BEIJING 19Hb DIS 2015 - 24HB DIS 2015

TRIP PALING DIRINDUI

Semalam,ada kawan2 rancang nak ke Beijing.
Teman tanya...nak ke Beijing?
Dia jawap...ya....nak ikut?
Teman jawap..baru je pergi bulan 12 tahun lepas.

Sebenarnya...bila sebut Beijing.....teman sebenarnya merindui sesuatu.
Masa kat sana,teman ada pengalaman suka dan duka.
Suka....
Dapat pergi dengan kakak,adik,anak2 sedara,kawan dan arwah abang ipar walaupun keluarga sendiri tak ada.
Duka....macam biasa,kena tipu!OMG!tang ni sakitnya tuh di sini.

Kami bertolak pada petang 19hb Dis 2015,teman masih ingat....
Perancangan mengejut,tak rancang apa2...
Sebut je...Jom gi Beijing?terus jadi.
Tak rancang lama,sekadar buang2 bahasa dan semuanya berjalan dengan lancar.

Tujuan asal trip ni ialah...
Mengupah diri sendiri,kawan2 sempena kejayaan Taska kami.
Kami juga meraikan 2 pekerja....
Seorang masuk 15thn berkhidmat,dan seorang lagi masuk 10thn.
Sebagai mengenang jasa dan kesungguhan mereka menguruskan Taska,kami angkut mereka ke Beijing.
Mungkin orang lain,dah biasa FLY....
Tapi 3 orang peserta trip kami tak pernah naik pesawat.
Salah satu tujuan kami ialah nak sukakan hati mereka.Nak lihat mereka tarik beg troly,nak lihat mereka  dalam debar menanti pesawat tiba.
Teman ingat ketiganya...pejam mata sambil mulut kumat kamit baca doa.
Teman ingat lagi.....sebaik sampai kat udara,semua tarik nafas lega.

Teman ingat lagi,arwah abang ipar ikat seal kat bag.Sampai kat Beijing....
Baru terfikir gunting dalam bag,macam mana nak gunting seal!
Satu benda yang sukar...
Orang Beijing sukar berkomunikasi.Tak pandai berbahasa london.Mereka hanya tahu bahasa mereka sahaja.
Nak tanya gunting pun susah!
Mereka tak faham....atau mereka buat2 tak faham.
Semua tu masih segar dimata...masih segar dibenak fikiran.
Kami berjalan kesana kemari,kami bergegas naik bus takut kena marah dengan pemandu pelancung.Kami berebut ke bilik air.....juga takut lambat dan di perli dek Pemandu pelancung yang fasih berbahasa.
Pendek kata...tak boleh mengumpat!
Bila naik bus,kami akan duduk belakang sekali.Bila turun....comfirmlah kami group paling lambat.Orang depan dan turun,kami masih terhegeh2 turun bus,bayangkan....13 kepala!macam2 hal!

Setiap malam...
Pemandu pelancung akan ingatkan kite.....esok tunggu di lobi pukul 7.45pagi!jangan lewat!perjalanan kite jauh...
Setiap pagi....bergegaslah kami bersiap...
dah macam budak sekolah ikut rombongan .Stress dan tak santai.
Dalam hati...macam gini ke trip2 perlancungan?dahlah bawa pergi gudang2,kain lah,ubatlah....
Bawalah tempat2 lagi menarik.Zoo ke...boleh tengok panda.
Ini tidak!gudang kristal,gudang mutiara,sutera...menipu pulak tu!
OMG!serik,serik.....

Setiap malam....
Sebaik sampai ke Hotel,kami makan malam apa sahaja yang di sediakan...
Ikan?
Tak nyamah!kalau ada pun sekali sahaja kot?Mungkin trip kami murah sangat kot?
Daging?
Lagi jauh panggang dari api!
Ayam?
Pun susah sekali...
Yang ada....hanyalah itik dan sayuran di potong rampai.
TEH TARIK?NESCAFE TARIK?KOPI TARIK?
Semua tu hanya ada kat Malaysia je...
Kat Beijing hanya ada air putih atau air jarang atau air suam.
kalau nak milo.....bawalah dari Malaysia.

Sarapan pagi pun.....biasa2 je...
Halal?
InsyaALLAH....tak kan le Kembara Sufi tak pastikan perkara ni.Halal matlamat mereka.So...apa2 pun...mereka le yang tanggung.
Satu je...yang teman ralat...duit Insurance penerbangan RM35.00 satu kepala di kutip,tapi tak diproses!
Mujur le tak hilang ke tak terhempas ke...kalau tidak...mati katak le kami semua.
Rugi....
Kami tak boleh claim sesen pun,masa kapalterbang delay...
Sebab....Insurance tak di proses.
Amacam tu?
Teruk kan?

Pengembaraan kami di teruskan lagi...
ke Tembok Cina main salji dan membeli belah.
pastinya....setiap langkah kami.....kenangan bersama Arwah tak mungkin pudar.

Bila kawan2 kata nak ke Beijing.Teman rasa pilu....
Banyak kenangan antara yang hidup dan yang mati.
Semuanya hanya sekelip mata.Samada dia atau kite yang di panggil pulang.

Setiap pagi...setiap malam....
Kami semakin akrab,dari tak kenal,terus mesra.Dari sombong terus sejiwa.
Yang pasti...
hari2 di Beijing buat kite semakin serasi bersama.
Semuga tiada lagi kedukaan buat kami...
Aminn..




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK