DECOUPAGE

SENI TANGAN YANG INDAH

Lama simpan niat nak belajar DECOUPAGE.
Teman lihat hasil kerja dari sahabat handai...cantiknya...Pandainya mereka melukis.
Dalam hati...aku mesti boleh buat,masa ambil seni lukisan masa SPM dulu.....
Teman dapat 1.
Maknanya teman pasti boleh buat seni tangan ni.

Suatu hari,ada sahabat ajak belajar DECOUPAGE,teman terus setuju.Walhal...biasa2nya teman agak malas memandangkan kelas tu jatuh pada hari Ahad.
Demi memenuhi keinginan,teman pergi juga.

Apa itu DECOUPAGE ?
Seni tangan yang memerlukan kesungguhan.Tertib dan cermat.
Bahan2nya...Gam,Gesso (asas latar) Background kaler,tisu,gunting,brush dan varnis.
Dah cukup semua...
Sediakan bahan atau peralatan yang kite nak ubahsuai jadi lebih cantik.

Bahan2:
Kuali kecil beli kat DIY
Set asas DECOUPAGE.
Mula2 sapu gam atau di panggil sealer nipis di seluruh permukaan,boleh juga guna kertas pasir.
Sapu Gesso sehingga anda rasa permukaan tu tiada lagi cacat celanya.
Setiap langkah,mesti pastikan kering betul2.
Lepas tu sapu kaler latar
Potong bunga dari sehelai tisu khas DECOUPAGE.Tisu berlapis 3.di kupas untuk kupasan paling nipis,silap haribulan....jahanam purba!
Untuk lekat,kena ada cara..
Apa caranya,bagaimana caranya....pm teman,dengan penuh kesukaan teman mengajarnya.Pendek kata...DECOUPAGE serasi bersama..

Sabtu ini,ada jualan amal kat masjid,teman dan seorang rakan menyertainya.Sekadar suka2..
Jualan sempena PU Furqan datang maiiii syarah kat masjid.
Teman minta bantuan anak2,pada teman anak2 berjualan lagi manis kot?
Teman dan rakan,mula menyiapkan serba sedikit DECOUPAGE untuk di persembahkan,naik lebam biji mata dibuatnya,tapi dek minat.....kami lakukan sedaya mungkin.
Harga?
Inilah perkara paling rumit,teman tak tahu nak letak berapa harga2 barangan2 tersebut.
Nak ikutkan penat,tak berbaloi jika murah sangat,tapi...modal pun dah tinggi,kami tak biasa lagi,belum mampu beli produk lebih murah.Bahan2 asas pun 5 sen tak kurang,selai tisu RM2.50.Belum lagi yang lain2 lagi.
Fuhh!sakit kepala.

Fikir punya fikir...Tak apalah,permulaan untuk jalan lebih jauh.InsyaALLAH....rezeki dari ALLAH,yang penting kita YAKIN!ALLAH akan permudahkan jalan kite.
Amin...



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK