PEMBUNUHAN DIPEKAN KECIL..

PENUH DEBAR MENANTI SIANG..

Anak beri whatsapp beritahu kejadian bunuh mati kat pekan.
kebetulan teman tak kepasar,kalau tidak,teman pasti tahu awal dari mereka.
Kedai tu kat arae traffic light,pasti teman akan dapat menyaksikan kekecuhan itu.

Pekan teman pekan lama...pekan kuno..
Jika berlaku sesuatu kejadian...cepat sangat semua orang boleh tahu.
Bukan kepoh,tapi pekan kecil berita cepat tersebar.
Pergi sana pergi sini...10minit.Tak ada jam,tak ada kesesakkan melampau!tu yang teman suka...Walaupun jauh dari bandar2 besar..hidup kami santai belaka.

Suami tanya teman di mana,anak2 tanya teman kat mana...
Yang pasti,mereka risau,teman mungkin ke pasar.Nak jadi cerita,teman tak ke sana..
Semua tarik nafas lega.
Semua rasa gembira.Mereka takut,teman akan menyibuk nak tahu.

Teman kata kata kat suami...mungkin aunty tu garang kot?asyik nak marah orang je.
Suami balas..tak kan le,marah sampai bunuh?
Teman kata..mak aiii!lupa ke,budak kecik kat Sri Alam...kena bakar,sebab dendam kat atok budak tu.
Suami kata...tak kan le...
Suami teman selalu kata macam tu,selalu tunjuk baik yang amat sangat,walhal...dunia sekarang makin PANAS!
Kat pekan ni,setakat gaduh2 saudara mara dah biasa...
Orang kampung selalu gaduh sebab tanah,sebab duit...
Itulah penangan Ringgit Malaysia.

Teman cari punca..malas nak dengar sok sek kat luar sana..
Akhirnya...
Suspek Utama Kes Bunuh Di Sitiawan Ditahan

MANJUNG: Polis menahan seorang lelaki dipercayai suspek utama kes pembunuhan seorang pemilik kedai jahit di Sitiawan semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata suspek berumur 45 tahun ditahan di Kampung Cina, Sitiawan di sini, kira-kira pukul 2 petang Selasa.

"Polis turut merampas sebilah pisau bersama suspek. Suspek mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa dan saya percaya terdapat masalah keluarga di antara mereka," katanya ketika dihubungi Rabu.

Katanya suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut, namun setakat ini tempoh reman belum diketahui lagi.
Dalam kejadian pukul 9 pagi semalam, Ling Choo Mooi, 59, mati dibunuh selepas lehernya dikelar di kedai jahit miliknya di Jalan Muhamad, Sitiawan di sini.




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH