GADUH GARA2 DUIT HANTARAN TAK CUKUP.

PETANDA AKHIR ZAMAN,SUARA TINGGI DALAM MASJID.

Semalam anak dara tag nama teman kat satu video pergaduhan dalam masjid Jamek Al Khadijjah Pantai Dalam kolompo..Teman tercopong mulut.Malunya...
Kenapa mesti gaduh macam tu sekali?
Terjerit terlolong...macam orang gila lagaknya.
Teringat suasana perhimpunan haram sikit masa dulu...Orang lari bertempiaran tak tahu nak kemana di kejar dek abang2 PDRM.

Kawan2 kata....budak lelaki tu kurang ajar!
Teman jawap...tak mungkinlah,pengantin nak kahwin biasanya kan baik dan sopan.Mana ada anak2 kite kahwin ikut panas baran.
kite sendiri dah pesan...kau jangan nak buat kelakor Mail...Kau jangan nak buat kepala sendiri.Kau jangan buat malu kami pulak!
Selalu kite akan pesan....
Macam2 pesan kite sampaikan.Supaya majlis berjalan lancar.
Mustahil lah si bujang tu kurang ajar kalau tak ada punca.
Sahabat kata...betul,Pak Imam tu sendiri ngaku,pengantin lelaki kurang ajar!
Teman kata lagi...mana tau?
Dia kata ada status dari sedara belah perempuan kata pengantin lelaki tu kurang ajar.
Teman jawap kite kena dengar dua dua pihak,kalau perempuan mestilah sebelah kat perempuan.Ini tak adil!

Cerita berakhir kat situ,malas nak cerita tentang isu yang kite sendiri tak tahu.

Jom baca berita sama2..
KUALA LUMPUR – Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya punah selepas dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid tersebut kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.
Menurut sumber, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju untuk membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu.
“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak pe­rempuan meminta sejumlah RM15,000.
“Pengantin lelaki yang bersetuju de­ngan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya ketika dihubungi semalam.Difahamkan, pengantin lelaki berusia 27 tahun itu hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.
Pengawal keselamatan itu dikatakan sudah bercinta dengan kekasihnya yang berusia 21 tahun sejak tiga tahun lalu.
Menurut sumber itu lagi, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung, bagaimanapun pihak pe­ngantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi mangsa tidak membayar baki RM5,000.
“Tidak bersetuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluar­ganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” ujarnya.
Kata sumber itu, keadaan di pekara­ngan masjid kemudian bertukar kecoh apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.
Harap kite sama2 berdoa agar mereka yang terlibat selamat dunia akhirat.
Tak tahu nak komen apa lagi..
Nasi dah jadi bubur...
Semuanya dah berakhir...


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK