POLITIK DI MANA MANA

TERMASUK KUBURAN.

Kakak teman kata kau nak tahu..politik bukan kat luar je,kat kubur pun ada politik.
Teman ternganga mulut...ya ke?kat kubur pun ada politik?
Ya...jawapnya.Aku ada suruh orang yang kerja tu bersihkan kubur keluarga.Dia tanya nak buat kepok ke tak pada kubur yang baru tu.Aku kata..jangan dulu,tunggu tanah mampat dulu.Kalau dah mampat nanti awak buat le..

Baru ni,aku gi lagi...datang seorang lelaki,Karim namanya ..Dia ni memang kerja buat kepok.Semua kepok dia yang buat.Dia tanya nak buat kepok ke tak?aku jawap saya dah tempah dengan lelaki yang seorang lagi.
Karim menarik nafas panjang,katanya...sebenarnya,saya pembuat kepok kat sini dah bertahun2 sayalah pembuat kepok.Lelaki tu pengali kubur je.
Aku dah rasa tak sedap hati.Aku cakap...saya tak tahu,saya ingat awak dengan dia sama je.
Karim jawap tak!saya pembuat kepok dan dia pengali kubur.

Kau tengok?bukan kat luar je politik kotor,atas kubur pun ada politik kotor.
Aku kata kat dia...ginilah,awak tahu tak?kami kat luar ni cemburu dengan awak.Pada kami,kerja awak ni betul2 mulia.menyempurnakan urusan orang mati.
Karim diam je...
Aku kata lagi...awak sepatutnya berganding bahu.Awak tak boleh macam ni,awak kena panggil si pengali kubur dan dok semeja,bincang baik2.Kalau ada orang nak tempah kepok,dia kena beri kat awak,dan awak kena le beri dia sedikit imbuhan atas kerjasama ni.Jangan pulak awak makan sorang!
Karim dia lagi...
Aku sambung lagi...aku kata.....awak patut bersyukur,sebagai penjaga kubur,awak tak patut berperangai macam ni.Awak kena bincang baik2.
Karim dia lagi...
Masalahnya kau rasa...Si Karim tu faham tak apa yang aku katakan tu?
Tiba masa teman pulak diam....
Dan menjawap lahan....mungkin dia faham kottttt...
Dalam hati,tak pasal2 Si Karim kena dengar khutbah di pagi hari.

Teman tanya ...dia tak marah ke kau cakap macam tu?
Kakak jawap...berani dia nak marah?aku buat report kat Majlis....
Teman kata lagi...kau cakap senang le,yang nak mengadapnya Si Karim!silap haribulan Karim hilang tetiba..Malaysia ni pelik sikit,siapa buat hal....tak pasal2 kena simen dalam tong drum.
Kakak jawap..tak kan le.....Kalau berbincang elok2,pengali kubur mesti faham lah!sekarang ni,Si Karim pondok dia kat sebelah belakang.Si pengali kubur kat area kubur abah tu.
Teman dapat bayangkan....
Kubur abah kat pintu masuk,kubur adik ipar belakang sikit dari kubur abah,kubur mak mertua kakak dah turun kebawah lagi dan kubur suaminya lagi jauh dari 33 kubur tu..
Teman masih ingat lagi....masa awal2 abah meninggal....teman pergi juga,sebab dekat dengan tempat kerja tapi...jujurlah nak bagi bagitau....teman duduk tepi pagar je,teman nampak dari jauh je kubur arwah abah.Teman seriau,apatah lagi pergi sorang2.
Orang kata apa nak takut?esok lusa kat situlah rumah kite...
Teman hanya mampu balas...betul,saya faham..tapi....belum ada kekuatan kearah tu.

Balik pada cerita politik di kuburan...
Kakak teman sambung lagi,aku tak tahu le apa jadi,sebelum balik....Aku pesan lagi,kamu bincang baik2,kalau dia setuju....awak buatkan kepok suami saya guna marmar paling cantik,tanam rumput karpet kemudian tanamkan pokok kat kepala ni.Aku tengok Karim lemah je...
Mungkin dia macam kau kot?Belum ada kekuatan nak mengadap si pengali kubur.

AKU PULAK?

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK