KERJA KAHWIN DI BOTE KANAN

BETUL2 ORI..

Teman dapat jemputan kahwin kat Bote ,Selama ni hanya sebut sahaja,tapi tak pernah lagi jejak kaki kat Bote.
Suami kata..kite kan dah pernah pergi,masa tinjau banjir tahun lepas.
Teman jawap betul...tapi tak pernah lagi jejak kaki kat Bote.

Sebaik dapat jemputan tu,seronok betul!
Tambah2 lagi...Norlie kata kiri kanan bendang semata!
Di mata dah tergambar pemandangan yang cantik,dengan bendang terbentang di ruang mata.

Janji pukul 11pagi.
Katanya takut jalan sesak.
Teman faham,bila kite ikut rombongan yang ramai,kite kena awal dari sepatutnya sebab ramai orang ramai ragamnya.
Teman pergi dengan suami sahaja,anak2 tinggal bersama si kakak dek demam melanda.
Sebelum pergi teman dah sediakan makanan dan telah memberi mereka ubat ubatan.

Pergilah kami dengan penuh semangat.
Sampai je...pengantin belum sampai,masih di Sri Iskandar mengambil baju.
Kata dengan suami,kalau kite lambat sikit pun okay,lambat ni!rungut teman.
Teman tak suka menunggu,kalau janji pukul 11,maka pukul 11 lah teman akan sampai.Teman tepat janji.Tak suka membonggak!

Kami tunggu di sebuah masjid,duduk di perkarangan masjid dalam cuaca panas terik.
Sebelum zohor,pengantin tiba segak bergaya.
Dengar2 rumah pengantin dekat sahaja,maka berdedailah kami ke sana..
Rupanya....jauh nun jauh di hujung sana.
Maklumat tak jelas...Dengan kasut 2 inci,dengan susah payah melangkah di jalan tak rata,berbatu batan di sana sini.
Akhirnya kami sampai di simpang sebelum kerumah pengantin.

Ada dua anak muda sedang duduk ditangga menyapa kami dengan ramah.
Satu feel orang kampung yang teman puji ialah...peramah.Mereka boleh menyapa sesiapa sahaja tanpa malu dan segan.
Teman tengok keliling rumah...
Ada orang ke?tanya teman..
Mereka jawap ada!ini rumah opah.
Nak tahu kenapa teman bertanya?rumah tu tak kemas,macam rumah tinggal.Kat beranda penuh tahi cicak,seolah olah tak pernah di pijak orang.
Oo..mak cik ingat tak ada orang,sambung teman...
Mereka senyum je...ada cik...
lalu pengantin lelaki dengan tanjak bagai..
Teman tanya...tak teringin ke pakai baju macam tu?
Mereka jawap MAU IDOKNYA!tapi tak mampu lagi..sambil gelak.
Teman betul2 terkejut dan gelihati bila dengar jawapan mereka.
Baru teman perasan semua lelaki teringin untuk menikah.
Termasuk yang dah menikah,pasti teringin nak menikah lagi.

Matahari tegak di atas kepala...
Tadi jalan 5km dari depan,sekarang tambah lagi sikit untuk kerumah pengantin.
Orang kampung...majlis pun seadanya.
Kami jalan senyap je,tiada kompang tiada gendang.Tiada silat pengantin tiada tol macam orang Johor.Semua berjalan lancar tapi sunyi.
Kami ikut sahaja dari belakang.Panas mentari atas kepala buat hati gelisah..
Hati nak cari tempat berteduh sahaja.
Peluh mengalir deras  dari berbagai2 alur.FUH!
Kalau kat Johor,sanding selalunya lepas zohor,pukul 2 ptg macam tu.Apa nak di kejo pun tak tahu...cepat benau!

Sampai je...
Kami tak di pelawa ke dalam rumah,terus makan.
Tak tunggu pengantin,tak tunggu acara makan berdamai.Semua orang makan dengan selera.
Dalam hati...macam ni ke?pelik je..
Tapi...kami tak kisah,asalkan dapat makan dan minum.Dan paling penting dapat berteduh dari bahang matahari.
Dengar2 mereka bergotong royong menyediakan juadah.Masih ada lagi goyong royong,masih ada kerjasama di antara mereka.
Menu pun pelik juga...
Bukan nasi minyak,bukan nasi briani tapi nasi hujan panas kot?teman pun tak tahu..
Ayam dipanggang,ada sos cili,pun teman tak pasti nama masakannya.Yang pasti makan je..
Ada daging masak kicap dan taugeh dimasak bersama rebung kot?
pun teman tak pasti.
Tengah2 makan...DJ kata ada sejenis bubur di panggil bubur anak lebah.Bubur ni hanya ada di kg ini sahaja.Pendek kata bubur istimewa.
Teman mengetetik nak cuba,dalam hati terpandang2 anak2 lebah.Dalam hati mana gayanya nak makan?
Habis makan,teman terus ambil bubur tu...
Teman hanya nampak bubur bersantan dan ada gentelan tepung.
Teman tanya suami..mana anak lebahnya?
Suami kata...itulah anak lebahnya.
Teman ceduk lahan..dalam hati tak ada pun.Ada gentelan tepung kaler putih dan hijau.
Teman tanya lagi..mana ada?tepung je..
Suami jawap..nama je lah!mana ada orang buat bubur anak lebah betul2.!
Terasa tertipu!

Bubur biasa,rasa macam cendul.Cuma beza cendul sejuk,bubur ni panas.
Dengar2 cara buat pun macam buatan  cendul.Santan tengah mendidih,disagatnya tepung untuk dimasakkan sekali.
Di adun di letak gula menambah perasa.
Jujur kata..sedap sangat.
Tak pernah teman makan bubur sampai 2 mangkok.Selalu makan ingat2, takut kencing manis.Tapi dek penangan bubur anak lebah,hilang takut terus tawakkallah!

Teman nak puji satu perkara...
Tuan rumah atau wakil tuan rumah bersungguh2 beri kite makan.
Di angkutnya lauk pauk tanpa ragu2.
Teman kata kat budak sebelah...beriya2 mereka beri kite makan kan?kalau kat bandar,lauk pun kena jaga,ayam dapat sepotong kecil je..Nak tambah lagi pun malu..
Mereka?
walaupun majlis tak mewah,makanannya mewah!Melambak lambak!Kite nak tambah 10kali pun tak ada hal lah!

Teman tengok keliling...
Anak2 kampung dah berubah.Anak2 gadis dah macam artis!solek bagai.
Semua kening terbentuk walaupun berselipar jepun.
Emak2,ayah2...semua muka banyak senyum.Kite rasa di hargai.
Zaman dah berubah..
Dunia kite dah berbeza dari dulu...
Kat kg tu...talian baik sekali.Celcom,UMobil dan Maxxis lancar sekali.
Teman load apa pun!terbang macam roket.Zup!orang kampung teman dah tahu teman kat sana.
Masing2 tanya kat mana tu?
Teman jawap Bote Kanan...

Kalau dulu,sebut Bote terbayang....
Jalan selut,sawah padi,rumah2 kampung dan kecomotan anak dara dan teruna.
sekarang tak lagi...
Sebut Bote je...
Akan terbayang.....kemajuan yang tak terduga.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK