Skip to main content

PEMILIK RESTORAN HARAMKAN PEKERJA BANK MAKAN KAT RESTORANNYA


HANYA KERANA LOAN TAK LEPAS!


PARIS - PERANCIS. Seorang pemilik sebuah restoran di Paris mengharamkan pekerja bank memasuki restorannya kerana kecewa gagal mendapatkan pinjaman kewangan dari mana-mana bank.

Alexandre Callet, 30, berkata permohonannya untuk mendapatkan pinjaman bagi membuka cawangan kedua restorannya ditolak oleh semua bank beberapa kali malah mendakwa dia dilayan seperti anjing.

Keengganan bank untuk memberi pinjaman menyebabkan ramai rakyat Perancis berpindah ke Londan, dakwa Alexandre lagi.

Lelaki itu bertindak meletakan papan tanda di luar restorannya Les Ecuries de Richlieu.

"Anjing dialu-alukan, pegawai bank diharamkan (kecuali anda membayar bayaran masuk €70,000 (RM325, 629)," tulisnya.

Alexandre berkata jika pegawai bank yang dikenalinya, dia tidak akan membenarkan pegawai bank masuk ke restoran

"Mereka telah melayan saya seperti anjing, jadi saya akan menafikan hak mereka"

Tujuh tahun lalu, permohonan pinjaman lelaki itu ditolak 20 kali sebelum sebuah bank bersetuju untuk memberi pinjaman kepada Alexandre  untuk membuka restoran pertamanya.



Bila kemarahan memuncak,semua boleh jadi.Marah dia tak akan tamat sehingga ada bank yang bagi dia pinjam kot?
Kite baca,kite mungkin gelak,tapi hakikatnya...
pengusaha restoran ini benar2 kecewa dengan tindakan bank2 tersebut.

Apa2 pun...harap dia akan kembali normal,pekerja hanya jalankan tugas,setiap peminjam kena tapis dan menyakinkan baru pinjaman dilepaskan.
Lainlah.....dia ahli politik berpengaruh atau sultan atau agong.
Setakat cikai2 je..
Penuhilah syarat2 yang di tetapkan.
antaranya ialah...
3 bulan penyata bank yang memberangsangkan.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH