KISAH BALU YANG KITE TAK TAHU

KENAPA BEGITU?

Kakak teman baru sebulan menjadi balu.
Jika sebelum ni,dia tak tahu kisah sebalik perkataan BALU.
Tapi kini dia mampu kongsi cerita dengan kite.

Dalam tempoh sebulan,seorang balu masih termanggu2 tak tahu hala tuju.
Walaupun kakak teman ada kerja yang perlu di buat,dek edah ketentuan ilahi,dia akur untuk duduk di rumah selama 4bulan 10 hari.Sesekali dia keluar atas urusan tertentu.

Pagi tadi,dia cerita...
Ada lelaki cuba mengodanya.Tak tahu siapa,tapi dia rasa tak gembira.Lelaki itu sengaja mencari helah untuk berchatting dengan nya.
Kakak teman tak layan,tapi berulang2 kali dia menghantar pesanan untuk berkenalan.
Anda rasa patut tak lelaki tu,buat macam tu?
Menganggu seorang balu yang sedang meratap kematian orang tersayang.
Tak habis edah sudah ada calon menunggu.

Teman cerita dengan suami,spontan suami kata lelaki tu kurang ajar!
Teman tanya anak2..mereka kata...blocklah line tu.
Teman kata kat kakak,kau block nombor tu,nanti dia tak kacau lagi.
Untuk pengetahuan,kakak teman ni buta IT,Tak tahu apa2.Yang dia tahu cakap panjang2 dengan teman dan bergurau senda dengan suami semasa hayatnya.

Katanya...
Bukan senang jadi janda atau balu,Status tu dah jatuh tahaf ke 3.
Teman tanya ....kenapa?
Kakak jawap...status tu buat orang keliling tak senang duduk.
Teman faham...teman mengerti apa yang kakak maksudkan.Tapi tak semua masyarakat macam tu,ada yang okay.Cuma segelintir je yang huru hara!

Kakak kata lagi..dulu aku tak faham,ingat jadi janda atau balu...
Semudah ABC.Tapi sebenarnya banyak masalah.Ada kawan aku kata....lepas ni,ada lagi masalah yang bakal awak lalui.
Hari pertama sahaja,dah banyak kata2 orang yang tak pernah faham masalah orang lain.
Baju ada bunga sikit tak boleh,baju ada labuci tabur sebatu satu pun tak boleh...
Sebenarnya kakak teman bukan tak tahu,dia belajar agama juga.
Tapi...
Itulah manusia,dalam satu masa semua nak sempurna.
Hari pertama,mana lah kite tahu suami kite nak mati,baju atau jubah kite tak ada yang kosong,anda faham kan?jubah hitam @ Abaya...jarang ada kosong,paling tidak pasti ada bunga2 sulam kat hujung2 lengan baju.
Bagi masyarakat kite....mati suami,baju kena hitam legam,solek bedak semua tak boleh....
Pengetahuan tak menyeluruh.Baru dapat sikit ilmu dan semakkan kepala si balu.
Kite ajar dia lahan2,jangan kite letak banyak sangat undang2,hingga bedak powder pun tak boleh di pakai.
Sebenarnya.....Seorang balu duduk dirumah bagi yang tak bekerja,untuk yang bekerja...dia kena keluar bekerja.Jika tak ada duit nak makan,kite nak bagi kah?
Si balu diwajibkan duduk dirumah itu lebih baik daripada berayau tak tentu pasal,tapi...jika nak makan,tak ada sesiapa yang boleh bantu membeli barang keperluan,si balu boleh keluar membeli perkara2 asas dalam kehidupan.
Jiran tetangga hanya boleh bantu sekali dua,jika dah jadi rutin!ada ke yang sanggup?
Tepuk dada tanya selera.
Si balu juga tak di benarkan berdandan,menyolek bagai!tapi...kalau kat dalam rumah,pakailah bedak,krim yang tak menonjol,dah jadi biasakan?lepas mandi kite pakai powder,sikat rambut.Bukan untuk orang tapi untuk diri sendiri.
Pendek kata...banyak larangan termasuklah di ngurat orang.

Lelaki juga kena faham.....
Si balu dalam edah,janganlah cuba memancing.Tak semua balu mudah jatuh hati kecuali satu atau dua orang sahaja.
Tapi...10ribu balu yang lain,masih setia dengan perkahwinan walaupun ALLAH dah ambik suaminya.

Kakak kata lagi.....orang keliling selalu bersikap dingin kat balu.Mungkin takut balu2 mengintai suami mereka.
Teman terus teringat seorang kawan,dia kematian suami hampir 4thn lalu.
Selepas kematian suami,dia tak lagi bersama kami.
Ajak ngeteh pun tak sudi,walhal....kami biasa makan semeja.
Kadang2 dalam hati terdetik juga...sombong betul!
Tapi tu dulu...lama2 alah bisa tegal biasa.
Lama2 teman lupa wujudnya dia...dah orang tak sudi,nak buat apa lagi?
Tak gitu?

Lepas kakak teman hadapi sendiri,teman mula faham...
Patut lah dia menyendiri,dia malas nak layan masyarakat.Dia malas nak layan cakap2 orang.
Ooo...baru teman mengerti kenapa dia mula jauhkan diri.
Maafkan saya...saya tak perasan masalah2 begini timbul,pada saya...janda,balu atau apa pun!
Kamu juga ada hak untuk keluar selepas 4bulan 10hari.Tiada siapa boleh halang untuk kamu keluar wahai kawan2.

Teman kata kat kakak,lelaki tu cuba je kot?mana tahu kau suka!
Jawapnya...ish!tak mahulah!aku malas nak fikir semua ni lagi.Pada aku...yang pergi tiada ganti.Aku tetap akan tunggu dia..
Teman balas...jangan cakap lepas,baru sebulan,mungkin setahun kau akan berubah?
jawapnya...ish!tak kuasalah!kalau aku berubah kau sepak je aku.
Teman jawap...yalah tu,silap2 kau marah kat aku balik.Masa tu kau mungkin dah berubah,dah jadi ungkal maarif!
kakak jawap lahan...tak mungkin,insyaALLAH tak mungkin....

Perempuan.....setia pada satu,akan setia hingga bila2.
lelaki..............setia tiada dalam kamus hidup mereka.
Alasan..
Siapa nak buat kerjarumah?siapa nak jaga anak2?siapa nak masak?bla,bla.bla..
yang pasti!
Perempuan tetap akan solo selagi tak dikacau lelaki.
Ramai yang habiskan sisa2 hidup dengan hanya membesarkan anak dan melancong!

Apa2 pun...untuk semua balu2 di Malaysia.Teman tak akan komen apa2,sekadar ingatan untuk diri sendiri.
Jika teman ditakdirkan jadi balu...
Mungkin teman juga akan begitu.Membawa haluan sendiri.
Yang penting teman ada suadara mara,ada kawan2 yang memahami,itu lebih mencukupi.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK