MERTUA MALANG

1 DALAM 1000

Pagi tadi teman borak2 dengan seorang perempuan yang dipanggil ' ibu'.
Berusia dalam lingkungan 50an,bermenantu dan bercucu.
Orangnya lembut,suara pun lembut.....
Pendek kata....dia seorang mertua yang baik dan lembut.
Kalau marah,teman tak rasa apa2 pun...
Sebab dia terlalu baik dan lembut.

Tahun lalu,teman nampak hubungan mereka anak menantu baik2 belaka.
Ke sana ke mari penuh kasih sayang,itu yang teman tahu..
Teman pernah terluah kata...seronok tengok akak,anak2 dah besar panjang dan bercucu.
Sehat dan gembira sahaja.
Dia hanya sambut alhamdulillah...

Tup tup....terdengar cerita anak menantu tak sebulu.
Agak terkejut juga...tapi...teman biarkan saja.Tak mahu mencampuri urusan mereka.
Bila terjumpa,ada juga tanya2....
Jawapannya...entahlah....tak tahu nak kata.

Kenapa?
Dia jawap tak tahu lah,dekat mana salahnya.Gara2 berwhatsapp anak beranak,semuanya berakhir.
Bahaya whatsapp ni,salah tulis,salah baca,salah letak pendekatan bahasa,hati akan terluka.
Teman kata...masalahnya,mereka tu kan menantu,kenapa dengan akak pun lawan gaduh?
Air mata mula menitik,cepat2 disapu dengan hujung tudung.
Selalunya teman memang suka menyakat,suka melihat dia menahan tangis,kembang kuncup hidup yang merah bak udang terbakar.
Suka melihat air mata tua tu membasahi pipi...
Selalunya....semuanya akan berakhir dengan baik.
Tapi...kali ini tidak lagi,tangisannya tak akan berhenti,anak kesayangan dah lari dibawa dek isteri.Memutuskan ikatan anak dan ibu.
Teman selalu pesan kat anak2...jangan sebab kahwin bini cantik,buang ibuayah.Ibu tak kisah...cuma kesian,takut kau orang masuk neraka.
Selalunya anak2 akan kata..tak lah bu...
Selalu juga teman jawap ya lah tu,sekarang berani cakap,esok lusa macam lembu cucuk hidung.
Selalu juga pesan kat suami...untung

Semalam,teman berbual lagi...
Dalam perbualan,isu ketegangan keluarga tetap menjadi nombor 1.
Teman hanya terdaya kata...jangan ingat sangat,kite yakin satu hari dia akan cari akak.Biarlah dia....
Dia jawap akak tak boleh lupa dia,tangan ni yang asuh dia,yanga jaga dia dari kecik sampai besar.Akak tak sangka dia ubah perangai.
Teman kata bukan dia tu,entah2 dah kena mandrem.Kite kena anak akak,dia bukan macam tu...
Dia jawap tahu pun kau,dia bukan macam tu,dia manja dengan akak.Akak tetap akan doa supaya dia akan sembuh dan selamat.
NAMPAK?
kasih ibu tak ada penghujung...Walaupun hati di sakiti,kasih sayang kat anak tetap utuh.
Cuma anak yang tak sedar dek untung.Tak sedar diri....
Walhal....ibu jaga dia hampir 30thn,kahwin dengan isteri cantik baru 2thn.Habis semua kebaikan ibu di campak ke tepi.Tak tahu punca yang jelas,akhirnya dia tinggalkan ibu tu dalam kesedihan.
Anak apakah itu?
Fikirkan lah....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK