PEMANDU VAN MAUT DI BELASAH

GARA2 LUPA AMBIK PENUMPANG.

Antara percaya dengan tidak...
Kejadian berlaku di Malaysia.Mula2 baca tajuk,teman fikir kat Negara China.
Rupa2nya...kat Klang je.

Dulu masa teman sekolah,banyak kali Pak Ali tertinggal teman dan rakan2.
Bukan setakat tertinggal,terlupa ambik dari sekolah pun pernah juga.
Maka bergelaplah kami ditepi jalan,hingga Pak Ali datang semula dan minta maaf.
Masa tu...Pak Ali orang tua,mana mungkin kami boleh marah.Paling tidak...abah akan sound Pak Ali..
Hai..Ali..macam mana boleh lupa?Nasib baik tak hilang budak2 ni...
Tak pernah teman nampak orang tumbuk atau bunuh orang gara2 tertinggal van.

Sepanjang sesi persekolahan,teman memang naik van atau bus.
Tak pernah ada ibubapa seganas ini.Jika kite tertinggal bus atau van,itu maknanya kite yang lewat.Pak Cik bus atau van akan datang seperti biasa kecuali dia Mati.

Semuga si penumbuk tu akan dapat hukuman setimpal.Semuga Pemandu itu ditempatkan dikalangan insan2 beriman.

Ingatan untuk semua....
Jangan ikut hati,kelak binasa badan.

Keratan berita itu..
Akibat terlupa mengambil seorang murid sekolah agama di sini, seorang pemandu van maut selepas dipercayai dibelasah bapa saudara kanak-kanak terbabit di tepi Jalan Kampung Sungai Udang, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak, berkata dalam kejadian itu jam 7 malam, mangsa Mohd Izhharuddin Nordin, 24, dikatakan diekori suspek yang berusia 29 tahun dengan motosikalnya dan minta mangsa memberhentikan kenderaannya.
"Berlaku pertengkaran antara mereka dan suspek dikatakan menumbuk mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.
"Selepas insiden berkenaan, mangsa dipercayai meninggal dunia di dalam van berkenaan," katanya.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis memberkas suspek kira-kira sejam selepas kejadian itu di rumahnya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH