JIN 6

TERIMA SEADANYA..

Semalam kami di datangi tetamu yang tak di di sangka2.
Tujuan...
Bertanya khabar dah berkongsi perasaan pasal JIN.
Ke Ipoh mencuba nasib untuk temuduga di sekolah ustaz Qazim.
Atas cadangan JIN yang ada menumpang di badan anak ke2nya yang sakit sejak raya cina lalu.

Semua orang tercopong mulut,semua orang besar biji mata!
Tapi...itulah yang berlaku.Setelah bermacam2 JIN meresap masuk,tiba pula giliran 2 ekor JIN membantu dia dalam membina keyakinan diri.
Percaya atau tidak...
Itulah yang teman dengar.
Teman kesian,tapi apakan daya...berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Ginilah....
Semua orang tak sudah2 bertanya...tak ubatkan ke?
Rasa buntu bersarang di kepala,suami dia kata....bukan tak mahu berubat,tapi kat mana?
Teman jawap,Pergilah ustaz Ismail Kamus ke,Ustaz Dasuki ke....atau ustaz yang handal2 belaka.
Dalam hati teman...cubalah,kenapa tak mencuba?
Jawapannya mudah....bukan senang nak jumpa mereka.Kena buat temujanji..
Sedangkan anaknya dan mirip monyet,jalan dan cara sama macam monyet!
Lompat,meyeringai marah sebiji macam monyet.
Apa yang kite mampu buat?hanya menangis.Orang senang cakap,kami yang merasakannya.
Pernah anak kite melawan ayahnya.Suruh solat dia kata dia JIN kafir,sembahyang tiada dalam agama aku!
Menjerit melawan si ayah.Hingga ayah tak tahan....mengherdiknya dan merotannya.
Kau jangan ingat kau je ada JIN!aku pun ada!jerit si ayah.
Apa yang mampu kite buat?
Setiap senja hingga ke malam....dia mengamuk sakan!
Apa yang mampu kite buat?
Nak pandang je?kite pasti dapatkan pertolongan dari orang2 terdekat.
Pada kite...siapa yang mampu bantu kite disaat terdesak,kite akan ikut...selagi tak kearah khurafat atau syirik pada ALLAH.
Saya bukan apa kak,saya tak mahu.....solat siang malam tapi tak dapat apa2,kata suaminya lahan.
Teman,suami hanya mendengar....
Turut tak tahu nak kata apa....
Yang pasti....kami sendiri pun tak berapa faham mengenai JIN.
Saya tahu kak,dalam Al Quran dah tulis...jangan kamu berkawan dengan JIN.Maknanya mahkluk itu ada dan bersama dengan manusia berkongsi dunia.
JIN boleh nampak kite,Kite tak boleh nampak JIN,Bunian boleh nampak JIN tapi JIN tak boleh nampak bunian.
Manusia?
Tak akan nampak kedua duanya.
Begitulah kata2nya.
Saya buntu,kepala saya sakit!saya tak tahu apalah nasib kami sekeluarga.Anak2 yang lain pun ada yang mula nampak JIN.
Ada seorang individu kata...mungkin ALLAH nak naikkan martabat keluarga kami.Di datangi JIN untuk bantu keluarga yang lain.
Mungkin lah......kata suaminya lagi.
Teman dan suami hanya diam...
Tak tahu nak kata apa2.

Bila saya beritahu kawan2 yang rapat,mereka pun tak tau nak kata apa.mereka juga hanya mampu mendengar.Kelmarin,kami berubat dengan seorang ustaz dari Perlis,janji nak tutup hijab anak saya.Sehari RM200 kali 3 hari!RM600 dah terbang.Kami bukan banyak duit,kami bukan orang kaya....
Kami tak ada apa2 nak cagar pada ustaz yang kenakan bayaran mahal2.Mereka tak bantu percuma,mereka datang berupah.Pendek kata...semua urusan kat mukabumi ini semua nya berkaitan dengan RM.
Teman diam...teman tak bantah bukan sebab dah tergoda,tapi hanya menjadi pendengar setia.
Paling tidak....dia dan isteri akan tenang lepas kongsi cerita.

Susah sebenarnya,jika hidup berkaitan dengan JIN.
Setiap detik....dia menganggu.
Celik mata,ada je....cerita2 baru yang akan di ketahui.
JIN sana JIN sini,keluarga tu kebuntuan.Anak sulungnya kata...kitaorang bosan Mak Cik,hari2 pusing2 cerita itu juga.Tak ada kesudahan.

Semalam,teman singgah rumah dia...
Anak dia dalam keadaan sihat,sejak ada penjaga,dia tak lagi marah2,tak lagi pengsan2 .Boleh pergi tengok wayang,pendek kata dia semakin sihat walhafiat.
Teman sapa dia....
Dia senyum macam biasa.
Jika teman nak bertanya sesuatu pada JIN A,hanya sebutkan namanya,suara tu akan keudara,melayan setiap persoalan,jika teman nak JIN B,hanya sebut namanya dan JIN tu akan muncul.
Jika teman nak berbual dengan empunya badan!
Hanya sebut nama.....dia akan melayan kite dengan hati yang senang.
Apa yang boleh dikatakan,dia makin pulih dan dia makin tenang.
Pergi menonton wayang bersama kawan2 dan bersama 2 penjaga dalam badan.
Jika dia tanya...okay tak cerita tu?
Antara JIN akan menjawap dengan suara tersendiri,biasa je.........
Boleh gitu?
Percaya atau tidak....
Dengan izin ALLAH itu yang berlaku sekarang.
Kami tak tahu nak kata apa lagi....

Kami beri ibubapa tu beberapa hari waktu bertenang,sementara menunggu jawapan ustaz Harun Din atau Ustaz Ismail Kamus.
Jika ada keputusan....
Teman pasti akan kongsi lagi...
Jika tiada JIN 7,maknanya....cerita tetap sama.....
Tiada perubahan.....
Anaknya tetap ada JIN dalam badan,yang menjadi perisai dari serangan JIN 2 Jahat yang lain.

Mujur si suami masih teguh....
Masih tak boleh terima semua ni...
Selalu pesan kat isteri...
setiap perkataan awak,selitkan dengan izin ALLAH.Jangan sampai kite terpesong akidah.
Saya tak mahu....
Kite solat tapi tak dapat apa2.
saya tak mahu....
ALLAH murka kat kite.

Teman dengar...rasa sayu kat hati..
Ini hari dia,mungkin esok atau lusa....
Hari kite pula...
Yang penting.....berdoalah pada yang esa.
Untuk mempermudahkan segala urusan kite.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK