BILA PERCERAIAN BERLAKU...

BIJAKLAH MENANGANINYA.

Siang tadi,dapat call dari seorang rakan lama.
Dia kata...ada seorang kawan lama, akan berpisah dengan suaminya.
Mereka punya anak 2 yang sedang meningkat remaja.
Teman terkejut!
Satu....tak ada ribut tup2 pokok bergoyang.
Dua...mereka pasangan baik.Tak ada le gaduh2 selalu.
Tiga....anak2 pun dah besar panjang.
Empat...tiada sebab yang kukuh untuk bercerai berai kerana mereka okay2 sahaja.

Tak puashati,teman jumpa sendiri..Teman tanya kenapa?
Dia membisu seribu bahasa...
Teman asak lagi...kenapa?
Akhirnya dia mula berbicara,sebab utama ialah kewangan,tiada keserasian lagi,kurang nafkah zahir bathin dan kemungkinan dah ada cinta baru.
Teman kata pada dia...
Kewangan boleh di atasi,asalkan setia.
Tiada keserasian juga boleh di atasi,asalkan ada kemahuan di situ ada jalan.
Kurang nafkah zahir dan bathin juga masih boleh di atasi,asalkan  ada hala tuju perhubungan.
Cinta baru?
Inilah punca utama yang teman dapat rasakan.
Jika tiada orang ke3,mereka tetap akan bersama selamanya.

Teman kata pada dia...fikir fikirlah pasal anak2,kesian....
Dia kata...dia dah bincang dengan suami,lepas bercerai,dia akan ikut suami baru,dan suami lama jadi pengasuh.
hahaha...dunia semakin hangat.Bukan suami yang atur isteri,tapi isteri yang atur suami.
Kau jaga anak,biar aku keluar bersama suami baru.
Dalam hati...dah macam keluarga 69!
Anak2 tahu tak?
Dia jawap dah,aku dah bagitahu dengan diaorang.Aku bukan tak sayang mereka,tapi aku juga ada perasaan,aku juga nak di belai,dimanja....,Orang tak tahu,orang akan kata macam2,tapi aku yang merasainya.
Teman tanya....lelaki yang kau nak kahwin tu bukan ke dah tua?
Dia jawap...betul....tapi...mungkin dia lebih baik dari suami aku.
Teman tanya lagi...ya ke?kau pasti?silap2 kau merana.Silap2 lebih teruk dari suami kau.
Dia menjeling tajam....
Teman biarkan...dalam hati..pedulilah!macam orang miang je...
Dia sambung lagi..Aku beri anak2 kat suami tu sebab aku nak dia tu masih ada kaitan dengan anak2.Segala perbelanjaan suami baru aku akan tanggung.Suami lama aku,cuma jaga anak2 tu je...
Subhanallah!begitu ngeri bila kite mendengar perancangan ini.
Seorang isteri,merancang untuk berkahwin lain,ketika dia masih ada suami?
Seorang isteri,merancang untuk merobohkan rumahtangga,ketika dia masih ada suami?
Suami dia lama boleh di panggil dayus kot?
membiarkan semua tu berlaku di depan mata.

Teman betul2 terpegun dengan keadaan mereka,sabarnya suami lama dia....
sabarnya suami baru dia....
menyusun atur rumahtangga kekasih.
Hukum hakam dan tak peduli,main bantai semacam je...

Masalah lain mula timbul...kekasih dia hanya dia yang tahu.Tiada orang lain yang tahu...
Teman betul2 kaget!
OMG!macam ni punya story pun ada....
Teman takut....
Dia kena tipu..
Teman takut....
Lepas bercerai berai,dia cakap sorang2.Suami tak ada,anak2 pun tak ada...
Pendek kata...dia cuma ada kekasih yang belum pasti jadi suami dia...
Kite merancang,TUHAN yang menentukan...
Yang pasti...
Jangan contohi dia...
Sedang dalam berkira kira...
Dia mati di panggil ALLAH...
Agak2 apa yang berlaku?
Semuga dia cepat2 sedar....
Jangan terlalu tinggi anggan...

Satu je punca penceraian yang teman boleh terima...
Suami dia tak mampu layan dia dengan baik.Nafkah zahir dan bathin tak ada....
Suami dia akui sendiri.
Betul...saya sakit dan tak mampu layan dia...
Betul...saya tak larat nak kerja,saya dah tak mampu nak buat kerja yang berat2.
Segala tuduhan dia benar belaka...
Saya terima...
Sayu je...teman dengar cerita ni..
Dalam hati....kalau akulah,tak mungkin aku keluarkan isu2 macam ni...Kesian...Suami tu pasti malu.
Kalau akulah....biarlah....apalah sangat dengan nafkah bathin tu,hidup kite bukan untuk itu je.
Asalkan kaluarga bahagia...
Itu sudah memadai...

Teman kata kat dia...
Kadang2 kite kena jadi lilin.Kadang2 kite tak perlu pamerkan sangat kedunguan sendiri.
Jika dia berilmu,kau pasti akan sedar...
Kite tak perlu gopoh dalam mengangani isu2 ni...
Banyak hati yang perlu di jaga...
Hati suami,hati anak2,hati keluarga......teruskan berjalan,walaupun hati sendiri merintih pilu.

Yang pasti....dalam berkira2..
Sebenarnya ahad ini tarikh keputusan dia bercerai atau tidak.
Tapi...
cara kata2 dia....
Teman tahu....hatinya telah terisi dengan cinta baru.
Itu yang buat dia begitu kuat dan yakin.
Ehmmm...entahlah....tunggu dan lihat sahaja.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK