REUNION SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BUNGA MUAR

PADA 1HB MEI 2016

Teman dah lama simpan anggan untuk jumpa kawan2 zaman kecik dulu.
Dari darjah 2 hingga darjah 6,teman bersekolah di Sek Kebangsaan Parit Bunga,Muar.
Teman duduk dengan atok.

Kehidupan kampung banyak memberi kemahiran hidup yang tinggi pada teman.
Main longkang,jalan2 kat kebun getah,cari kayu api dan macam2 lagi.
Lepas naik tingkatan,teman ikut emak ke Johor Bahru.
Sejak tu,teman tak lagi jumpa kawan2 kecil zaman persekolahan.

Awal 2016,teman terjumpa seorang rakan di FB.Dari dia teman mula dapat menjejaki satu persatu kawan2 lama.
Ada beberapa sahaja muka2 yang teman masih ingat.Selebihnya teman masih blurrr.

Pada 1hb Mei ini,mereka merancang untuk bertemu disatu majlis di Dewan Othman Ghani Kesang,Muo Johor.
Dalam suka teman berdebar2 juga,sebab......sejak 1980 hingga sekarang,inilah kali pertama teman nak jumpa kawan2 sepermainan dulu.

Di sana teman masih ada suku sakat,ada mak cik ada pak cik...
Tapi teman teringin nak duduk sendirian tanpa menganggu mereka.
Teman mula mencari2,hotel atau homestay untuk jadi tempat persinggahan.
Selepas berbincang,teman cuba dapatkan maklumat dari kawan2 kat sana.Mana tempat menarik untuk teman tempah nanti.
Mereka kata...ada hotel,ada homestay.Ikut suka teman...mana satu nak di pilih.
Bincang  dengan suami...teman cuba tanya homestay.
Dewi kata...Homestay ada banyak kat area situ...
Harga sekitar RM350.00 sahaja.
Teman kata...sebenarnya Pak Cik saya pun ada homestay,cuma takut di ajak tido rumah dia pulak.
Dewi kata...ada homestay kat rumah dia,banglow besar2.
Teman kata tak mahu lah banglow sebab nak tumpang tido je....
Dia jawap...cuba kau hubungi En Zainal,dia banyak homestay.Orang2 sini semua serah kat dia untuk di uruskan.
Teman tanya balik...Zainal?macam nama Pak Cik saya je...
Dewi kata...mungkin kot?Zainal tapi Bin saya tak tahu...
Teman teruja...hebatnya Pak Cik teman!dah banyak homestay yang di uruskannya.Daripada 3 dah jadi 6 banglow.

Teman call Pak Cik...
Sah!memang dialah empunya badan...Homestay Persisiran Perdana.Ada 6 banglow cantik2 belaka.
Teman kata...kite nak yang kecik je,sebab kite tak ramai.Lagipun....takutlah rumah besar2 ni...
Pak Cik jawap...wah!penakut juga ya...ingat sasa sangat!
Teman jujur kata...memang teman takut.
1-Bukan rumah kite
2-Teman rasa sangat terasing
3-Ini bukan tempat teman.......
Perasaan tak selesa tetap wujud...
Pak Cik teman kata....setakat ini,belum ada lagi pelanggan dia yang kena cekik,belum lagi ada pelanggan dia yang leher lebam.Budak2 seronok bermain kat halaman rumah.Budak kecik,budak besar semua gembira.Ella pun pernah menginap kat kat sini,Pelakon Zulkifli Zain dengan Normala pun pernah menginap kat homestay kami.
Wah!hebatnya!

Kalau gitu,kite nak banglow yang comel2 je...
Pak Cik teman kata...homestay dia hanya banglow2 je...rumah2 teres atau rumah2 lain jenis tu orang lain punya,dia sekadar jalankan sahaja.
Okay...baru teman faham...
Teman kata ikut lah,mana rumah yang sesuai...
Dia kata...ada satu...Homestay Zera namanya,paling ramai orang duduk.Kebanyakkan pelanggan suka rumah tu,rumah banglow setingkat hanya ada 2 bilik sahaja.Tapi halamannya luas,dekat dengan surau,kedai makan  dan ada lagi satu paling istimewa..........
Teman tanya apa dia?
Pak Cik kata...rahsia...
Teman berdebar...pak Cik kata....inilah banglow paling laku sejak dia menguruskan projek Homestay Persisiran Perdana beberapa tahun yang lalu.

Dalam hati tertanya2.....
Apa agaknya RAHSIA itu?
Tungguuu....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH