Posts

Showing posts from March, 2016

GADUH GARA2 DUIT HANTARAN TAK CUKUP.

PETANDA AKHIR ZAMAN,SUARA TINGGI DALAM MASJID.

Semalam anak dara tag nama teman kat satu video pergaduhan dalam masjid Jamek Al Khadijjah Pantai Dalam kolompo..Teman tercopong mulut.Malunya... Kenapa mesti gaduh macam tu sekali? Terjerit terlolong...macam orang gila lagaknya. Teringat suasana perhimpunan haram sikit masa dulu...Orang lari bertempiaran tak tahu nak kemana di kejar dek abang2 PDRM.
Kawan2 kata....budak lelaki tu kurang ajar! Teman jawap...tak mungkinlah,pengantin nak kahwin biasanya kan baik dan sopan.Mana ada anak2 kite kahwin ikut panas baran.
kite sendiri dah pesan...kau jangan nak buat kelakor Mail...Kau jangan nak buat kepala sendiri.Kau jangan buat malu kami pulak!
Selalu kite akan pesan....
Macam2 pesan kite sampaikan.Supaya majlis berjalan lancar.
Mustahil lah si bujang tu kurang ajar kalau tak ada punca.
Sahabat kata...betul,Pak Imam tu sendiri ngaku,pengantin lelaki kurang ajar!
Teman kata lagi...mana tau?
Dia kata ada status dari sedara belah perempuan kata p…

BEIJING 19Hb DIS 2015 - 24HB DIS 2015

TRIP PALING DIRINDUI

Semalam,ada kawan2 rancang nak ke Beijing.
Teman tanya...nak ke Beijing?
Dia jawap...ya....nak ikut?
Teman jawap..baru je pergi bulan 12 tahun lepas.

Sebenarnya...bila sebut Beijing.....teman sebenarnya merindui sesuatu.
Masa kat sana,teman ada pengalaman suka dan duka.
Suka....
Dapat pergi dengan kakak,adik,anak2 sedara,kawan dan arwah abang ipar walaupun keluarga sendiri tak ada.
Duka....macam biasa,kena tipu!OMG!tang ni sakitnya tuh di sini.

Kami bertolak pada petang 19hb Dis 2015,teman masih ingat....
Perancangan mengejut,tak rancang apa2...
Sebut je...Jom gi Beijing?terus jadi.
Tak rancang lama,sekadar buang2 bahasa dan semuanya berjalan dengan lancar.

Tujuan asal trip ni ialah...
Mengupah diri sendiri,kawan2 sempena kejayaan Taska kami.
Kami juga meraikan 2 pekerja....
Seorang masuk 15thn berkhidmat,dan seorang lagi masuk 10thn.
Sebagai mengenang jasa dan kesungguhan mereka menguruskan Taska,kami angkut mereka ke Beijing.
Mungkin orang lain,dah biasa FLY....

KONGRES RAKYAT

27HB MARCH 2016

Sahabat tanya...tak pergi?
Teman hanya jawap...apa tu?Tak ikutilah...sibuk sangat awal2 tahun ni.
Sahabat berkata lagi....hai!tak kan dah berhenti dari berjuang?
Teman hanya sengeh....
Bukan macam tu....awal2 tahun,nasib tak menyebelahi saya...
Kematian,kesakitan,kerasukan,kegawatan....semua datang serentak.

Sahabat senyum je...
Sebenarnya dia faham,hanya sekadar menguji teman.
Teman tetap sama,cuma masa tak mengizinkan...
Orang kuat dah tak ada,isterinya pula dalam edah...pendek kata,tak cukup kaki!

Teman faham tujuan perhimpunan tu...
Bagi teman....biarlah Tun lakukan apa yang dia rasa perlu.Najib tu pilihan dia...
Najib tu buahati Tun..
Elok2....Anwar jadi TPM,dia pecat angkara liwat meliwat.Lepas Anwar....Ahmad Badawi,alasan tidur sepanjang hari,tukar pula kepada Najib.Pada Tun....inilah pilihan paling tepat.
Tapi akhirnya...kite tahu....
Najib satu pencaturan paling silap.

Pada teman....Tun tak perlu aktif lagi...
Cukuplah kegemilangan yang Tun pernah buat.Biarlah…

GADIS 18THN KAHWIN LELAKI 66THN

Image
APA RAHSIANYA?

Heboh kisah seorang anak dara 18thn,kahwin lelaki tua berusia 62thn.
Semua orang terutama orang lelaki tercopong mulut sebab gadis cantik tu pilih lelaki tua yang layak dipanggil bapak!

Ramai orang beri pendapat,bagi teman...okaylah tu,jodoh ALLAH tentukan.
Sebenarnya ada cerita tersendiri yang kita tak tahu....
Lelaki tua tu pandai mengayat!pandai mengurat...lagi2 lelaki tu tu kawan ibunya dan selalu makan kat kedai makan milik keluarga.
Bertuahnya lelaki tu sebab  Nur Nasirah Nazri tak memilih.
Dia menerima seadanya...alasannya....lelaki tua tu selalu bertanya khabar dia dan keluarga.
Lelaki tua tu berpengalaman.

Katanya...
Bukan harta jadi ukuran...yang penting hati budi...
Katanya lagi...dia mengenali lelaki tua tu 2thn yang lalu.Lelaki tua tu sering datang minum2 kat kedai ibunya di Paka.
Lelaki tua seorang pesara selalu menyatakan hasrat kat ibu si gadis tapi tak dihiraukan.
Lelaki tua tu sanggup menunggu si gadis tamat tingkatan lima antara punca hatinya terbuka …

REUNION SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BUNGA MUAR

PADA 1HB MEI 2016

Teman dah lama simpan anggan untuk jumpa kawan2 zaman kecik dulu.
Dari darjah 2 hingga darjah 6,teman bersekolah di Sek Kebangsaan Parit Bunga,Muar.
Teman duduk dengan atok.

Kehidupan kampung banyak memberi kemahiran hidup yang tinggi pada teman.
Main longkang,jalan2 kat kebun getah,cari kayu api dan macam2 lagi.
Lepas naik tingkatan,teman ikut emak ke Johor Bahru.
Sejak tu,teman tak lagi jumpa kawan2 kecil zaman persekolahan.

Awal 2016,teman terjumpa seorang rakan di FB.Dari dia teman mula dapat menjejaki satu persatu kawan2 lama.
Ada beberapa sahaja muka2 yang teman masih ingat.Selebihnya teman masih blurrr.

Pada 1hb Mei ini,mereka merancang untuk bertemu disatu majlis di Dewan Othman Ghani Kesang,Muo Johor.
Dalam suka teman berdebar2 juga,sebab......sejak 1980 hingga sekarang,inilah kali pertama teman nak jumpa kawan2 sepermainan dulu.

Di sana teman masih ada suku sakat,ada mak cik ada pak cik...
Tapi teman teringin nak duduk sendirian tanpa menganggu mereka.
Tema…

Sunatkan Anak Perempuan Dihukum Penjenayah. Forum G25, Komen Anda?

Image
KOMEN SAYA.... Kumpulan apa ke ini? G25 kumpulan baru yang menyesatkan dan menyebuk dengan agama orang lain.
Kat kuliah ada ustaz kata pasal kumpulan ni.Teman buat dek je.. Sebab..insyaALLAH,teman tak akan terjerumus dalam kumpulan sesat baghat ni.
Sebelum ni ada isu2 sensitif islam yang mereka perjuangkan termasuk orang2 islam yang mengangotainya. Teman pelik...jika orang bukan islam,mungkin sebab mereka tak faham,masalahnya,orang islam sendiri mempertikaikan tentang tudung,tentang macam2 pasal islam. Teman sedih betul... Sedih takut mereka tak sempat  bertaubat,takut ALLAH murka kat mereka,takut mereka masuk neraka. Neraka bukan api biasa,tapi api panas yang akan membakar diri kite hingga jadi unggun api. Tak takut ke? Suami jawap....kalau takut,tiadalah isu terkini! Okay....fine...kite tunggu je le....
Hari ini,isu sunat perempuan pulak. Pada teman,setiap agama ada ajaran sendiri.Janganlah sibuk sangat,dari dulu.... Teman dah tahu...sunat wajib untuk lelaki dan perempuan islam.Iannya menyucikan d…

POLITIK MALAYSIA

MAKIN TERUK DAN AKAN TERUS TERUK!

Teman dah lama tak ikuti semua ni.. Banyak kerja! Kawan2 tanya....weh!tak komen lagi pasal politik kat FB. Teman hanya juihkan bibir...malaslah!tak sempat.
Weh!tak pergi perhimpunan nanti? Teman hanya jawap tak!sejak abang ipar saya tak ada....tiada lagi kekuatan untuk berpolitik.Kadang2 saya rasa...abang saya pasti sedang berehat...tak perlu lagi baca cerita penyelewengan menteri kite.JUTA sana sini...tipu sana sini...
Selalu teman selalu kongsi2 bahan politik kat FB.Tag kat kawan2 untuk rujukan mereka. Sejak dua menjak ni... Tak kuasalah!teman sibuk dengan kerja2 sendiri. Bagi teman.. Lantaklah!Tun nak bercokak dengan Najib. Teman tak kisah pun...
Teman tak pedulilah mereka nak makan berapa banyak duit rakyat. Teman tak kisah langsung! Sebab......nanti kat akhirat....mereka yang akan jawap pada setiap perlakuan sendiri. Dunia hebat,kat akhirat...disoal penuh dengan keseksaan.
Bukan tak tahu kan? Makan hak orang,mengambil walau sebiji rambutan yang b…

JIN 7

AKHIRNYA...

Dia pergi jumpa seorang ustaz di Kuang.
Setelah bercerita panjang lebar,ustaz hanya kata.....dalam badan kite tak boleh ada JIN.Walaupun seekor,walaupun 3 ekor.keputusannya TAK BOLEH!
Dia kata tapi ustaz,JIN2 tu ajar yang baik2,Sulaiman,Ibrahim....
semua ajar anak saya perkara yang baik2.
Ustaz jawap...TAK BOLEH!mula2 JIN2 tu baik,tapi sampai satu tahaf....hitam katanya!hitamlah jawapnya!
Dia terpegun....
Hati yang gembira,gundah kembali.

Apa caranya ustaz?..
Ustaz kata...kena buang!anak awak masih remaja,takut apa yang dia buat kerana JIN2 tu.
Dia akur...
Ustaz mulakan upacara membuang JIN2 tu..
Kata ustaz...dalam badan anak awak bukan ada 2 tapi banyak!
Ustaz mulakan....Ibrahim Sulaiman tak mahu ikut,mereka nak duduk dalam badan kecil tu.
Setelah beberapa minit berbicara...Ibrahim sukarela keluar...
Tapi Sulaiman tak mahu ikut serta,Sulaiman nak menetap terus dalam badan kecil tu.
Ustaz kata...tak pe...lagi 10 hari,awak datang lagi.Dalam tempoh ni,awak buat apa yang saya…

BILA PERCERAIAN BERLAKU...

BIJAKLAH MENANGANINYA.

Siang tadi,dapat call dari seorang rakan lama.
Dia kata...ada seorang kawan lama, akan berpisah dengan suaminya.
Mereka punya anak 2 yang sedang meningkat remaja.
Teman terkejut!
Satu....tak ada ribut tup2 pokok bergoyang.
Dua...mereka pasangan baik.Tak ada le gaduh2 selalu.
Tiga....anak2 pun dah besar panjang.
Empat...tiada sebab yang kukuh untuk bercerai berai kerana mereka okay2 sahaja.

Tak puashati,teman jumpa sendiri..Teman tanya kenapa?
Dia membisu seribu bahasa...
Teman asak lagi...kenapa?
Akhirnya dia mula berbicara,sebab utama ialah kewangan,tiada keserasian lagi,kurang nafkah zahir bathin dan kemungkinan dah ada cinta baru.
Teman kata pada dia...
Kewangan boleh di atasi,asalkan setia.
Tiada keserasian juga boleh di atasi,asalkan ada kemahuan di situ ada jalan.
Kurang nafkah zahir dan bathin juga masih boleh di atasi,asalkan  ada hala tuju perhubungan.
Cinta baru?
Inilah punca utama yang teman dapat rasakan.
Jika tiada orang ke3,mereka tetap akan bersam…

CELOTEH ANAK2

ADA SAHAJA JAWAPNYA!

Otw balik tuition teman tanya Alif..(hari pertama tuition kat rumah cikgu)
Okay?boleh buat?
Dia diam je...
Teman tanya lagi...Cikgu tu okay ke?
Dia diam lagi...Tak bunyi sepatah kata pun!
Teman tanya lagi....
Ramai kawan?
Dia masih diam...
Teman buat tak tahu...
Anak2 ni,kalau kite ikut kehendak dia,alamat!sekor ayam pun tak terjual!

Bila dia diam,teman tahu...dia tak suka.Teman tahu dia stress!
Teman buat tak kisah...
Teman terus tanya....
Okay ke cikgu tu?
Dia diam..
Teman kata lagi...tak okay le tu!tak pe..esok ibu akan tegur cikgu tu...Ibu akan tanya kenapa Alif tak gembira.
Dia jawap...ini yang Alif tak suka!ibu cuka bagitahu cikgu!nanti cikgu marah lah!
Teman kata...kalau macam tu,kena bagitahu lah apa yang tak puas hati.
Dia diam lagi..
Teman terus pandu kereta,teman tak tahu kenapa dia marah?Yang pasti....
Teman tahu....ada sesuatu yang terbuku di dada.

Tetiba dia kata...ibu ...kanak2 pun boleh GILA tau tak?
Teman tak terkejut,banyak kes seumpama ni.Tapi t…

JIN 6

TERIMA SEADANYA..

Semalam kami di datangi tetamu yang tak di di sangka2.
Tujuan...
Bertanya khabar dah berkongsi perasaan pasal JIN.
Ke Ipoh mencuba nasib untuk temuduga di sekolah ustaz Qazim.
Atas cadangan JIN yang ada menumpang di badan anak ke2nya yang sakit sejak raya cina lalu.

Semua orang tercopong mulut,semua orang besar biji mata!
Tapi...itulah yang berlaku.Setelah bermacam2 JIN meresap masuk,tiba pula giliran 2 ekor JIN membantu dia dalam membina keyakinan diri.
Percaya atau tidak...
Itulah yang teman dengar.
Teman kesian,tapi apakan daya...berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Ginilah....
Semua orang tak sudah2 bertanya...tak ubatkan ke?
Rasa buntu bersarang di kepala,suami dia kata....bukan tak mahu berubat,tapi kat mana?
Teman jawap,Pergilah ustaz Ismail Kamus ke,Ustaz Dasuki ke....atau ustaz yang handal2 belaka.
Dalam hati teman...cubalah,kenapa tak mencuba?
Jawapannya mudah....bukan senang nak jumpa mereka.Kena buat temujanji..
Sedangkan anaknya dan mirip mon…

JIN 5

LANJUTAN DARI CERITA LAMA..

Semalam..
Dia call teman pukul 1.30pagi.Teman dah lena dan terkejut beruk bila dengar bunyi phone.
Bagi teman....
Jarang kawan2 call pagi2 buta macam ni,jika tak ada hal penting.
Teman dengar suaranya...
Dah tido?
Teman jawap belum...(teman sengaja tipu.takut dia rasa bersalah)
Dia kata...esok,akak dengan Sheila kena datang rumah kite,mesti!
Teman dengar sayup2,teman dengar tapi tak pasti.Teman ulang lagi pertanyanya..
Apa?kata teman.
Dia jawap esok,akak dengan Sheila kena datang rumah kite!ada hal penting!
Dalam tak sedar,teman jawap...okaylah,nanti esok akak comfirm balik.

Teman sambung tidur,macam biasa tak mampu nak pejam mata,teman gelisah memikirkan esok teman kena ke rumahnya,bukan dekat,bukan mudah untuk teman ke sana..3jam baru sampai.
Dalam hati..tak pe lah,esok fikir...

Bangun pagi,teman terus beritahu suami.
Suami yang baik,mudah faham masalah isteri.Keputusan di ambil,suami kerja setengah hari.Dan kami bertolak selepas tu.
Kami redah jalan,kami…

KAK LEHA BALIK UMRAH

TERASA BAHANGNYA

Sebaik letak punggung,nampak sebotol air menirel,semangkuk buah kurma,kacang2 dan kismis.
Terus teringat!
Kak leha...18hb lalu,dia berangkat mengerjakan Umrah bersalam keluarga.
Kak Leha bukan Rozita Che Wan....berangkat ke mana pun masuk media cetak.Kak Leha seorang nurse pencen yang tak glamour yang tak jelita.
Bila akak balik?tanya teman ramah.
Jawapnya ahad lepas.
Mari kak saya peluk akak....ambil berkat kata teman sambil mendepang tangan.
Kak Leha senyum simpul,terserlah ke ibuan dikala teman peluk dia.
Teman tanya seronok kak?
Dia jawap seronok!rasa tak nak balik.
Teman mengiyakan aje...kan?seronok!tak ingat Malaysia.

Kat sana...bukan kite tak ingat Malaysia,cuma kite tahu.....kite gi sana bukan nak suka2 tapi nak buat ibadat.
kat sana...dari celik mata sampai tutup mata,hidup kite berkisar pada ibadat sahaja.
Subuh seawal pukul 3 pagi,masa tu pergi dengan anak2,kena siapkan mereka seorang demi seorang.Dah kata budak....bukan kerja mudah nak kejut mereka di awal…

MENANTU HANTU!

SELALU TENGOK DALAM TV,KALI INI DEPAN MATA.

Pada awalnya..
Hubungan mereka baik2 sahaja.Dari sebelum kahwin hingga beberapa tahun kahwin,hubungan emak mertua dengan menantu....baik2 sahaja.

Puncanya sedikit sahaja.
Mak mertua hanya minta....
Jika kau orang datang rumah emak,bawalah seorang satu menu makanan.Jadi tak le mak penat sangat.
WAH!kat sini mula kejadian...
Mak mertua tu dah hampir 55thn.Masa kejadian...
Emak mertua ini tetap dalam lingkungan usia 50-an.Dalam usia macam tu...
Apalah sangat yang dia mampu buat.
Serba malas,serba letih dan mudah lupa....

Emak mertua ada 3 menantu....
Yang pertama okay,yang kedua dan ketiga bersekongkol untuk mengenakan mak mertua yang lurus bendul tu.
Boleh ke?
Teman ada mak mertua,teman tak pernah terfikir nak buat dosa denganya.
Pesan selalu ingat pesanan emak....
Emak ampunkan kau,tapi mak mertua belum tentu ampunkan kau....
Jangan kecilkan hati mak mertua...
kalau dia kata apa pun!diam lebih baik dari berkata kata.

Lepas kejadian tu...hubung…

LABUCI CANTIK DI PANDANG MATA TAPI AZABNYA JANGAN CERITALAH!

KITE KONGSI CITER...

Teman tempah jubah kosong.Tak berbunga,tak berawan larat.Yang ada cuma kaler senada.
Bila siap,teman tak nampak cantiknya,sebab kosong je..
Terfikir nak upah pasang labuci,tanya Kak Rina katanya..
Orang tu tak mahu ambil lagi,dia sibuk..
Fine,sibuk sangat kan?tak pe...teman akan cuba pasang sendiri.
Dalam kepala otak dah ada corak2nya...
Pastinya!ringkas seringkasnya.

Teman pergi cari manik di kedai,wah!rambang mata..
Banyaknya manik beraneka kaler,pendek kata..
Rajin dengan tidak je.

Sampai di rumah teman terus capai alatan menjahit.Teman bentang jubah dan mula merangka corak paling ringkas.
Petua asas yang simple ialah...
Benang yang digunakan bukan ikut kaler manik tapi ikut kaler kain,kecuali manik atau labuci jernih sahaja guna benang ikut kaler manik atau labuci tu.

Teman mula menjahit,hati berkobar2,tak sabar nak lihat hasil kerja sendiri.
Jahit punya jahit...
hati mula jemu...cerewet sebenarnya.
Apatah lagi,teman ni rabun..perkara paling teman tak suka ial…

UJIAN ALLAH BAGI UNTUK MENGUJI SEJAUH MANA ILMU KITE.

BILA NAMPAK KUCING DILANGGAR LARI

Balik dari jemput anak2,teman lalu jalan biasa.Dari jauh teman nampak seekor kucing sedang mengadap saat2 terakhir sebelum dia menutup mata.
Mula2nya tak mahu ambil tahu...
Dah terlajak kedepan,teman pandang dari cermin sisi,kesian....kereta lalu lalang...
Mereka mungkin akan langgar dan penyekkan dia...

Teman undur ketempatnya.Dari cermin sisi,teman nampak sebuah kereta sipi sipi nak langgar dia.
Teman berhenti...
Anak2 tanya...ibu nak ambik kucing tu ke?
Teman diam je,ditangan ada seketul ayam goreng yang teman beli dari Limah depan sekolah.Teman baru nyamah sikit...
Dengan tergopoh gapah teman meluru ke arah dia..
Teman nampak matanya dan suram,lelehan air busuk dari mulutnya,badan yang berombak ombak,dah tak kuat nak jalan mungkin dek kena langgar tadi,badan kurus kering,busuk hancing,semua ada padanya.
Teman angkat dia ke tepi,dia melawan mungkin rasa terancam.
Teman pandang muka dia,teman perhatikan dia...dia tak boleh ke mana mana...
Badan dia …

KISAH BENAR

SEORANG IBU TELAH MENCAMPAK KELUAR BAYINYA DARI TINGKAT 18.
Subhanallah! Itu sahaja yang mampu kite ucapkan. Tak tahu nak kata apa lagi.Yang pasti....zalim betul!
Dah biasa dengar,baca tapi belum pernah sekali melihat kejadian yang benar. Mungkin ALLAH melindungi mata hati teman dari melihat kekejaman manusia. Teman benar2 terkejut.Tak terbayang di otak kepala,macam mana lah seorang emak,ibu,umi sanggup ambik bayi kecik,bawa ke beranda dan campak ke bawah.Sampai pecah kepala bayi tu. Tak terfikir langsung betapa cekalnya hati si ibu tu. Marah bagaimana sekalipun,tak kan lah sanggup buat macam tu kan?
Penduduk flat Danau Kota,Setapak terkejut bila nampak bayi tak cukup bulan terlentang di lantai,setelah ibunya bertindak nekad dengan mencampakkannya ke bawah dari tingkat 18. Bayi tu terdampar di tepi longkang dan di temui oleh penduduk setempat kira2 pukul 9pagi.
Hasil siasatan,bayi tu dilahirkan dalam tempoh 24jam dan masih beruri serta di dapati tidak cukup bulan. Lepas tu,polis berj…

KISAH BALU YANG KITE TAK TAHU

KENAPA BEGITU?

Kakak teman baru sebulan menjadi balu. Jika sebelum ni,dia tak tahu kisah sebalik perkataan BALU. Tapi kini dia mampu kongsi cerita dengan kite.
Dalam tempoh sebulan,seorang balu masih termanggu2 tak tahu hala tuju. Walaupun kakak teman ada kerja yang perlu di buat,dek edah ketentuan ilahi,dia akur untuk duduk di rumah selama 4bulan 10 hari.Sesekali dia keluar atas urusan tertentu.
Pagi tadi,dia cerita... Ada lelaki cuba mengodanya.Tak tahu siapa,tapi dia rasa tak gembira.Lelaki itu sengaja mencari helah untuk berchatting dengan nya. Kakak teman tak layan,tapi berulang2 kali dia menghantar pesanan untuk berkenalan. Anda rasa patut tak lelaki tu,buat macam tu? Menganggu seorang balu yang sedang meratap kematian orang tersayang.
Tak habis edah sudah ada calon menunggu.
Teman cerita dengan suami,spontan suami kata lelaki tu kurang ajar! Teman tanya anak2..mereka kata...blocklah line tu. Teman kata kat kakak,kau block nombor tu,nanti dia tak kacau lagi. Untuk pengetahuan,ka…