUBAT,ianya sesuatu yang baik.
Kite patut puji sikap dia yang mengakui segalanya.

Dia usahawan berjaya,dalam usia muda dia dan jadi jutawan,dia dah memiliki kemewahan jika dibandingkan dengan kite kite yang tak sudah2 di rundung malang.
Dia mengakui.....dia PONDAN yang ingin berubah kerana ALLAH.
Dia sanggup luahkan isi hati hanya kerana ALLAH.
Taubat yang terbaik.Taubat nasuha yang paling sempurna.

Teman tak kenal dia,mula2 sebut nama tu,teman fikir berlaku di luar negara,bila teman baca lahan2,baru teman tahu,dia ada di Malaysia,dia orang kite.
Dia kata...
Dia nak berubah dan mahu jadi lelaki semula,dia rindu untuk berjemaah dan ingin ke Mekah menunaikan umrah.
Semuanya di luahkan pada seseorang yang lebih memahami.
Amat mudah bila diri kite sendiri ingin berubah,ingin membaiki kesilapan daripada di suruh2 oleha orang lain.
Safiey  beruntung,cepat sedar dan berusaha kejalan yang benar.
Masih tak terlambat jika kite benar2 takut pada ALLAH.
Sebagai seorang ibu,teman pasti...insan paling gembira ialah ibunya,Doanya termakbul bila dia benar insaf.
Semuga usahanya di permudahkan.

Kisahnya....
Dia budak pintar dan akan menyambut ulang tahun ke 22thn bulan hadapan.
Dia bukan datang dari keluarga kaya raya,dan hanya mampu melihat rakan taulan outing kebandar setiap minggu dan melihat ibubapa mereka datang membawa makanan yang enak2 belaka.
Dia bangkit dan mula mencari duit poket sendiri dengan menjadi agen dropship iaitu produk kecantikan menerusi FB.

Dia gigih berusaha dan mula mendapat pendapatan lumayan pada usia 17thn.Bayangkan,dalam usia 17thn,dia dah ada simpanan sebanyak 200K.
Teman telan air liur je le...
Dalam usia 17thn,teman masih sekolah dan masih papa kedana.Silap2,buku bank pun tak ada...
Dalam usia 19thn,dia telah memiliki wang sebanyak 1JUTA!
OMG!apa cara kau buat Safiey.....dalam usia 19thn,aunty dah kerja dengan gaji hanya ...RM350.00.
Huhuhu....sedihnya...
Beza banyak nau!

Malangnya,Safiey mula keliru...
Dia pilih jalan yang salah.Dengan kemewahan yang ada...
Dia mampu buat apa sahaja.Beli apa sahaja.Tiada yang mampu larang.

Setelah bertahun tahun hidup dalam kemewahan,akhirnya...Safiey sedar,dia tak boleh begini selamanya.
Dengan keberanian dia meluahkan isihati pada seorang penulis blog,Ali Russia....
Dia kata dia mahu berubah,Ali seorang pendakwah nyata mampu menjadi pendengar setia dan pembantu yang baik.
Akhirnya Safiey memulakan langkah dengan menjalani pembedahan membuah implan buah dadanya.
Mujur dia tak membuang semua alat jantinanya.Jika tidak...dia pasti kemurungan bila hidayah di suntik tapi kelakiannya telah tiada.

Dia bersungguh sungguh melakukannya,dia kata...dia rindu berjemaah dan ingin menunaikan umrah.
Hatinya mengelitik untuk menjadi Safiuddin Bin Illias
Hatinya mengelitik untuk kembali kejalan yang benar.

Teman baca komen2 masyarakat..
Ada yang menyokong ada yang tidak malah mengutuk beriya iya..
Pada teman...jika kite ada ilmu,kite akan jadi penyokong dengan hijrah ini,jika kite kosong dan hidup dalam kegelapan....
Kite pasti akan kata...
Safiey manusia paling bodoh!
Meninggalkan kemewahan dan menunduk kembali ke bumi.

Semuga dia akan sentiada mendapat hidayah dari ALLAH SWT.
Semuga dia akan dapat jodoh dari kalangan perempuan2 pembimbing kejalan yang diredai ALLAH.






Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH