RINDU SEORANG ADIK TERHADAP SEORANG ABANG YANG TELAH PERGI...

TAK TERBENDUNG  LAGI..

Dia hanya abang ipar teman..
Kakak teman mengahwininya 27thn yang lalu.
Tapi teman mengenali lebih beberapa tahun sebelum tu.
Masa berkawan beberapa kali dia dan kakak teman bergaduh dan tak bertegur sapa.
Teman tempat dia mencurah hati.
Dia selalu telefon teman untuk tanya perkembangan kakak.
Walaupun rahsia,hubungan kami diketahui oleh kakak.Bukan apa...teman tak mahu kakak kata teman tikam belakang pula.

Masa dia berkawan dengan kakak,dia punya satu matlamat.3thn perkenalan dia akan melamar kakak untuk jadi isteri.
Masalahnya!kakak teman ego.
Sekali kata tak sudi,akan di kotakan sampai bila2.

Sebelum sampai tarikh yang di hajati,dia ada jumpa teman...
Masa tu,teman ni masih muda,masih tak pandai keluar dengan sebarang lelaki.
Almaklum gadis sunti baru berusia 19thn.
Tak bebas macam anak2 sekarang.Sekali janji teman mungkir,teman malu..
Tapi kakak teman suruh juga pergi jumpa dia untuk tahu apa yang dia mahukan.

Teman pun jumpa dia dan kami borak2 kat Avonday Holiday Plaza.
Dia belanja teman makan aiskrim.2jam hanya itu sahaja yang teman telan.Dia sampaikan apa yang dia impikan kat teman.
Sebagai kawan,teman hanya dengar sahaja.
Kata muktamat pun termeteri,dia akan datang sendiri kat rumah teman untuk jumpa keluarga.
Teman masih ingat bila dia kata...kalau kakak teman marah,apa mesti dia buat?
Teman kata..kalau kakak saya marah,katakan pada dia yang awak nak jumpa saya!
Walhal...apa juga yang berlaku kakak teman tahu dan dia pula lebih2 memasak juadah untuk menyambut BF yang dia cuba tolak itu.

Itulahkan...
Jodoh pertemuan ALLAH yang tentukan.Akhirnya dia diterima dengan baik.Ternyata kakak teman hanya kata tak nak dibibir tapi hati lain bicara.
Akhirnya mereka selamat menjadi suami isteri pada 20hb Nov 1988.
Hiduplah mereka dengan aman damai.
Bergaduh itu normal,tak bergaduh itu tanda tidak normal.

Sepanjang perkahwinan itu,dia ada dekat kami,dia ada bila kami susah,dia ada bila kami senang.Pendek kata kami semakin akrab menjadi sahabat dan saudara.
Masa berlalu...dia menjadi penganti abang2 teman yang nampak lebih sibuk dari menteri.
Adik beradik teman menikah,dialah yang sibuk memantau,sementelah dia bekerja sendiri,jadi banyak masa anjal yang dia ada.

Dia berniaga dari 0,teman dan adik beradik lain bantu mana yang patut.
Pernah teman kena pegang tali untuk ukur jarak pokok sebelum ditanam.Dengan kasut bertumit tinggi teman kena masuk semak tepi lebuhraya.Lori,kereta ting tong bila nampak anak dara tepi jalan.
Malu tak malu....tetap kena bantu sedaya mungkin.
Ingat lagi...bila dapat duit korek pasir,dia belanja seorang sehelai baju.Bukan beli di KLCC tapi di Fajar Mall sahaja.
Masa tu kami suka ,asalkan dapat percuma.
Fajar fajar lah janji percuma!

Lepas teman kahwin,suami teman jadi kawan dia,kalau berborak,terkekeh kekeh ketawa.
Kuat menyakat,kuat bercerita.
Yang pasti....kami tak pernah bermasam muka.
Punyalah baik abang ipar teman ni,dia bawa emak teman duduk sekali dengan dia.
Selama emak teman tinggal dengan dia...
Tidak pernah sekali pun teman rasa terasing,tak pernah teman rasa tak selesa.
Jika teman balik Johor,di situlah kami akan berada.
Dan dia tetap melayan kami sebaik mungkin.

Pagi2 dia lah yang bangun dulu,cari sarapan untuk kami.
Apa sahaja yang kami minta,dia tak pernah kecewakan.
Sebab tu kami sayang sangat kat dia.

Dulu teman pernah kerja sama2 dengan dia.Masa kerja kami bersikap profesional.Jika ada orang call...Pantang dia jika tak ambil detail lengkap.Setakat teman kata...
Abang ude,tadi ada orang call...
Dia akan jadi marah,jika sekadar itu sahaja yang teman tahu.
Dia mahu kite sampaikan pesan selengkap mungkin.Siapa nama,dari mana..cukup!
Setakat kata ada orang call kemudian tak tahu apa2.
Memang idoklah!boleh spoil mood dia!

Jika kakak teman marah2..
Teman akan kata...ko jangan,nanti dia mati baru ko tau!
Biasanya kakak akan jawap...aku tak kisah!
Baru tadi kakak teman kata...bagai hilang kaki sebelah .Pincang sepincangnya.Aku tak boleh nak buat semua benda.Budak2 tak lepas lagi,aku tak sanggup nak hadap semua ni.Aku tak tahu nak mula dari mana...
Teman tahu,dia baru je pergi,mungkin kakak teman masih kekok.Mungkin dia masih buntu.InsyaALLAH...lama2 dia mungkin akan terbiasa.
Nak buat macam mana kan?
Yang mati akan mati,yang hidup kena teruskan hidup.

Tadi berbual lagi...teman cuma kata...
Kau ingat tak?abang ude kalau makan suka uchal makanan kan?
Terus terhambur air matanya.
Opss!sorry teman tak ada niat buat dia sedih.Memang itulah yang dia suka,kalau makan suka gaul semua.Berlecap berlecup mulut nya mengunyah.Suka makan yang pelik2.
Kalau kami keluar bersama...
Makanan dia mesti yang pelik2,kami minta nasi lemak...
Dia akan kata..kat luar pun ada nasi lemak!cubalah makanan lain!
Itulah abang ipar teman...Dia tak macam abang ipar yang lain.Dia istimewa bukan kerana dia dah tak ada.Tapi dia benar2 istimewa.Rajin membantu,dan tak pernah menghampakan.

Emak teman lagi terasa...
Hari2 abang iparlah teman dia...
Kejap2 mintakan beli itu ini,dia tak pernah merungut.Dia tak pernah marah.
Apa sahaja yang emak teman minta,dia akan adakan walaupun dia penat.
Kalau dia tak sempat,dia akan suruh orang lain belikan,yang pasti emak teman tak akan hampa menunggu.

Kakak teman kata...dia memang baiklah.
Semalam ada orang call,ucap takziah dan ucap terima kasih sebab dia selalu memberi pertolongan dikala hamba ALLAH ni susah.Kakak teman  tak kenal,dan empunya badan juga tak mahu dikenali.
Pendek kata...abang ipar teman cukup istimewa.
Tak suka buat orang dan tak pernah sakitkan hati orang.
Mungkin itulah sebabnya....
Dia meninggal ditengah2 majlis ilmu,dia meninggal tak susah,tak kecuh....tau2 dia dah tiada.
Rakan sebelah pun tak perasan dia dah meninggal sambil duduk,tau2 dia rebah kebelakang dan di sambut oleh guru ngajinya.

Sejak kematiannya...semua rakan taulan meneruskan usaha mengimarahkan taman syurga buatannya.
Sebelum dia meninggal...
Dia ada pesan,kite selalu fikir Taman Syurga(Raudhah) hanya ada di Madinah.Sebenarnya...kat tempat kite pun ada Taman syurga.Inilah Taman Syurga kite.
Datanglah....
Jangan matikan tempat ini.
Mungkin ini ucapan saya yang terakhir...
Itulah antara kata2nya yang mungkin tak dapat orang lain lupakan.

Semuga arwah di tempatkan di kalangan orang2 beriman.
Alfatihah untuk abang ude..






Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH