JIN OH JIN 1

CATATAN DARI HARI PERTAMA HINGGA AKHIR...

Biar teman tulis nama sipolan sebagai Ali sahaja.Baru berumo 15thn.Budak yang baik dan sempoiii..
Cerita benar yang berlaku di depan mata.Selama ini,teman hanya melihat melalui drama,youtube dan cerita dari orang lain.
Khamis lepas,Ali malas nak kesekolah,ayah Ali naik angin lalu memukulnya.
Akhirnya...Ali menapak juga menuju ke sekolah dengan hati kecewa.

Perjalanan hidup Ali seperti biasa.Esoknya,lepas solat jumaat bawah mata Ali kelihatan bengkak yang ketara.
Ibu!ali gaduh kat sekolah Kata si abang.
Ali tak mengaku,mana ada!katanya membalas tuduhan si abang.
Ibu menjeling sahaja,melihat gelagat anak bujang sedang meningkat usia.
Dalam gaduh dalam hati masih ada sayang.

Sabtu ke esokkan harinya,ibu,ayah,Ali dan adik2 meneruskan perjalanan balik kampung.Seperti yag di rancang tanpa ada rasa sangsi.
Kebetulan cuti umum,jalan raya penuh sesak.Perjalanan yang memakan masa hanya 4jam telah melarat menjadi hampir 9jam.
Biasalah...cuti kan?semua orang keluar dari kota yang penuh pancaroba ini.
Mereka berhenti makan diPagoh,Ali makan banyak sekali.Ibu tak kata apa...
Hanya memandang gelagat si anak.
Lepas makan,mereka meneruskan perjalanan kerumah bonda merangkap nenda untuk Ali.Sebaik sampai...Ali makan lagi,kali ini 3 pinggan!
Masing2 hanya memandang..dalam hati...banyak nya si Ali makan?
walaupun jadi tanda tanya,mereka tetap diam membisu seribu bahasa.

Lepas makan,ibu suruh Ali mandi dan solat.
Ali diam je,merenung kedepan.Ayah panggil Ali...
Ali tetap buat tak tahu...mata Ali kedepan,Ayah naik darah,nyaris tak di ayun  tangan kepipi Ali.
Ibu pergi jumpa Ali,pujuk suruh mandi.Ali tetap sama....buat tak tahu je.
Dengan sabar si ibu papah Ali masuk bilik,keadaan Ali makin pelik.
Mata Ali tak menunjukkan keadaan yang baik.Ali ada masalah!

Ibu,ayah bawa Ali ke klinik,sampai di klinik,Dr pekse Ali,Dr binggung bila tahu kepanasan badan Ali jejak ke 40'C.Ali tak memberi tindakbalas yang baik,bila namanya di panggil dia tetap begitu.Dr tepuk2 belakangnya....
Ali tetap begitu...
Anak matanya tak bergerak,anak matanya tak mengembang atau menguncup.
Dr kata....cepat!awak pergi ke hospital!
Ibu,ayah kaget!terus pandu ke hospital berhampiran.

Dr buat pemeriksaan.Dr diam tak kata apa....
Dr cadangkan Ali buat pemeriksaan otak,jantung dan sebagainya.
2hari 2 malam Ali menetap di katil bernombor 610.Dengan ditemani oleh ibu yang setia,mereka berumahtangga di sana.
Keputusannya...Ali sihat,tiada apa yang perlu di risaukan.Otak,jantung segala bagai organ dalam badan Ali sempurna 100%.

Ali di benarkan balik..
Ibu ayah bawa Ali ke pusat rawatan islam.Di sana semuanya terbongkar bila selesai ustaz baca surah Ruqyah.
Ali meronta ronta...
Ustaz terus baca dan baca....sambil menyapu minyak yang telah di baca ayat2 suci Al Quran.
Ali tak tahan panas!Ali menjerit jerit!Ali memborantak!
Siapa kamu?tanya ustaz
Jin....jawap Ali
kenapa kau ganggu budak ni?Tanya ustaz lagi
Sebab aku nak balas dendam...jawap Ali.
Ustaz tanya lagi kenapa?
Ali jawap sebab dia bunuh mak aku!
Ustaz kata diakan budak kecil,macam mana dia boleh bunuh mak kau?
Ali jawap dia baling mak aku dengan buah asam.
Ustaz kata...dia tak nampak mak kamu,kehidupan kite berbeza,Maafkan lah dia...Ali tak sengaja.
Ali jawap...aku tak kesah!aku nak dia mati!
Ustaz kata...maafkanlah dia...dia tak sengaja..
Ali jawap..aku tak kisah!aku akan duduk dalam badan dia sampai dia mati!
Ustaz pujuk lagi...maafkanlah,kesianlah kat ibubapa Ali,kesian kat Ali...keluarlah.Pergilah balik pada keluarga kau,mereka sedang mencari kau.
Ali diam...tetiba dia jawap..aku tak kisah!aku mahu dia MATIIIIII!
Ustaz tanya lagi...dimana mak kau masa tu?
Ali jawap kat pokok pisang.
Ustaz tanya lagi..pokok pisang tu dekat mana?
Ali jawap depan rumah.
Ustaz pandang ibu...ibu angguk,betul ada pokok pisang tapi jauh,benar Ali buat macam tu tapi lama dahh...sekarang tak ada musim buah asam .Pokok tu tak keluarkan putik apatah lagi buah.
Ustaz tanya lagi...kau ada kacau orang lain tak?
Ali jawap Ada..
Ustaz tanya siapa?
Ali jawap...Nuar,Kassim..
Ustaz tanya lagi...jiran tetangga?
Ali jawap.. Osman.
Ibu terjengkil mata..nama2 yang di sebut benar belaka.
Ustaz tanya lagi...apa tanda2 kau kacau budak2 tu?
Ali jawap melawan dan semakin biadap!
Dalam hati...oooo gitu,patut le bila anak2 degil,orang akan kata..entah apa jin le ada kat dalam badan kau nak oiiiii.

Perbincangan berterusan hampir ke Zohor.Percaya atu tidak,dalam badan Ali ada 13 ekor jin yang berkeluarga.
Berbincang dan terus berbincang...akhirnya yang tinggal hanya seekor.Ustaz kata...yang ada dalam badan Ali anak paling degil.Berumu 17thn dan berjantina betina.
Ustaz kata...cukuplah,kite bagi dia rehat,kite tak boleh paksa dia...nanti kalau ada apa2 datang balik,saya ada 2.30 nanti.
Baliklah ayah,ibu,Ali dan saudara mara kerumah.
Sampai dirumah Ali tetap berbeza.Ali kata...ada seekor lagi.Tanda2 yang kite boleh nampak pada luaran.
Tangan Ali bergetar,mata tak berkelip,suara lain dari biasa,jika menjawap soalan,hanya mengeluarkan suara pelik(teman tak tahu nak eja bunyi tu,tapi...bunyinya macam jawapan kite pada seseorang jika kite tak faham soalan.Atau lebih mudah faham...apa?contohnya jika orang tanya kite nama siapa?kalau kita tak tahu nak jawap kite akan kata apa?gitulah..)
Satu lagi..Ali tak boleh dengar bacaan surah2 atau azan.Dia akan mendengus dengan keras.

Petang tu,ibu ayah bawa lagi Ali untuk teruskan ubat.
Ustaz tanya soalan yang sama,dan minta jin tu keluar.
Setelah di pujuk di ugut...akhirnya,,,jin keparat tu keluar.Pulanglah kami ke rumah dengan harapan Ali akan kembali sihat.

Bagaimanapun,fizikal Ali tak menunjukkan demikian..
ALi tetap pelik dimata kami.
Azan Ali bangun jumpa ibu..
Ibu!ada lagi lah...
Bagai nak jatuh jantung ibu,kesian ibu...merenung tajam kat ALi...
Dah tiada air mata ibu nak keluarkan...
Hampa dan kecewa silih berganti...
Sabarlah ibu...kami ada....untuk ibu dan anak2.

Malam tu kami adakan solat hajat dan bacaan yassin untuk Ali dan ahli keluarga yang lain.
Ali meracau lagi dan lagi..
Jin dalam badan Ali bukan islam,tapi kafir..
Jin dalam badan Ali hanya mahu Ali melayan kemahuannya sahaja.
Ali pegang kaki bangku kuat2,Ali budak baik...dalam kepayahan Ali masih mampu fikir kesejahteraan orang lain.
Teman tanya kenapa Ali pegang kaki kerusi tu?
ALi jawap...tak mahu dia kacau orang tengah solat.Jin kuat Mak cik...10orang pun dia boleh lawan balik.
Teman tercopong mulut...ya ke?takutnya.

Malam tu Ali perlu dirawat lagi.Di meracau,dia mendengus macam beruk.Tangannya kuat mengenggam karpet.
Teman menangis,kesian anak sedara teman diperlakukan oleh Jin.
Teman tak pernah lihat orang kerasukan.Teman hanya pernah lihat orang di buat orang.Seksa hidup2.
Dalam hati...kenapalah manusia sangat jahat?ALLAH kan dah larang kite jadi orang JAHAT?
Tapi...tulah...manusia tetap manusia.Ada yang lemah iman,ada yang kuat iman.
Lepas dipulihkan oleh Ustaz Man,Ali sihat kembali.
Teman duduk di sebelahnya,teman urut tangannya...
Teman tanya...kenapa Ali...
Ali angkat kening,anak sedara teman memang sempoiii...
Teman tanya lagi...Ali tak takut ke?
Dia jawap...mula2 takut.Lama2 okay cuma tak bebas je.Sebab dia ada di mana2.
Teman tanya lagi sekarang ni dia ada tak?
Ali tutup mata...ada!kat situ (jari dia tunjuk kesatu sudut)
Teman tanya lagi..dia buat apa?
Ali jawap dia tengok je...kalau tak baca surah atau apa ayat dia okay,kalau baca tu yang dia marah.
Teman tanya lagi..Ali macam mana nak tahu dia keluar ikut hidung?
Ali jawap macam sedawa gas coca cola.

Malam tu kami tidur antara nyenyak dan tidak.Ali akan sihat jika kite tak ganggu jin tu.Ali dapat tidur lena jika kite tak sapu minyak yang ustaz bagi.
Malam tu...ibu ayah tak ganggu Ali.Biarlah dia rehat,badan dia sakit akibat meronta ronta siang tadi.
Esok pagi..kami berbual2,bercerita tentang peristiwa semalam.Tetiba Ali bangun,tapi bukan Ali tapi jin tu.
Teman kata...dia marah kite cerita pasal dia..
Kami diam dan berlalu pergi.Bukan takut tapi...pergi atas alasan yang lain.
Sebaik Ali bangun,Ali cari ibunya...
Ibu!dia marah ibu cerita pasal dia tadi..
Opss!kang dah kata...Jin tu marah kite ngumpat dia.
Gelihati juga,macam main2 je..
Tapi...
Itulah pengalaman kami sekeluarga.
Bila Ali di rasuk dek Jin kafir.
Pagi tu...Ali dah tak memberi respon yang baik,dia banyak tidur dan diam sahaja,jika kite panggil dia untuk mandi atau sebagainya...
Tiada tindakbalas,Ali hanya diam tak menoleh.
Wah!makin teruk nampaknya.Semalam masih boleh bercerita,pagi ni ALi benar2 senyap!

Kami bertunda balik ke Kuala Lumpur,sepanjang jalan,Ali hanya tidur sahaja.
Sampai di Dengkil,ibu ayah,Ali dan adik2 berhenti untuk solat dan makan.Ali meracau lagi....Ali tak suka solat.Ali hanya mahu makan.
Tapi...
Ibu ayah tak putus asa...
Ali dipaksa solat.Ayah jaga Ali..Ayah pimpin Ali lembut.Lepas solat ibu ayah ajak anak2 makan.
Ali tanya ibu...
Ibu dia nak daging.
Ibu bagi signal kat Ali tak boleh.
Ali meracau lagi...
Ali kata...ibu!dia suruh saya bagitahu ibu,dia sangat marah sekarang!
Ibu takut tapi ibu buat tak tahu....ibu tak melayan.Perjalanan di teruskan hingga sampai ke rumah.
Malangnya...semakin hampir sampai kerumah,Ali makin kuat mendengus.Ali meracau menjerit memanggil emaknya.
Emak...emak...mula2 lahan,lama2 kuat dan menakutkan.
Ibu terus ajak ayah kemasjid,ibu takut Ali akan lari masuk hutan.
Jiran tetangga datang memberi bantuan.Malam tu..sekali lagi Ali di beri rawatan.
Ali merayu,menangis,merintih mohon dilepaskan.6 lelaki dewasa memegang Ali yang kecil pun tak mampu.Mereka tak kuat untuk menahan Ali.Malam tu Ali sangat kuat!Ali sangat bertenaga.
Ustaz kata...keluarlah!
Di pujuk rayu,akhirnya jin keluar dan kemudiannya masuk kembali.
Ustaz mengaku kalah,bukan semua ustaz mampu halau jin dari badan.Sekali jin meresap kebadan.Jika tak bertemu ustaz yang serasi,bertahun2lah jin akan menetap kat dalam badan kite.
Ustaz angkat tangan...tak boleh,saya hanya mampu tenangkan sahaja.
Malam tu sekali lagi.Ali tidur bersama jin yang bernama Gadah.
Ali kata...ibu...dia dah cedera parah!lada hitam yang ustaz baling kat dia dah buat dia tak bermaya.
Ibu dengar sahaja.Dalam hati antara benar atau tidak....masalah ini harus diatasi secepat mungkin.

Esok pagi,seperti yang dijanjikan...
Ibu kejut Ali dari tidur..Ali tak mahu bangun,Ali tanya..nak pergi mana dengan suara lemah.(sebenarnya bukan Ali tapi Gadah)
Ibu jawap kite nak pergi jalan2..
Dengan lemah Ali(Gadah)bangun longlai..
Sebaik kereta melintasi pokok asam tu...Ali kata..itulah pokoknya.
Ibu ayah buat tak tahu...dengar tapi tak melayan.Dalam hati...fokas untuk keluarkan Gadah sahaja.
Sampai disimpang,Ayah jumpa ustaz yang bantu Ali semalam.
Ayah turun kereta dan berjabat tangan dengan ustaz..
Ustaz tanya nak kemana?
Ayah jawap nak berubat kat Kajang.
Ali dengar dan spontan berkata...ibu tipu.
Ibu diam buat tak dengar,sepanjang jalan semua diam membisu seribu bahasa.
sampai di tempat yang dituju...Ali lari ke bilik air..
Ali tak peduli semua orang Ali lari terus!
Ibu tunggu Ali..dengan sabar.

Bila dia sampai,ibu tanya kemana?
Ali jawap bilik air,Gadah takut....
Ibu diam je,dalam hati...dah macam sedara je siGadah tu.Tapi demi Ali,ibu tahan hati nak marah,ibu layan Gadah macam anak sendiri.
Dalam bilik tu,Gadah dah semakin lemah,dia kata dia nak keluar tapi ada barang tertanam depan rumah.Dia minta di buangkan barang2 tu.
Bila ditanya barang2 apa?
Ali jawap 4 ekor ayam yang di tanam dekat pokok kedondong.,dan sebotol menirel kosong yang dicampak dalam lurah bawah tu.
Ibu panik,macam mana  nak cari benda2 tu..ish!macam2 si gadah ni.

Ustaz beri amaran kat Jin..
Jika kau bohong!aku akan bunuh kau!
Teman kata..mana boleh kite cari ibu,benda2 ghaib lawannya ghaib juga,orang pandai2 je yang mampu bawa keluar barang2 tu.
Ibu jawap ustaz kata boleh!korek je...
Demi ibu,ayah dan Ali...jiran2 membantu sedaya mampu.
Dengan bantuan ALi merangkap Gadah....tempat yang dimaksudkan di tunjuk dengar jari...dia tanam kat situ..
Malangnya tak ada,tak jumpa apa2 melainkan tanah kering kontang.
Ibu rasa marah,ibu kata...Si gadah tipu kite.
Ali kata..tak ibu,Gadah kata dia tak tipu.

Ibu kata...kalau tak tipu mana dia?ibu dah penat ni...
Ali kata tanya Osman.
Ibu jawap mana boleh tanya Osman!nak gaduh boleh lah!
Ibu keras lagi...mana dia?
Ali jawap tanya Osman.
Ibu kata...Osman mana?
Ali jawap Osman belakang rumah.
Ibu tak mahu dengar ibu tak mahu menuduh,ibu tak mahu nanti ada jiran yang berkecil hati.Ibu panik!ibu harap Ali cepat sihat,nampak gayanya....payah lah kalau begini.HUH!

Tetiba datang seorang lelaki yang di kenali,menghulur bantuan.Setelah diterangkan..
Lelaki tu pun membantu mencari barang2 tersimpan dengan kepandaian yang ada.Sebaik jumpa dalam alam ghaib,barang tu dihapuskan.
Dengan rela hati..Gadah suruh matikan barang2 tu.
Lelaki tu tanya...lepas ni kau nak kemana?
Gadah atau Siti Khatijah nama islamnya menjawap dengan lemah..Madinah.
Lelaki tu tanya lagi..nak pergi sendiri atau aku uruskan?
Siti Khatijah menjawap dengan lemah...sendiri.
Tetiba Ali kata...ibu Gadah nak bercakap dengan ibu sendiri.
Dengan perasaan takut ibu dekatkan telinga ke bibir Ali..
Ali untung...Ali ada emak,aku dah tak ada emak...
Ibu jawap..tak pe,nanti kite baca yassin doa yang baik2 untuk emak ya...
Gadah kata lagi aku tak mahu emak baru,aku nak emak lama...sambil teresak2 nangis.
Ibu pun sedih...ibu pun rasa nak menangis.
Tapi....jika Gadah atau Siti Khatijah ni manusia.Pasti ibu jaga Gadah,pasti ibu ambik buat anak angkat,apatah lagi ibu tak ada anak perempuan.Tapi..Gadah bukan manusia,Gadah jin yang tinggal berasingan dengan kite.
Ibu pujuk Gadah,ibu kata baik2 kat Gadah.
Ibu tanya...kenapa kacau Ali?
Gadah jawap..sebab dia tak kuat iman.
Ibu macam nak gelak,ibu tahan...ada sesuatu yang boleh di kongsi di sini.
Orang yang tak kuat iman,tak rajin solat,jiwa kosong...mudah di rasuk dek benda ghaib.
Akhirnya...
Gadah keluar dari badan ALi dengan rela hati.

Teman dengar pun tersentuh hati...
Teman dapat rasakan betapa kecewanya Gadah bila emaknya mati.Gadah jin muda,baru berusia 17thn,jin yang nakal tapi taklah jahat sangat.Jin yang menurut kata akhirnya...

Teman yang berada di sisi Ali 2 hari yang lalu,turut rasa sedih...
Gadah atau Siti Khatijah telah pergi,baiknya...dia bukan lagi jin kafir tapi jin islam.
Dia tak lagi duduk dihutan tapi di Madinah tempat Nabi berada.
Selamat jalan Gadah..
Selamat tinggal Siti Khatijah!
Semuga kite akan jumpa di sana nanti.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK