Sunatkan Anak Perempuan Dihukum Penjenayah. Forum G25, Komen Anda?

KOMEN SAYA....
Kumpulan apa ke ini?
G25 kumpulan baru yang menyesatkan dan menyebuk dengan agama orang lain.

Kat kuliah ada ustaz kata pasal kumpulan ni.Teman buat dek je..
Sebab..insyaALLAH,teman tak akan terjerumus dalam kumpulan sesat baghat ni.

Sebelum ni ada isu2 sensitif islam yang mereka perjuangkan termasuk orang2 islam yang mengangotainya.
Teman pelik...jika orang bukan islam,mungkin sebab mereka tak faham,masalahnya,orang islam sendiri mempertikaikan tentang tudung,tentang macam2 pasal islam.
Teman sedih betul...
Sedih takut mereka tak sempat  bertaubat,takut ALLAH murka kat mereka,takut mereka masuk neraka.
Neraka bukan api biasa,tapi api panas yang akan membakar diri kite hingga jadi unggun api.
Tak takut ke?
Suami jawap....kalau takut,tiadalah isu terkini!
Okay....fine...kite tunggu je le....

Hari ini,isu sunat perempuan pulak.
Pada teman,setiap agama ada ajaran sendiri.Janganlah sibuk sangat,dari dulu....
Teman dah tahu...sunat wajib untuk lelaki dan perempuan islam.Iannya menyucikan diri kite dari kekotoran.
Biarlah kami teruskan cara kami,agama kami,itukan urusan kami...
Kamu nak sembah lembu,nak sembah sami atau tokong atau apa je...
Itu kamu punya suka,kami tak ambik kisah pun.
Jadi kenapa sibuk dengan agama orang lain?
Kepada ahli kumpulan G25...
Jika anda tak mahu bersunat atau tak mahu anak cucu anak di sunat.....
UP TO U......
Tiada siapa melarang,tapi jangan memandai2 mengubah apa yang jadi fahaman kami.


(Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meluluskan usul supaya kerajaan mengisytiharkan kumpulan G25 sebagai kumpulan sesat.

Pengerusi Jawatankuasa Usulnya, Hassan Basri berkata, keputusan itu dibuat susulan terlalu banyak penyerapan fahaman sesat liberalisme dan pluralisme yang semakin berleluasa sehingga mengancam akidah umat Islam.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil tindakan kepada mereka yang bertindak melanggar Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan.

“Perkasa mengecam keras kebiadaban kumpulan G25 dan mendesak supaya kerajaan bertegas, mengengkang fahaman ini dengan memfatwakan kumpulan G25 sebagai kumpulan sesat.

“Persidangan kali ini turut mendesak kerajaan bertegas dan mengambil tindakan mahkamah untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang ada kepentingan,” katanya kepada pemberita sempena Persidangan Agung Perkasa ke-6, di sini, hari ini.

Semalam, polis dilaporkan akan memanggil Jurucakap Bekas Penjawat Awam (G25), Datuk Noor Farida Ariffin dalam masa terdekat bagi mendapatkan kenyataan berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.)

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK