MURID MATI DALAM LUBANG KUMBAHAN

SEDIH DAN TAK TERLUAH KATA2..


Namanya..Raja Nur Nazwa Ariana Raja Mohd Shahronizam.Umur baru masuk 7thn.Darjah 1 di Sekolah Rendah Agama Parit Penghulu Benteng,Sg Rambai.Melaka.
Dia dikatakan sedang bermain2 bersama rakan2 sebelum terjatuh kedalam lubang kumbahan bersama seorang murid lelaki,bagaimana pun murid lelaki itu terselamat apabila dapat berpaut pada batang paip di dalam lubang sedalam 3.6meter itu.
Lubang itu hanya di tutup dengan bahan di perbuat daripada  bekas gentian kaca.








Sebenarnya teman tak sampai hati nak baca berita ni...
Teman tak terbaca dan tak tercapai dek akal untuk bayangkan bagaimana anak sekecil ni mengalami kesukaran bila jatuh ke dalam lubang kumbahan tu.
Sedih...
Dan tak sanggup nak bayangkan semua nya.

Sebab tu selalu jerit2 kat anak2 bila mereka pergi jauh dari mata.
Sebab tu mulut ni,selalu marah2 kat anak2 bila berani2 pergi ke tempat2 bahaya.
Sebab tu jari jari ini dengan pantas mencubit anak2 bila mereka buat nakal.
tapi...
Itu jika anak2 berada dengan kite.Bila mereka berjauhan...
Selalu teman minta ALLAH jagakan anak2 untuk teman.
Teman tak boleh nak pantau,sebab teman tak ada kuasa untuk mengetahui apa yang mereka buat ketika dan saat ini.

Ralatnya...
Semua ini boleh dihalang bila semua pihak berkerja sama.
Perkara atau apa2 jua yang melibatkan kanak2,kite kena utamakan.
Dah tahu....kanak2 tak pandai duduk diam...
Pastikan lubang2 tu bertutup kejap dan kukuh.
Setakat gentian kaca,kucing lalu pun boleh jatuh.

Kadang2 kite meletakkan akal kite pada kanak2,kite tak sedar....
akal kite dan akal kanak2,jauh bezanya.
kanak2 tak faham...akibat dari perbuatan.Kite faham...sebab kite dah tua.lagi tua kite lagi banyak akal yang kita mampu  miliki.

Sebagai bekas penyelia Taska.Hidup teman bergelumang dengan kanak2 hampir satu hari.
Bila kami buat sesuatu...
paling utama ialah kanak2.
Kami kunci pintu 24jam..mesti ada sebab dan  akibat.
Kami larang kanak2 ke dapur kerana....ruang dapur bukan tempat sesuai untuk kanak2.
Kire larang mereka ke bilik air sendiri kerana.....
Mesti ada sebab dan akibatnya.
Bukan main chin chai je..
Kite kena lebihkan mereka kerana mereka kanak2.Masih tak faham apa2.

Teman terbuka hati untuk kongsi perasaan kerana...
Teman ada anak,anda pun ada anak...
Kite semua punya anak2 yang kite sayangi.
Bayangkan?
Jika kejadian ini menimpa kat kite.
Apa perasaan kite?
Marah?
Ralat?
Atau kite redho sahaja.

Kejadian ni sebenarnya ada hikmah.Lepas ni pihak sekolah akan lebih peka,akan lebih utamakan keselamatan kanak2.
Sepanjang menatap gambar ni,teman hanya mampu kata...kenapa dik awak main kat situ?kenapa main kejar2 kat tempat bahaya tu?
Macam2 persoalan akan terdetik dalam hati.

Nasi dah jadi bubur...
Anak sekecil ini dah balik ke kampung halaman yang kekal abadi.Dia tak berdosa,dia budak baik...
Ahli syurga ini akan menunggu mama dan papanya.
Ahli syurga tak berdosa ini,akan dikenang sebagai mangsa keadaan pada pihak yang cuai.
Ada ke patut?
Ada 4 lubang kumbahan hanya di tutup dengan gentian kaca?
Ada 4 lubang paling bahaya hanya di biarkan tanpa pengawasan.
Alangkah bodohnya pengetua sekolah tu,biarkan kanak2 comel ini bermain2 di kawasan macam tu.
Sepatutnya...
Dia keluarkan larangan keras untuk semua.
Termasuk ibubapa dan kanak2.
JANGAN MAIN DI KAWASAN ITU
ATAU
DILARANG BERMAIN DI KAWASAN INI.
ATAU..
SESIAPA YANG MAIN KAT LUBANG KUMBAHAN TU,NANTI CIKGU ROTAN!



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH