KISAH SELEPAS KEMATIAN SUAMI

ADA YANG OKAY DAN TAK OKAY.

Teman ada beberapa orang kenalan yang baru kematian suami.
Mereka bukan janda,tapi mereka balu.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Berat mata memandang berat lagi perasaan di hati mereka.
Hati ibu,hati anak2...hati keluarga...hati sanak saudara.
Yang pasti,paling terasa keluarga terdekat.

Ada berbagai perangai yang dapat kite saksikan.
Ada yang tak faham apa2..
Ada yang tidak menjalani edah yang ditetapkan iaitu 4 bulan 10 hari.
Edah ini bukan kite suka2 tetapkan...
Tapi ALLAH yang tetapkan.Edah ni bukan undang2 manusia,tapi...undang2 ALLAH.

Teman pernah jumpa seorang balu yang tak perasan,dia telah menjangkau langkah yang di tetapkan.
Ketimur kebarat keluar tanpa batas.
Syukur...lepas di tegur,dia akur dan tak keluar lagi tanpa sebab.
Adaa yang selamber..berhari raya bersama sanak saudara dan sahabat handai.
Bila di tegur....soalan pertama yang dia utarakan ialah...
Dari mana dapat sumber larangan tu?
Teman tak pandai,teman tak arif pasal agama tapi....teman belajar.
Teman kata..dari Al Qur'an,dari ustaz....
Ini bukan kata2 ustaz sahaja,tapi ustaz ambil isinya dari Al Qur an.

Malangnya...kawan yang ini tak menurut kata...Teman lihat dia begitu rancak kehulu kehilir bersama anak2.
Untuk apa?
Teman tak tahu...
Yang pasti,kite tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Teman juga ada kawan yang kematian suami akhir hujung tahun lalu.
Mula2 okay...
Dalam edah okay walaupun ada juga keluar atas urusan keluarga.
Paling buruk sekali bila dia keluar bercuti atas alasan....anak2 boring..
Teman tak tahu nak kata apa...yang pasti terpulanglah...
Masalah bermula bila edah tamat,dan dia jumpa teman lelaki lama..
Kemaruk nak kahwin..
Dia maracau macam orang muda kepingin suami.
Hilang yang ini,dia cari yang lain...
Puas di pujuk...dia tetap nak kahwin juga,
Akhirnya...dia daftar di internet ruang mencari jodoh international.
Baru2 ini...teman dengar2 dia nak kahwin dengan orang asing.Berabih duit semata mata lelaki tu.
Dia bukan kaya,tapi dia bermasalah.Hutang sana sini.
Berbagai bagai persediaan dibuat...tempah balai,tempah makan,tempah pelamin....tempah hotel,tempah kereta untuk berjalan jalan lepas kahwin.
Puas di pujuk,dia tetap nak kahwin.
Baju tidur seksi dah di beli...
Di jaja ke sana kemari..
Kami hanya pemerhati lepas puas memujuknya.

Syukur..lelaki tu akhirnya datang juga.
Entah siapa tanggung siapa,kami tak tahu...
Yang pasti...Dia datang juga semata mata nak kahwin dengan kawan teman tu.
Bukan main suka lah dia,cinta hati yang di jumpa dalam ruang mencari jodoh dah ada depan mata.
6hb ni,dia akan naik pelamin,dia akan pakai baju pengantin berlabuci penuh.Malamnya dia akan pakai baju tidur nipis untuk lelaki yang dia jumpa melalui alam maya.
Semuga dia selamat,semuga tiada agenda tersembunyi....
Almaklum....orang zaman sekarang ni pelik2 sikit.Belas ihsan dah hilang dari diri.

Kite lupakan dia...
Kali ini teman nak kongsi satu kisah seorang balu yang baru kematian suami.
Orangnya tangkas,selalu kata...aku boleh hidup kalau suami tak ada...
Pendek kata...duit bukan segalanya.
Hari suami meninggal,dia menangis semahu mahunya.
Suami tinggalkan dia secara mengejut,tak sakit tak apa...
Tup,tup....mati.
Teman ingat katanya..
Aku macam hilang kaki sebelah.Aku betul2 sunyi...
Beribu orang datang,beribu orang datang menyapa...
Tak sama dengan kehadiran suami.
Aku betul2 sedih...
Dia menangis setiap kali ingat suami,dia menangis setiap kali lihat barang2 peribadi suami.
Dia menangis bila jumpa kami.
Baru kami tahu......hilang suami paling menyedihkan dari segalanya.

Dia kata...aku tak mahu kahwin lain,aku nak jumpa dia lagi,aku nak tetap jadi isterinya.
Teman hanya kata...
Jangan cakap...dah banyak contoh aku tengok..
Mula2 cakap macam tu juga,nak setia bagai!
Dia kata...betul!kau tolong ingatkan aku kalau aku gila nak kahwin.
Teman kata...tak boleh kata,kalau kau nak kahwin lagi,kau tak akan dengar kata2 kami.
Dia merayu....tolonglah,ingatkan aku.Kau sepak aku...
Boleh gitu?
Siap suruh kami sepak dia,ingatkan dia...
Teman kata...baru2,rasa sedih ada lagi,tunggu le lepas edah.

Benar..
Semua tu akan bertukar lepas edah,walaupun ada yang siuman,tak kurang juga yang gila nak berlaki.
kadang2 tak mahu cakap lepas...
Muga2 kite tak macam tu...
Malu dilihat orang.Lelaki sibuk nak kahwin lagi,kite dah ketegorikan GATAL.
Kalau perempuan?
AMACAM?
sama kan?
GATAL juga.......


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK