HARI INI DALAM SEJARAH

TEMAN BUKA MEJA JUAL HASIL DECOUPAGE

MALU?
PASTI!
Tak pernah buat keje gila ni..
MALU?
PASTI!
Takut tak laku...
Huhuhu....

Tapi..sekadar suka2,sekadar meriahkan majlis sempena kedatangan PU Furqan.
Sambil mendengar ceramah ustaz,sambil menjamu mata.
Angkara seorang kawan AJK masjid yang di tugaskan untuk uruskan bahagian jualan.Teman jadi mangsa.Teman tak terfikir sampai ke sini,sekadar ambil tempahan dari kawan2 rapat je...
Tak de le sampai buka2 meja bagai!
Teman dah lama tak berurusan dengan orang ramai.
kaku,bisu pastinya.

Kami sibuk siapkan serba sedikit hasil untuk hari esok.
Tak sempat,hanya mampu buat sekadarnya sahaja.
Apa2 pun...
Dada berdebar,teman tak berani nak jamin,hasil2 tu di lamar orang.
Dalam kegawatan ekonomi,bahan2 perhiasan dah jatuh nombot 100!
Teman sedar tu,tapi...teman YAKIN!dalam 200 para hadirin yang di jangka datang.Tak kan le.....50 orang tak minat?
Paling tidak......30orang pasti jatuh hati..
Teman YAKIN tu..teman YAKIN!ALLAH ada untuk kami.

Ya ALLAH permudahkan segala urusan dunia kami.Ya ALLAH....murahkan rezeki kami...
Ya ALLAH.......cekalkan hati kami untuk mengadap hari esok.
Aamin....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK