PENANG TERKENAL DENGAN..

NASI KANDAR,CHAR KOAY TEOW

Berulang alik ke Penang.
Laa ni teman tak pasti...kedai mana paling baik kecuali Kapitan di Jalan Chulia Penang.
Puas Goggle,tetap Kapitan Jln Chulia keluar list pertama selain Line Clear.

Mula2 dulu,teman tak lalu sangat..
Bila nampak gambar2 individu ternama.Baru tekak ni belajar menerimanya.
Teman memang payah nak terima masakan2 lelaki berbulu lebat.Teman rasa semacam.Bukan suka tapi....eeeeeee...

Semalam,teman pergi lagi ke Penang.
Teman lalu Jembatan ke dua Pulau Pinang.Jembatan terpanjang dan mungkin antara terpanjang di dunia.Kepanjangannya lebih dari 20km dan bengkang bengkok pula.
Kagum?
Mestilah...Malaysia kan negara teman,teman lahir di sini.Teman tiada negara lain selain Malaysia.

Kami sampai awal,kami search di internet...
Perut mula berboria...
Suami kata kat anak2,cube le cari makanan terbaik kat Penang ni,balik2 kapitan tu je...
Anak balas,nanti cari tak mahu pergi pulak!ibu ayah makan je le makanan yang ibu ayah suka.
Teman menyampuk...cube le cari,nanti ibu cuba le makan..

MAKANAN PALING BAIK DI PENANG.
Maka..
Keluarlah macam2 senarai kedai terbaik!
Antaranya...
NASI LEMAK SEDAP JANGGUT.
Terletak di Batu Maung.Dekat dengan sekolah.
Teman cari hingga dapat,sebaik sampai....dah habis.Tak dapat nak komen apa2.
Dia bukan kedai besar tapi hanya gerai tepi sekolah.
Orang kata sambal sotongnya sedap.nasi lemaknya terasa lemaknya.
Orang kata..bukan teman kata ya..
Untuk orang bercita rasa tinggi,ini bukan tempatnya.



NASI KANDAR LINE CLEAR.
Kedai ni pun gerai biasa je,bukan restoran hebat seperti mana yang kita bayangkan.Restoran ni bukan macam Madam Kwan,bukan macam Chillis,bukan,bukan....
Restorannya biasa2 aje.
Teman tak pernah makan,sebab ramai orang beratur.
Teman suka makan,tapi teman tak akan menunggu lama.
Teman tak sanggup,lebih2 pergi dengan anak2 yang tak tahu duduk diam.
Orang kata sedap yang amat sangat.
Tapi...teman tetap tak dapat kata apa2..
Belum cuba belum tahu kesahihan kesedapannya.


ROTI CANAI TRANSFER ROAD.
Kami pun pergi...kat mata terbayang telur gegar atas roti,roti canai kuah dal,roti canai banjir telur dua biji...
fuh!tangkap leleh...
Cari punya cari..akhirnya kami jumpa.Teman kata kat suami...kamu tengokkan dulu.(parking kereta agak jauh juga)
Suami pun pergi...terkedek kedek jalan ke gerai.
Teman tanya..amacam?
Suami kata okaylah..
Kami pun turun,teman pergi dulu...Dalam kepala macam2 nak makan...Roti telur goyang,anak2 nak rasa roti canai termasyur di sini.
Sebaik teman sampai..
Teman kata dalam hati...macam mana lah kedai macam ni boleh di iklankan sebagai kedai terbaik di Penang.
Teman rasa macam nak pengsan!
Teman bukan nak mengutuk,tapi...tekak ni terus tertutup.Pada teman makan maggi atau roti gardenia pun teman sanggup.
Anak dara teman kata...ibu..kat Penang ni,kalau ibu nak makan makanan yang sedap2,hanya kat gerai2.Tak ada kedai2 cantik yang jual makanan2 melayu,roti canai sedap kecuali kat tempat2 macam ni.
Teman rasa bersalah,teman bukan memilih,cuma tekak ni macam kena kunci.
Suami kata...emak kau!memilih!
Teman marah sebenarnya,dalam hati nak makan pergi lah makan!sibuk2 je...


Anak2  dah tarik muka,bukan apa...semua dah lapar belaka,si ibu pula banyak cekadak.
Kami naik balik kereta,kami cari lagi...akhirnya..Anak2 kata...ibu makanlah tempat yang ibu suka....
Teman tahu anak2 merajuk,tapi...maafkanlah ibu,tekak ni tak mampu nak telan.
Akhirnya teman makan kat Kapitan lagi.
Nasi beriani kambing dan briani ayam jadi taruhan.
Teman tak puji lambung2,tapi nasi dan lauk cukup serasi bersama.
Teman dah tak pandang,para pekerja,persekitaran...
Yang teman tahu,teman makan dengan lahapnya.
Sentiasa tawakkallah pada ALLAH.


Selepas perut kenyang,kami jalan lagi...Kami singgah di mini market sebelah Kapitan tu.Jika ke Penang,jajan jangan beli kat kawasan2 perlancongan,nanti kena sembelih.
Kalau nak beli,jauh sikit daripada hotel2 tempat nak tuju.

MEE SOTONG PADANG KOTA
Kami cuba jejaki ....Sebaik sampai,kosong!
Rupa2nya hari minggu...TUTUP!

MAMU KOPITAM
Tak sempat pergi...terlepas dan malas nak pusing balik bila baca komen2 mengenainya restoran ni.
Teruk!indah kabo dari rupa.
Makanan lambat sampai topik paling utama.

MADY CHAR KOAY TEOW
Juga tak sempat rasa...mereka buka malam.Kami dah penat nak jalan2 cari makan.
Kami makan kat depan hotel...
Ikan siapa 3rasa,sayur size kecil,telur dadar 3 biji,satay 12btg,sotong goreng tepung size medium,tom yam size medium..Nasi putih 4 sahaja,air milo ais 2,lassi 3,air suam 1.
Jumlahnya...RM140 sahaja.
Mahal kan?
Rasa?
Boleh lah....nak kata sedap sangat tu tak le..
Boleh lah...
Mungkin bukan tokey masak,dengar2 tokey cuti ke Trengganu.
Bukan rezeki kami nak makan air tangan chef sendiri.

LAKSA PENANG.
Laksa penang ada di mana2 sahaja.
Masalahnya.suami tak berapa gemor makan laksa.
Teman pun tak berapa suka sejak tengok ikan yang biasa orang niaga buat laksa.
Mungkin tempat lain,lain ikannya...
Yang pasti...
Teman sendiri tanya dengan tokey kat pasar..
Itu ikan apa?bila teman nampak sejenis ikan muncung panjang,dan badan dia pun panjang macam ulo
Tokey tu jawap...ini ikan orang bikin laksa maa...
Teman terkedu...ya ke?Ikan apa tu?nama dia...
Tokey tu jawap...saya pun tak tahu,tapi orang kata ini ikan manyak selap buat laksa.
Sejak tu...teman tak makan laksa orang lain buat,kalau teman nak makan,teman masak sendiri.
Bukan susah pun.....
Mai teman ajar buat laksa penang.
Mula2 rebus ikan kembung bersama asam keping.
Lepas empuk,sejukkan dan leraikan isi ikan dari tulang.
lada kering (agak2)ikut hati sendiri,nak pedas atau tak nak pedas.
Bawang merah (agak2)
Bawang putih (agak2)
Ada orang letak belacan,tapi teman tak letak...sejak cerita belacan orang buat kat tepi2 bilik air ,mati hidup balik teman tak jadikan belacan tu satu kewajipan  untuk letak dalam resepi.
Blender semua tu sampai hancur..kalau suka blander sekali dengan daun kesum.Agar keenakkan makin bertambah.Konon2,tapi orang penang ajar ni.Harus ikut.Berapa banyak tu pun agak2.
Masak ni kena pandai agak2,kalau laksa 5 kilo takkan  ikan 10 ekor!mestilah lebih kan?
Lepas tu....
Campur dalam air rebusan ikan tu,dan rebuskan ianya sehingga pekat.
Jangan lupa letak lagi asam keping,bunga kantan,daun kesum,lengkuas,ada orang suka letak perasa tambahan pes udang atau petis.(teman tak suka sangat benda2 macam tu...teman guna yang ada2 tu je)
Lepas kuah dah siap...
rasalah...campak garam,gula sikit..
Dah jadilah tu...

Biasa teman beli laksa biasa bukan yang beras tu,laksa teman rendam semalaman,lepas tu rebus.dah lembut angkat dan tos.
Untuk hiasan...
Bunga kantan-hiris
Daun pudina-hiris
salad-potong tak halus dan tak kasar-agak2
Mentimun-hiris panjang2
Bawang besar-hiris
Nenas-hiris
Cili merah-hiris
Daun selom-hiris
Telur rebus-belah 4
Limau sambal-belah 2 buang biji.
TRAAAA!
dah siap!
Senang kan?
Sebab tu le,keluar kemana pun!Laksa Penang bukan menu utama untuk teman order.
Pada teman...laksa Penang teman lagi sedap wehh!

Benar kata anak2,jika nak rasa makanan yang sedap2 dan disukai ramai.Makanan tu terdapat di gerai tepi jalan.Makanan tu tak akan dapat menembusi pasaran.
Di Penang....kite juga susah nak dapat makanan halal.
Sana sini....restoran moden bak cendawan tumbuh.
Tapi...tak nampak ciri2 halal.Semua bukan untuk kite tapi untuk mereka.
kalau kite tanya..halal ke?
Mestilah dia jawap halal maa!
Tepuk dada tanya lah selera.

Yang pasti...walaupun berpuluh kali maiii penang,teman masih tak dapat menyelami Negeri kecil ini.Walaupun teman pusing2 kat situ juga,tapi...banyak perkara yang teman tak dapat nak kongsi hanya kerana teman ni seorang yang bukan pemakan.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH