KERAJAAN ANGKUT BANGLA 1.5JUTA HANYA KERANA BELIA TAK SUKA KERJA KASAR2

YA KE?

Cerita ni dah lama...
Dari tahun lepas,cerita ni dah timbul.
Di bantah bagaimana pun,kemasukkan tetap jadi.
Keputusan kerajaan tetap...MASUK.
Bantahlah macam mana sekali pun,jawapan...tetap MASUK.

Dalam minggu ni,timbul balik isu ni..
Kerajaan bawa masuk 1.5JUTA atas permintaan majikan.
sakit dada ni,bila fikirkan kerajaan kite sekarang.
Kerana nak kekalkan kuasa sanggup angkut warga asing atas alasan tuntutan industri.

Bila kecuh2...
Kerajaan slow sikit...
Diam sampai reda isu ini.
Tup2...Keluar balik.Kerajaan jadi masukkan warga asing untuk penuhi permintaan majikan.Walhal...ramai rakyat kena berhenti kerja.
Ramai rakyat tak ada kerja.
Dalam hidup kite,jika dah terdesak apa kerja pun kita akan sapu.Apa peluang pun kite akan sakau.
Tak ada sebab kerajaan nak angkut warga asing untuk penuhi permintaan majikan.
OMG!sakit,sakit...kerajaan kite semakin sakit.

Dari tahun lepas,teman ada terbaca...kemasukkan ini melibatkan adik TPM kite.
Urusan kemasukan ini di uruskan oleh syarikat milik adik TPM.
Boleh gitu?
Apa sebenarnya perasaan mereka.Dalam kegawatan ekonomi macam ni,sanggup menakuk di air yang keruh.
Rasa benci,rasa sakit hati begitu mendalam dalam hati teman..
Sakit betul hati dengan mereka.Tak cukup kaya kah?tak cukup lagi ke harta untuk di himpun?
sampai bila kite nak lihat gelagat mereka?
Ya ALLAH...kau tunjukkan kekuasaan mu terhadap mereka.Kami benar2 teraniaya dengan perbuatana mereka.
kami gajikan mereka untuk bekerja bukan untuk jadi Qarun,bukan untuk jadi Amman bukan juga jadi Fir aun.

Kami sedar...di hujung2 hayat dunia...
Pemimpin akan jadi singa,penasihat akan jadi serigala,hakim akan jadi anjing gila...
dan kami rakyat jelata akan jadi kambing.
Hanya mampu mengikut telunjuk mereka.
Tak sanggup rasanya nak jadi hamba mereka.Nak penuhi nafsu serakah mereka.
Tak sanggup...

*Sebuah syarikat milik adik TPM sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyrdiakan satu sistem pengurusan bagi 1.5JUTA pekerja Bangladesh,Malaysia berhasrat membawa masuk mereka untuk memenuhi permintaan industri,dimana adiknya Abdul Hakim Hamidi adalah pengerusi eksekutifnya.
Ketika di hubungi,Hakin mengesahkan perkara itu tetap menekankan bahawa ia bukan satu kontrak kerajaan,sebaliknya kata beliau,ia adalah kerjasama Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (BAIRA).
Kami mempunyai model sistem di mana kita akan mendapat bayaran untuk satu pekej dan kite boleh menghantar orang dengan bayaran RM3000.00 termasuk tiket penerbangan.Sekali lagi Hakim menekan..ini bukan kontrak kerajaan,ya benar kerajaan telah meluluskannya kerana ia melibatkan rakyat tetapi kerajaan hanya memantau sahaja.
Hakim juga berkata Abang saya menteri tapi saya seorang ahli peniagaan,ini negara demokrasi dan saya boleh buat apa sahaja,selain menjadi pengedar dadah.
Katanya lagi Di malaysia ni sangat susah.Jika abang saya seorang menteri,saya tak boleh buat apa2.Mereka mahu kami jadi penganggur.

Bukti walaupun tak jelas...
Isu ini wujud dan isu ini benar2 sedang di usahakan.
Selain itu,TPM sendiri berkata...BELIA kite tak minat dengan kerja2 kasar,tak minat nak lakukan kerja2 kotor.
Atas sebab tu.....kerajaan terpaksa membawa masuk 1.5JUTA warga asing untuk memenuhi permintaan itu.

Entahlah....
Teman rasa benar2 kecewa,benar2 rasa sakit hati.
Benar,anak2 kite bermasalah,tapi kite tetap kena atasi masalah mereka dengan memberi peluang2 yang lebih baik.
Benar2,anak2 kite kelebang.Tapi tak semua macam tu...
Ada yang lebih rajin dari Bangla.

 Masalahnya...
Awal2 lagi seorang bakal PM terus menghukum!tanpa berusaha mengatasi masalah tu.
Terus angkut 1.5JUTA untuk menutup kepincangan yang ada..
Patut ke?


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK