LABUCI CANTIK DI PANDANG MATA TAPI AZABNYA JANGAN CERITALAH!

KITE KONGSI CITER...

Teman tempah jubah kosong.Tak berbunga,tak berawan larat.Yang ada cuma kaler senada.
Bila siap,teman tak nampak cantiknya,sebab kosong je..
Terfikir nak upah pasang labuci,tanya Kak Rina katanya..
Orang tu tak mahu ambil lagi,dia sibuk..
Fine,sibuk sangat kan?tak pe...teman akan cuba pasang sendiri.
Dalam kepala otak dah ada corak2nya...
Pastinya!ringkas seringkasnya.

Teman pergi cari manik di kedai,wah!rambang mata..
Banyaknya manik beraneka kaler,pendek kata..
Rajin dengan tidak je.

Sampai di rumah teman terus capai alatan menjahit.Teman bentang jubah dan mula merangka corak paling ringkas.
Petua asas yang simple ialah...
Benang yang digunakan bukan ikut kaler manik tapi ikut kaler kain,kecuali manik atau labuci jernih sahaja guna benang ikut kaler manik atau labuci tu.

Teman mula menjahit,hati berkobar2,tak sabar nak lihat hasil kerja sendiri.
Jahit punya jahit...
hati mula jemu...cerewet sebenarnya.
Apatah lagi,teman ni rabun..perkara paling teman tak suka ialah...masuk benang kat jarum.Berjam jam baru le tepat ke sasarannya.
Benang bersimpul pulak!
Aduhai....kena lerai lahan2,kalau tidak kena bukalah balik jika tak sempat nak matikan hujung benang.
Sepanjang menjahit,teman mula faham...susah rupanya menjahit manik kat baju.
Cantik tapi..cerewet.
Jikalau anda upah orang jahit labuci,seandainya bayaran yang dia kenakan mahal!usah mengeluh...
Bukan mudah nak jahit labuci atau manik2 tu.
Mata penat ,badan penat ,kadang2 hati pun penat!
Jika tak gigih dan azam yang kuat!mahu kelaut baju2 tu..

Teringat Zurah....
Jahitannya kemas dan cantik...
Teman nak jadi macam Zurah..
Tapi..
Memandangkan asyik mual je...
Azam tu teman pendam je le...

Apa yang pasti...
Teman dapat habiskan lengan kiri kanan ni pun dah OKAY...
Ehmmm...

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK