JIN 7

AKHIRNYA...

Dia pergi jumpa seorang ustaz di Kuang.
Setelah bercerita panjang lebar,ustaz hanya kata.....dalam badan kite tak boleh ada JIN.Walaupun seekor,walaupun 3 ekor.keputusannya TAK BOLEH!
Dia kata tapi ustaz,JIN2 tu ajar yang baik2,Sulaiman,Ibrahim....
semua ajar anak saya perkara yang baik2.
Ustaz jawap...TAK BOLEH!mula2 JIN2 tu baik,tapi sampai satu tahaf....hitam katanya!hitamlah jawapnya!
Dia terpegun....
Hati yang gembira,gundah kembali.

Apa caranya ustaz?..
Ustaz kata...kena buang!anak awak masih remaja,takut apa yang dia buat kerana JIN2 tu.
Dia akur...
Ustaz mulakan upacara membuang JIN2 tu..
Kata ustaz...dalam badan anak awak bukan ada 2 tapi banyak!
Ustaz mulakan....Ibrahim Sulaiman tak mahu ikut,mereka nak duduk dalam badan kecil tu.
Setelah beberapa minit berbicara...Ibrahim sukarela keluar...
Tapi Sulaiman tak mahu ikut serta,Sulaiman nak menetap terus dalam badan kecil tu.
Ustaz kata...tak pe...lagi 10 hari,awak datang lagi.Dalam tempoh ni,awak buat apa yang saya suruh.Mandikan anak dengan bahan2 yang saya buat ni.Pantang makan ayam selama 10 hari ini.
Dia angguk....
Sepanjang jalan pulang..
Anaknya masam mencuka,muka tak puashati,tak bercakap,tak berbual...
Sampai rumah,dia kata...gi solat,ibu hantar..
Anak tu melawan,di hempas daun pintu kuat2.
Dia diam je...
Dalam hati sepi....
Dulu anak ni nakal,selalu buat dia marah,Dulu....anak ni selalu buat hal,tapi...tetap lembut bila bercakap dengannya.
Anak yang dulu dah tak ada lagi...
Yang tinggal hanyalah anak yang penuh dengan ketegangan.

Dia mengeluh lahan...
Tak ada duit,kite masih boleh cari...
Tapi...kesihatan anak2 itu lebih menjerut hati kite.
Anak kite dah tak macam dulu...
Anak yang dulu dah tak ada....
Yang sekarang anak liar yang kite sendiri tak tahu....
SIAPA DIA?

Doakan yang baik2 buat kami sekeluarga.
Teman diam je...
Berat mata memandang,berat lagi bahu memikulnya.
Semuga ALLAH mudahkan jalan mereka.Semuga semuanya akan kembali seperti sediakala.
Amiin..

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH