KISAH ORANG NAK KAHWIN LAGI

PENGANTIN LELAKI SAMPAI RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN TAPI....
TUTUP SUNYI DAN TAK ADA PENGHUNI.

Kelmarin...berkejaran dalam masjid gara2 duit hantaran tak cukup.Ada yang kata pengantin lelaki kurang ajar,ada yang kata duit mas kahwin tak ada,ada yang kata pengantin lelaki tak kerja...
Dan di pendekkan cerita....hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Hari ini teman baca kisah ini pulak!
Tampin-Seorang posmen telah di tipu hidup2 oleh kekasih hati.Pada hari istimewa...pengantin perempuan hilang bersama wang hantaran RM19000.
Pada hari yang telah di tetapkan,lelaki itu dan pastinya rombongan pengantin lelaki datang beramai2 ke rumah pengantin perempuan,sesampai sahaja......pengantin malang melihat rumah tu kosong tak berpenghuni.

Pengantin malang cuba call pengantin perempuan,tapi tidak berjawap.Alangkah sedihnya hati pengantin lelaki...
Malu,kecewa dan impian hancur berkecai sebaik melihat rumah tu kosong.

Masa tu....tiada apa yang boleh di ucapkan,melainkan menahan malu dan pilu di hati.
Semalamnya....pengantin lelaki telah menyerahkan wang RM16000 untuk perbelanjaan awal pihak perempuan.
Lebih mengecewakan lagi....pengantin lelaki telah memilih 4April sebagai hari perkahwinan sempena tarikh lahirnya.

Walaupun,perbincangan telah di buat,tapi....setelah di selidik....jiran tetangga tak tahu menahu pasal perkahwinan tersebut.
Sekali lagi pengantin lelaki bagai nak pengsan.

Pengantin lelaki berusia 26thn,telah bertunang dengan kekasih hatinya yang berusia 22thn
Mereka bertunang lama untuk memberi peluang pengantin lelaki kumpul wang hantaran.

Pengantin lelaki telah menyerahkan wang sebanyak RM13000 pada pentengahan November dan RM3000 awal March lalu.
Baki RM3000 akan di serahkan pada hari pernikahan mereka.
Pengantin lelaki juga rugi banyak bila semua persedian telah di tempah.
Dan sekarang pengantin malang tak pandang belakang.Dia telah membuka saman malu kat pengantin perempuan.

Masalahnya!Boleh buat gitu ke?
Tak terasa apa2 ke?
2014 tunang,dalam masa tu...dah ada niat tak baik kot?
Sebab tu....semua perancangan berlangsung dengan lancarnya.

Harapan teman,agar perbuatan menipu ini tak akan berlangsung dalam keluarga atau teman2 rapat.
Itulah orang kata...
Rambut sama hitam tapi hati lain2.











Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK