SELAMAT TAHUN BARU CINA

UNTUK JIRAN2 TEMAN...

Seperti tahun2 lalu..
Jiran2 teman tetap menyambutnya.Antara beriya iya atau sederhana sahaja.
Yang penting..
SELAMAT TAHUN BARU CINA.

Petang tadi,teman pergi Aeon.
Ramainya orang,tak sama seperti biasa.
Suami kata..mesti orang cina dari Beruas,Pantai Remis keluar membeli belah.
Teman jawap...mungkin juga.Ramai no!
Kaunter sesak,sana sini ramai orang.

Teman terserempak dengan kawan cina...Linda namanya.
Orang kaya Manjung.
Kalau orang tengok kelibat dia,orang akan tahu...Orang ado ado maaa..
Teman sapa Linda..oii!beli baju baru ke?
Dia dengan nada gembira,ya ya...beli baju baru lah,mahu raya maa...
Kan teman dah kata...orang lain jimat cermat,tapi Linda...sap sap sap!beli baju berbagai warna.

Teman tak pelik,Linda  berniaga beraneka benda,Ada gudang di hujung kampung.Rumah pun banglow putih besar dan menarik.
Jika di bandingkan dengan teman..
Bak langit dengan bumi.
Duit dia berkepok kepok!
Teman?
Ada gigi dengan lidah je.
Nak beli spender pun tunggu raya,
Walaupun gitu,Linda tetap jimat,tokey besar beli baju kat Aeon je.
Teman?
Bukan main lagi!KLCC ponggeh!
Tak padan dengan makan gaji,habis bulan habis gaji tapi beli baju kat KLCC.
Tak agak2 kan?

Rata2 orang mengeluh..
Duit kite makin tak bernilai.Gaji besar macam mana sekalipun!jika harga barang melambung tinggi.Gaji puluh2 ribu tetap tak cukup.
(Ops!mungkin juga ALLAH dah tarik sikit keberkatan rezeki tu,tu sebab madang tak cukup!)
Orang macam teman lagi teruk.Kegawatan ekonomi kami yang makan gaji paling terasa.
Anak2 belajar tak ada bantuan.Semua beli sendiri.
Kadang2 rasa nak menangis,bila anak2 minta tambah duit belanja.
Ibu...LRT dah naik harga...
Tak cukup duit belanja....
HUH!jantung bagai nak luruh!
3 anak yang belajar,peruntukan setiap bulan hampir  RM5000.00.
Macam nak terkehel bila anak2 kata tak cukup.
Bila di kira2...
Benar...memang tak cukup.

Bila teman makan sedap,hati mesti ingat anak2...
Apa yang mereka makan untuk hari ini?
ALLAH peliharalah anak2 kami,ketika dirumah,kami jagai mereka,ketika mereka diluar rumah,ku serah padamu untung nasib mereka Ya ALLAH.
Tu je yang mampu didoakan saban waktu.
Lepas solat,semua pertolongan kite mohon pada yang esa.
Muga2 semuanya selamat.
Amin..

Balik pada tahun baru...
Rata2 jiran2 cina teman tak buat apa2 pun..
Semua rilek macam tak nak sambut raya.
Kalau kite,orang melayu...
Paling tidak,cuci rumah,jika tak mengecat rumah sekalipun!kikis lumut,cuci tingkap bagai.
tapi mereka...
Rilek je...
Masih main mahjung macam biasa...
Masih kehulu ke hilit uruskan hidup.
Bila ditanya..
Sudah siap mahu raya kah?
Mereka jawap...apa laya?mana ada laya maaa..Semua balang manyak mahal.Ini tahun kite semua mati loo!..Itu Najib tak ale otak punya olang.Naik sana naik sini..tak ada fikir olang punya.
Hahaha...bukan teman yang cakap,tapi jiran depan rumah.
Kalau PDRM nak tangkap,teman boleh tunjukkan rumah dia.

Hakikatnya..inilah kehidupan kite sekarang.
Raya tak raya...sama je..
Yang berduit,boleh sambut raya besar besaran.Kite yang tak punya...
Duduk rumah tengok tv je le jawapnya.
Selebihnya....yakin ALLAH akan bantu kite.

Apa2 pun...
SELAMAT TAHUN BARU CINA BUAT SEMUA.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK