GIMIK TAK MENJADI

PENYANYI DANGDUT MATI DIPATUK ULAR SENDIRI

Teman ni banyak keje,banyak urusan dunia...
Bila nak menulis,line macam siput babi...terhegeh hegeh...
Boleh jadi mengantuk!

Teman baca cerita penyanyi ni...
Terkejut dan ngilu perut di buatnya.
Teman cari kat youtube  dan saksikan sendiri.
Tengah syok2 menyanyi sambil menari....dia terpijak ekor ular belaannya.
Apalagi?
Zhap satu kali lah!
Akhirnya ular dapat cium peha gebu dia...
Akhirnya ular dapat sedut darah dia....
Dalam hati...dah tak de keje kan?
Nyanyi je le macam  biasa,Siti Nurhaliza menyanyi juga,top juga...
Tak ada le nak bawa ular bagai!
Tak ada keje cari keje,dah ada keje terconggang conggang.

Lepas kena patuk,teman lihat dia relak je...mungkin dia tak terfikir ajalnya sampai...
Teman lihat pembantu datang tolong tarik ular tu..
Semuanya selesai...
Dia sambung menyanyi dan menari....macam biasa...
Walhal...malaikat izrail dah tunjuk muka,dek tak faham...
dia terus mengedik ngedik..
Ustaz selalu kata...malaikat akan kata...wahai manusia,aku datang untuk cabut nyawamu.Dalam masa yang sama.....kite atau dia masih tetap melakukan dosa.

Selepas 45minit,dia masih mampu bergurau senda bersama kawan2 keliling...
Malaikat Maut masih berkata....wahai manusia,aku datang untuk mencabut nyawamu....
Kite atau dia....tetap sama...masih mampu ketawa jenaka.
Selepas persembahan berakhir,dia kebelakang pentas dan rebah.Bawa ke hospital...tak sempat di beri bantuan,dia mati meninggalkan kite semua.

Namanya Irma Bule,berusia 29thn,berasal dari Kerawang,biasa dengan gaya persembahan macam tu,ada dia ada le ular kelilingnya.
Sebelum persembahan,pawang dah jinakkan ular yang kelihatan tak tenteram.
Ajal dia....akhirnya dia kecundang sebagai penyanyi dangdut yang hanya dia bayar sekitar RM74 hingga RM104 inggit je....

Ehmmm...tak berbaloi baloi kan?
Dunia tak berbaloi...akhirat apatah lagi.
Teman tanya kawan2...islam ke?
Mereka jawap entahlah,kat Indonesia susah nak tahu status agama orangnya melainkan nama dia betul2 macam kite.

Semuga dia sejahtera di sana.
Semuga di jadikan khtibar buat semua...
Ular bukan kawan,tapi lawan!





Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH