RENDA MERAH KAT KERETA

BILA ADA JIRAN CINA MATI


Setiap kali orang cina atau jiran teman mati.
Pasti ada kain atau renda merah di ikat kat kereta atau pokok atau pagar rumah.
Dalam hati...
Kenapalah diikat kain merah kat sini?
Persoalan tu terbiar tanpa jawapannya.
Teman abaikan sebab tak penting.Teman ambik lahan dan buang dalam tong sampah.

Kelmarin..
Balik2 je kat rumah,nampak renda merah kat kereta.
Nyakat anak2...aah!jangan pegang renda merah tu,nanti hantu cina datang dalam mimpi.
Anak2 jadi takut..
Anak2 kata...eee..ibu ni!buanglah ibu cepat!
Teman kata..nanti,jangan sentuh nanti ibu buangkan.(nak buang renda tu ada cara,lemah lembut jangan sampai jiran tu terasa hati,kalau anak2 buang,faham2 je le...capai dan campak ketanah)

Dalam diam,anak sulong cari punca.
Menurut pengalaman orang lain.Rende atau kain merah di letakkan kat sepanjang jalan yang bakal dilalui oleh si mati untuk mohon maaf atas kesulitan yang timbul.Orang Cina pun ada adab,ada cara tersendiri untuk nyatakan perasaan kat orang lain.

Teman duduk kawasan orang cina,maka teman dah sediamaklum...
Kalau rombongan orang mati lalu,alamatnya...sesak berbatu batu sampai ke kubur.
kalau teman termasuk dalam rombongan tu,alamatnya........mati kutu le teman,sampai jumpa simpang dan larikan diri.
Mereka berarak bawa mayat dengan pancaragam bagai.
kalau orang kaya raya,lagi panjang rombongan tu..
Pancaragam dari berbagai persatuan.
Kawan2 dan sanak saudara,bus dan lain2 lagi.
Sesak gillla!

Yang pasti....jika teman nampak rombongan ini,terpaksalah teman lalu jalan jauh.
Marah?
Tak lah...
Mereka sebahagian dari masyarakat kite.Cuma agama sahaja berbeza.
Jangan besarkan benda2 yang remeh temeh..
Teman dengan agama teman dan mereka dengan agama mereka.
Yang pasti...
Teman selalu berharap agar ALLAH beri hidayah pada jiran tetangga teman untuk islam.
Teman tak mampu nak berdakwah,yang teman mampu hanyalah menunjukkan cara hidup islam yang baik.
Akhlak yang baik dan sikap yang baik.
Tu je..



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH