BUDAK MATI DIPATUK ULAR

TERASA SEDIH MELIHAT WAJAHNYA.

Sebagai ibu,teman faham hati ibunya...
Terkilan,sedih dan bermacam2 lagi perasaan.
Tapi...
Kite kena ingat...ALLAH dah susun semua tu.
Ikhtibarnya....anak2 jangan main2 kat tempat tak sepatutnya.
Atau...pihak sekolah kena pastikan tiada tempat2 bakal jadi tempat ular beranak pinak.

Teman pandang wajahnya...
Sayu..
Tapi..dalam hati teman kata...tak pe dik,ALLAH jaga...tak pe mama dan papa...ahli syurga saham akhirat.
Aaliya tanya...ibu,kalau saya kena patuk ular,ibu nangis tak?
Teman jawap nangis,tapi semua tu ALLAH atur.
Aaliya tanya lagi..yalah,ALLAH tentukan..tapi ibu nangis tak?
Teman jawap..nangis pun tak guna,tapi adik untung,adik terus masuk syurga.Adik suka masuk syurga atau adik suka jumpa ibu?
Dia jawap...ialah...saya suka masuk syurga,tapi...saya tak boleh jumpa ibu lagi.
Teman hanya jawap...siapa kata tak jumpa?nanti jumpalah kat syurga.
Itulah anak teman....
Anak bungsu paling menduga iman di dada.

Teman tak kongsi wajah arwah atas permintaan di ayah.Dia merayu supaya jangan sebarkan lagi gambar anak yang telah mati,hatinya sedih....
Sebagai manusia sebagai ibu bapa...ikutlah permintaan tu,tak suka mana pun...
Tak dia tak kita...
Cer bayangkan tu anak kite.
Mungkin kita akan bertindak macam tu juga.

Kat sini teman kongsi luahan hatinya...
Luahan menyayat mati bapa murid perempuan mati dipatuk ular. Bapa kanak-kanak yang meninggal dunia akibat dipatuk ular meluahkan kesedihannya dengan kehilangan anak sulungnya yang dipanggil Kak Long.

Namun begitu, Ruslan Gazali, 33, tetap redha dengan pemergian Nuri Nadirah dan menganggapnya sebagai ketentuan Illahi.

“Dialah seorang anak, dialah seorang rakan yang paling rapat dan sayalah tempat melayan cerita budak-budaknya, sampaikan nama kawan dia di sekolah pun saya ingat. 

Tapi Allah lebih sayangkan dia, sama-samalah kita terima Qadar dan Qadar Allah (ketentuan) yang pastinya taman syurga menunggumu anakku,” tulisnya di Facebook.

Ruslan turut berkongsi ‘surat’ Nuri kepadanya yang berbunyi ‘papa balik bila… papa balik selasa’ yang dihantar kepadanya yang bekerja di Kuantan.

Luahan menyayat mati bapa murid perempuan mati dipatuk ular. Nuri menulis mesej itu di atas kertas selepas pulang dari sekolah pada Ahad lalu supaya ibunya, Wan Nor Izatul Azwana Wan Mohammad 28, menghantar pesanan itu kepadanya.

Dalam masa sama, Ruslan juga meluahkah rasa terkilan iapabila cerita kematian anaknya dipatuk di sekolah ditokok tambah bagi menjadikan cerita itu lebih sensasi.

Katanya, cerita yang mendakwa anaknya hidup semula selepas 12 jam meninggal dunia hanya salah faham.

“Kak Long (Nuri) sudah disahkan tiada (meninggal dunia) di Hospital Besar Kota Bharu petang kelmarin (semalam) lagi dan tiba di rumah saya pukul 6.30 petang kelmarin, lepas maghrib jenazah dimandikan, siap jenazah dimandikan diangkat dan diletakkan untuk dikafankan dia (Nuri) tersedu dua kali, kami ahli keluarga dan sahabat berbincang panggil doktor untuk kenal pasti walaupun hati rasa Kak Long dah tiada, semua doktor mengesahkan jenazah sudah tiada.

“Keadaan tersebutlah yang menimbulkan salah faham dan buah mulut yang direka-reka, maklumlah orang yang hadir beratus-ratus, memandangkan keadaan dah lewat malam, kami di pihak keluarga memutuskan urusan pengebumian di pagi esok (hari ini),” katanya.

Ruslan berkata, gambar ular yang disebarkan kononnya mematuk anaknya itu juga tidak benar.

“Setakat hari ini saya tak tahu ular yang patuk Kak Long masih belum dijumpai, gambar ular yang diviralkan itu pun tidak benar dan direka sahaja,” katanya.

Luahan menyayat mati bapa murid perempuan mati dipatuk ular. Dia juga merayu supaya memadam gambar jenazah anaknya yang dirakam ketika di rumah mayat hospital kerana mengakui sebak melihatnya.

“Mintalah buang gambar (Nuri) kat hospital yang muka diikat (sedih tengok),” luah Ruslan.

Jenazah Nuri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Che Latiff, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 9.45 pagi tadi, lapor FMT.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH