KERANA PULUT SANTAN BINASA,KERANA MULUT BADAN MERANA...

PERIBAHASA....

Semalam,teman baca kat group sekolah...
Kawan2 teman sedang bercakaran.
OMG!
Hari2 lalu,comolot!hari ini dah bercokak bagai!
Hari2 makan sama2,borak sama2...
Hari ini dah bergaduh?
Benarlah pendapat orang bijak pandai,orang melayu susah nak sepakat.Kalau sepakat ada sahaja batu apinya.Benarlah kata ustaz...dua orang pasti ada orang ke3 di tengah2nya....
Zahirnya manusia tapi hakikatnya syaitan yang di rejam.

Teman ditanya tentang status seorang kawan...
Janda atau isteri orang?Dengan tak bersalah teman kata isteri orang!
Kawan tu tercopong mulut!
Habis tu,dia ikut kawan lelaki kite tu kenapa?
Teman jawap...tu yang aku pelik,aku ingat ko orang suka,sporting.
Kawan kata....kami tak tahu...
Teman kata...perkara ni dah lama aku tahu,sejak mula2 jumpa dulu,dia sendiri yang cerita.Bukan orang lain.
Kawan teman ternganga mulut,laaa selama ni kami subahat ke?
Teman gelak...yalah tu....nasib ko orang la...
Kawan kata...aku mati hidup ingat dia janda.Patut le susah sangat nak kahwin.

Teman jauh,mereka yang hari2 jumpa,hari2 lepak sama..
karoeke bagai!
Subahat lah kan?
Kawan teman susah hati..
Katanya..kalau aku tahu,pasti aku tak bersekongkol dengan dia.
Teman tanya balik..kau tak pernah tahu ke?cerita ni aku tahu dari tahun 2011 lagi.
Dia balas..aku tak tahu!sumpah aku tahu...

Apa nak susah..
Kite bukan budak kecil,kawan kite tu pun dah nak bermenantu,tak kan le benak sangat bab hukum hakam ni.
Cakap pandai,tak kan le bab2 ni kite nak ajar dia!
Kawan kata...aku tahu,tapi dia selamba je,dah mula berani pegang2.
Teman gelak je...habislah kau orang,subahat!

Teman tanya,kenapa dalam group tu macam pelik je...Macam orang bergaduh.
Kawan jawap kau tak tahu,kes ni berlanjutan pula dengan kes lain.Dia dah buka cerita macam2,dia kata si Lela dengan si Mamat bercinta,si Gayah selalu turun naik hotel dengan si leman.
Dia dah buka cerita kat luar group kata diaorang macam2.
Teman pula tercopong mulut..laaa kenapa macam tu?mana boleh kata macam tu,nanti pasangan masing2 tahu jadi kecuh pula.
Kawan teman jawap tu lah pasal!berani betul dia...

Terbayang dimata..
Orangnya kurus kering,dengar2 dia sakit.Dengar2 sakit dari hasil buatan orang.
Teman satu sekolah tapi teman tak berapa kenal.Sampai sekarang teman blur...
Tapi kawan lelakinya teman kenal.Sekelas masa tingkatan 1.
Tak sangka pula begini akhirnya...
Berbaik2 lama2 bercokak pula.
Sayang...
Bukan senang nak jumpa kawan2 lama...
Hanya kerana mulut seorang,semua orang hangat semacam.

Teman tak setuju,teman tak berapa gembira bila dapat tahu...keadaan mereka begitu.
Tu sebab orang kata...
Baik perpada pada jahat jangan sekali.
Tu sebab orang kata...
Kaki jalan,mulut tinggal...jangan jalan kaki jalan mulut.
Boleh bikin rebut jika kaki jalan mulut jalan.

Yang pasti...
Mujur teman duduk jauh,mujur teman ni garang sikit,tak kena di mata...
Satu das teman bagi...
Pada teman...
Tiada istilah dah tua2 nak bercinta lagi.
Rumah kata pergi,kubur kata mari...
Begitulah adanya...
Kelakau lah u all ni!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK