PERANGAI BURUK SEORANG PENGASUH

JAGALAH AMANAH YANG DI BERI

Luahan hati seorang ibu...
Teman terbaca sebaik buka FB.
Pada teman...memang kurang ajar pengasuh tu.Tak tahu apa masalahnya,sanggup dia tampar muka anak sekecil tu.
Pada teman...pengasuh tu jiwa kasar atau sedang mengalami kemurungan dek beban hidup.
Kite baca,kite akan tahu...ibu ini amat bertimbang rasa,hanya pengasuh tu sahaja yang tak tahu menghargainya.

Bersabarlah duhai hati, kuatlah duhai anak. Nawra sayang, maafkan ummi dan papa terpaksa meninggalkan Nawra dengan orang lain kerana pergi mencari rezeki. Nawra sayang, maafkan ummi dan papa yang tidak pandai menilai orang. Kami fikir manusia berhati suci punya kasih dan sayang terhadap bayi sekecil Nawra. Segalanya nampak sempurna untukmu sayang.

Tidak pernah terlintas orang akan memukul anak ummi ini sampai begitu sekali. Apa dosa bayi 10 bulan yang masih belum boleh merangkak dengan baik, apatah lagi memanjat atau nakal. Sungguh hancur hati ummi apabila pengasuh mengaku menamparmu. Hancur hati ummi bila Nawra menangis dan hari kelima ini, bengkak di muka masih belum surut. 

Tak dapat ummi bayangkan betapa kuat pengasuh menampar Nawra sehingga lebam berbirat, betapa kuat Nawra menangis, betapa takutnya Nawra melalui hari-hari tanpa ummi dan papa.

Patutlah selama ini Nawra sangat takut dengan orang sekeliling. Langsung tak boleh berpindah tangan dari ummi dan papa, tak boleh sesiapa ambil dan dukung Nawra daripada kami. 

Rupanya Nawra trauma dan takut ummi dan papa hilang lagi dan lagi. Sungguh bukan mudah memaafkan bila hati sangat sakit. Tetapi ummi redha dengan apa yang sudah terjadi. 

Kami maafkan pengasuh Nawra kerana dia juga punya anak sekecil kami sayang. Ummi tidak mahu dia hilang ibunya kerana ini. Ummi tidak mahu dia melalui hari-hari sepertimu, takut tanpa ibunya di sisi. 

Papa tahu ummi sedih, ummi tahu papa marah. Papa ajar ummi untuk melupakannya. Jangan ada dendam supaya hati tenang. Ummi redha, papa juga redha sayang. 

Jangan takut lagi Nawra, walaupun tanpa kami, kau punyai Allah duhai anak. Semoga Nawra sihat selalu dan membesar menjadi anak perempuan yang cerdik serta solehah. InshaAllah. 


Teman pernah bergelumang dengan mereka.
Dari pagi sampai kepetang.
Menangis?
Biasa....tiada kanak2 yang tak menangis.
Suka?
Inilah masa paling seronok,bergurau dengan mereka.
Hari2 bersama mereka,kite sebenarnya makin sayang.
Tiada sebab untuk mendera,kerana mereka ahli syurga.
Kadang2 marah jika mereka tak diam,asyik menangis sahaja.Puas pujuk mereka tetap menangis...
dan inilah antara penyebab mengapa pengasuh hilang sabar.
Apa2pun...Menampar sampai meninggalkan kesan amat2 dikutuk oleh semua penguasa Taska satu dunia.

Seandai maaf di beri,kami sangat menghargai anda wahai ibu...
Jika ikut marah,kite tak mungkin maafkan dia..
Tapi...
Anda mungkin seorang wanita yang baik,yang tahu menghargai orang lain.
Teman kagum dengan tindakan anda...
Anda benar2 cool...

Diharap pengasuh tersebut belajar sabar,belajar dari kesilapan..
Nyaris2 anda disumbat ke penjara atas kesilapan anda sendiri.
Dan ikhtibar untuk pengasuh Taska Kyrana.
Jangan jadi seperti DIA.







Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH