JIN 5

LANJUTAN DARI CERITA LAMA..

Semalam..
Dia call teman pukul 1.30pagi.Teman dah lena dan terkejut beruk bila dengar bunyi phone.
Bagi teman....
Jarang kawan2 call pagi2 buta macam ni,jika tak ada hal penting.
Teman dengar suaranya...
Dah tido?
Teman jawap belum...(teman sengaja tipu.takut dia rasa bersalah)
Dia kata...esok,akak dengan Sheila kena datang rumah kite,mesti!
Teman dengar sayup2,teman dengar tapi tak pasti.Teman ulang lagi pertanyanya..
Apa?kata teman.
Dia jawap esok,akak dengan Sheila kena datang rumah kite!ada hal penting!
Dalam tak sedar,teman jawap...okaylah,nanti esok akak comfirm balik.

Teman sambung tidur,macam biasa tak mampu nak pejam mata,teman gelisah memikirkan esok teman kena ke rumahnya,bukan dekat,bukan mudah untuk teman ke sana..3jam baru sampai.
Dalam hati..tak pe lah,esok fikir...

Bangun pagi,teman terus beritahu suami.
Suami yang baik,mudah faham masalah isteri.Keputusan di ambil,suami kerja setengah hari.Dan kami bertolak selepas tu.
Kami redah jalan,kami redah kehangatan mentari.Sejak2 laa ni,teman dah mula rasa bosan dok dalam kereta lama2.Jemu!
Demi  mereka teman harungi juga.Jarak rumah teman dengan tempat di tuju hampir 2jam setengah baru  sampai.
Sepanjang jalan....kepala tak diam memikir...apa yang dimaksudkan 'PENTING' itu?

Sebaik sampai,teman cari makan dulu,teman tak berapa happy nak jumpa mereka dulu.
Lepas makan....rombongan dari selatan belum sampai lagi.
Suka tak suka...kami sampai dulu.Hati berdebar2 kerana dari ceritanya...di sana sini jin ada.Benar..jika kite nampak kite tak mungkin boleh tidur lena.ALLAH sengaja menutup hijab kite menghalang dari melihat mereka.
Beri salam...
Masuk....teman nampak dia sedang main game,tengah kyusuk menikmati game yang di sukai.
Jika minggu2 lalu,mukanya tampak garang.Kali ini...syukur...dah kendur dan bersahaja seperti biasa.
Dengar2 jin yang ada dalam badannya tu jin islam yang bernama Ibrahim dan Sulaiman.Dengar2...dua2 jin tu pahlawan perang yang handal dalam kalangan jin2.
Dengar2....mereka menjaga dia sebab dia masih remaja dan kurang benteng dalam diri.
Banyak jin2 jahat yang suka nak berkongsi badan dengan dia.
Teman pergi dekat dia,teman sapa dia....
Dia yang teman kenali sememangnya lembut dan bersahaja.
Hai!...sapa teman.
Dia hanya senyum dan mencium tangan teman seperti selalu.
Teman tak tahu nak kata apa...
Debar kat dada terasa.Teman tak pernah ambil tahu,tak pernah cuba faham alam jin.

Kata ibunya....boleh tanya apa2 yang akak nak tahu termasuk 1MDB.
Teman jawap...ya ke?hebatnya jin ni!pengetahuan am luas!
Kata ibunya....dia baik sikit,jin ni taat,bila Rahmat beri arahan dia akan pegang sampai bila2.
Teman tercopong mulut.Mungkin ini antara sebab dia sakit,dia meracau racau...rupa2nya ada benda nak menyinggah dalam badannya.
Dah lama sikit,baru keberanian timbul.
Teman tanya macam2!Nampak funny tapi itulah kebenaran.
Teman tanya itu ini...dia jawap spontan.
Ibrahim!tahu tak kat mana MH370?
Dia jawap dengan suara kasar dan kedalam,di sebuah pulau.
Teman tanya lagi betul ke terhempas?
Dia jawap tak.
Teman tanya lagi.....kerajaan kata terhempas?
Dia jawap...bohong.
Teman tanya lagi...eh!duit 2.6B tu datang dari mana?
Dia jawap Dubai....
Dalam hati,Hahaha...kelakar,kelakar...jin pun tahu semua ni.

Bila semua ahli keluarga berkumpul,Rahmat menerangkan tentang jin2 yang ada dalam badan dia.Sesekali dia menyampuk,sesekali dia bersilat.
Teman duduk sebelah dia,sesekali teman jeling,sesekali teman pandang dia...
Benar!
Mata hitamnya tak segarang dulu.
Kali ini dia tak menakutkan.Kali ini dia dah beransur pulih walaupun ada Ibrahim dan Sulaiman dalam dirinya.
Kata Rahmat...tujuan kamu2 di kumpul di sini ialah...
Dulu,ada seorang lelaki bernama Azli telah mencemburui arwah ayah kamu.Dia telah menghantar sihir kat keluarga kamu melalui 4 biji batu.
Batu2 ini ditempatkan di gerai arwah ayah kamu.
Satu hari,ibu kamu telah menyapu dan terpegang batu2 itu,seorang dari kamu juga ada berbuat demikian.
Akhirnya...batu2 itu boleh menembusi rumah kamu melalui mereka berdua.
Tanpa di sedari kamu sekeluarga telah hidup selama 19thn dengan jin2 sihir.
Jin saka datang dari keturunan jin sihir adalah kebencian manusia lain untuk kite.
Antara percaya atau tak...
Itulah yang Rahmat katakan.
Kami berpandangan,dari air muka mereka teman tahu...ragu2 dan tak percaya.
Teman tanya...walaupun jin2 ni ada dalam diri kami,tapi kami tak merasa sebarang keganjilan.Kami solat,kami mengaji,kami ke mekah.Tak kanlah jin2 tu tak takut?
Rahmat jawap benar...jin2 tu zahirnya tak kacau,hakikatnya....dia menganggu dalam diam.Menjadikan kite malas solat,malas membuat kebaikan.
Teman tanya lagi Encik!dalam badan kite memang ada jin.Maknanya jin2 yang ada dalam badan kite tu normal lah kan?
Jawapnya benar,tapi jin2 yang ada dalam badan kamu2 semua jin yang di hantar kerana benci dan mereka akan mengekori keluarga ini hinggalah ada yang bakal mati kerana gangguan jin2 ni.

Makin keliru,makin berkecamuk!
Keyakinan dan kepercayaan langsung tak ada.Takut jatuh syirik dek cerita2 lama ni.
Jika benar Azli tu hantar sihir kerana cemburu kat abah teman...memang patut!abah teman  orang baik,suka bantu orang lain.
Tapi....tak kanlah sebab tu...Azli tergamak menghantar jin kat keluarga kami?
Kalau macam tu,susah juga jadi orang baik kan?elok jadi orang jahat je,paling tidak polis je dengki!

Kami bincang bersama..
Untuk memendek kan cerita,kami ikut je,dalam hati Ya ALLAH ampunkan kami.benar atau tidak kami hanya berusaha demi kebaikan.Semuga ALLAH membantu kami dari kesesatan.
Rahmat tak guna sebarang peralatan,Rahmat dan anak sedara teman berganding bahu mengusir apa jua yang ada dalam badan kami.
Menurut Rahmat,jin mudah masuk dalam badan kite sebab kite kurang zikir,amalan kurang.Jin2 tu akan pengaruh kite jauh dari ALLAH.

Semasa memandu balik,teman tanya suami....
kamu percaya tak?
Dia jawap entah!
Teman kata lagi...kalau tipu,tak kanlah dia pun tipu kite?suara dia pun lain2 kan?Tak sama....
Kami diam lagi dalam kepala otak ni!fikir macam2!
Benar atau tidak?
Benar atau tidak?
HUH!
Dia anak sedara teman...
Mustahil pula dia menipu kami?
Kecuali...Rahmat sengaja letak makhluk ghaib kat badan dia.

Ibunya kata...sejak dia ada pendamping.Kat rumah ni ada undang2.
Masuk rumah WAJIB beri salam.
Mereka dalam rumah ni tak boleh menipu!nanti dia akan kata  bohong...
Panggil anak guna nama penuh.Jangan separuh2.Takut maknanya jadi lain.
Mereka mengamalkan zikir sekerap mungkin.
Mereka melebihkan solat dan tak cuai macam dulu.
Dalam hati..okaylah tu!ada baiknya juga.Kerana dia diserapi jin,semua berubah.
Okaylah tu kot?
Dengan izin ALLAH semua ni berlaku.
percaya atau tak....
Tunggu....

Yang pasti.....teman tak le percaya sangat!cuma mengikut rentak yang yang dia  tarikan.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK