KISAH BENAR


SEORANG IBU TELAH MENCAMPAK KELUAR BAYINYA DARI TINGKAT 18.

Subhanallah!
Itu sahaja yang mampu kite ucapkan.
Tak tahu nak kata apa lagi.Yang pasti....zalim betul!

Dah biasa dengar,baca tapi belum pernah sekali melihat kejadian yang benar.
Mungkin ALLAH melindungi mata hati teman dari melihat kekejaman manusia.
Teman benar2 terkejut.Tak terbayang di otak kepala,macam mana lah seorang emak,ibu,umi sanggup ambik bayi kecik,bawa ke beranda dan campak ke bawah.Sampai pecah kepala bayi tu.
Tak terfikir langsung betapa cekalnya hati si ibu tu.
Marah bagaimana sekalipun,tak kan lah sanggup buat macam tu kan?

Penduduk flat Danau Kota,Setapak terkejut bila nampak bayi tak cukup bulan terlentang di lantai,setelah ibunya bertindak nekad dengan mencampakkannya ke bawah dari tingkat 18.
Bayi tu terdampar di tepi longkang dan di temui oleh penduduk setempat kira2 pukul 9pagi.

Hasil siasatan,bayi tu dilahirkan dalam tempoh 24jam dan masih beruri serta di dapati tidak cukup bulan.
Lepas tu,polis berjaya menahan seorang suspek wanita berusia 36thn untuk siasatan.
Wanita tu telah ditinggalkan suami sejak 2thn lalu dan menyewa di situ bersama seorang anak perempuan berusia 5thn.
Fahamkah?
Mengapa dia buat macam tu?
Fahamkan?
Mengapa dia sanggup atau tergamak campak bayi tu dari tingkat 18?
Fahamkan?
Mengapa semua ni berlaku?
Kerana sayang hamba turutkan,kerana sayang juga!Hamba sanggup kena penjara.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK