UJIAN ALLAH BAGI UNTUK MENGUJI SEJAUH MANA ILMU KITE.

BILA NAMPAK KUCING DILANGGAR LARI

Balik dari jemput anak2,teman lalu jalan biasa.Dari jauh teman nampak seekor kucing sedang mengadap saat2 terakhir sebelum dia menutup mata.
Mula2nya tak mahu ambil tahu...
Dah terlajak kedepan,teman pandang dari cermin sisi,kesian....kereta lalu lalang...
Mereka mungkin akan langgar dan penyekkan dia...

Teman undur ketempatnya.Dari cermin sisi,teman nampak sebuah kereta sipi sipi nak langgar dia.
Teman berhenti...
Anak2 tanya...ibu nak ambik kucing tu ke?
Teman diam je,ditangan ada seketul ayam goreng yang teman beli dari Limah depan sekolah.Teman baru nyamah sikit...
Dengan tergopoh gapah teman meluru ke arah dia..
Teman nampak matanya dan suram,lelehan air busuk dari mulutnya,badan yang berombak ombak,dah tak kuat nak jalan mungkin dek kena langgar tadi,badan kurus kering,busuk hancing,semua ada padanya.
Teman angkat dia ke tepi,dia melawan mungkin rasa terancam.
Teman pandang muka dia,teman perhatikan dia...dia tak boleh ke mana mana...
Badan dia cukup lemah...
Nak angkat ekor pun tak larat..

Teman buka bonet belakang kereta dan masukkan dia dengan hanya alas beg kertas yang kebetulan ada kat dalam tu.
Teman masuk dan pandu balik ke rumah.
Sepanjang jalan...subhanallah!baunya menyenggat,mungkin dia dah lama sakit,air lelehan tu sebenarnya air kotor dari dalam perutnya.
Anak2 tutup hidung...
Teman pun tak sanggup menghidunya..
Dalam otak kepala...teman cuma nak bantu,kalau dia sihat,teman akan jaga dia terus!
walaupun!teman sebenarnya dah tak larat nak jaga kucing2 ni...
Kos jaga mereka mahal!ada 3 ekor kat rumah pun dah makin menyesakkan jiwa.
Pasir,makanan....sama naik dengan berat badan mereka.
Tapi...
Teman makin melidi dek menjalani penjimatan menyeluruh.

Sampai kat rumah,teman terus keluarkan dia dari bonet kereta,matanya dah tak berkilau,putih dengan mulut yang mengeluarkan air bercampur darah,baunya jangan katalah!memang busuk.
Pada teman kucing ujian  untuk teman,selalu hadirkan diri dalam kuliah petang..
Hati kite mesti bersih dengan semua makhluk ALLAH.
Kucing manusia pokok atau sebagainya adalah makhluk ALLAH.
Jika dengan kucing kita tak boleh berkasih sayang,itu tandanya hati kite ada masalah.Dengan orang kite rasa benci,itu tandanya hati kite masih perlu hidayah dari ALLAH.

Balik pada kucing malang..
Teman cuba nak bersihkan dia,teman ambil tisu basah,kain untuk lap dia...
Mana tahu...dia akan sihat semula lepas makan nanti.
Dia melawan,pandang tepat kat muka..
Cuba larikan diri dalam keadaan terhoyong hayang.Kakinya mungkin patah atau sakit,sebab tu kaki kiri menyeret bila berjalan.
Teman cuba beberapa kali,dia cuba melawan.
Akhirnya teman biarkan je..
Jika mati,tidak lah dalam keadaan di langgar kereta.
Jika mati,tidaklah dalam keadaan terbiar tepi jalan.
Jika mati,tidaklah dia membusuk di tepi jalan...
Paling tidak,dia mati dalam keadaan selamat di bawah kereta.

Lebih kurang pukul 6 petang,teman nampak dia terbaring di depan pintu.Teman perhatikan sahaja..
Darah di lantai menunjukkan dia sakit atau kesan dari pelanggaran tadi.
Teman perhatikan perutnya,tiada ombak lagi,yang ada cuma seekor kucing diam membisu.
Anak2 tanya..mana ibu tau dia dah mati?
Teman hanya jawap...tengok perut dia tak gerak2 kan?
Itu tandanya dia dah mati...kata teman pada anak2.Anak2 diam,tak bunyi sepatah kata macam selalu.

Pada teman...elok le dia mati,daripada hidup merana.
Kucing terbiar,bukan kite tak sudi jaga.Dek keadaan rumah di taman,jaga binatang bukanlah sesuatu yang baik.Banyak masalah.
Najis,kos hidup mereka juga tinggi mengalahkan baby.
Kematian sesuatu yang baik buat kucing2 gelandangan.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH