JIN OH JIN...2

LOGIK ATAU SEKADAR REKAAN,HANYA ORANG YANG MELALUI SAHAJA TAHU
SIAPA ITU JIN.

Jin atau makhluk halus memang wujud,cuma kite tak boleh percaya sangat,jin juga makhluk ALLAH.
ALLAH jadikan jin dari api.
Jadi...Faham2 lah ya....
Jahatnya mengalahkan HANTU!

Anak sedara teman di ganggu lagi.Dari hari kejadian,dia hanya berehat sabtu dan ahad sahaja.
Ingatkan dah selesai,Adik teman muka dah merah!
Bila kite call,suara pun nampak bahagia.

Semalam,dia bagi WhatsApp kat group keluarga.Katanya...anak pengsan,cikgu hantar gi klinik.Mohon doakan kami sekeluarga.
Sedih kembali...
Tak terkata walau sebaris ayat.
kena lagi?
Semalam elok je berbual dengan teman..
Dia anak baik,lembut dan sempoiiii je..
Marahlah bagaimana sekalipun,dia tak ambik hati.

Teman ada seorang kawan,dia ada saka.
Dengan bangga dia kata dia ada saka 7 ekoq!
Semua datuk nenek dia...
Dek kepakarannya,teman ada cerita sedikit tentang anak sedara tu.
Dia kata...kalau sekali dah masuk,susah nak keluarkan kecuali jumpa ustaz yang serasi.
Bila teman tahu gadah dah keluar,teman kata pada dia...anak sedara saya dah okay,jin tu dah keluar.
Dia hanya senyum je...
Katanya syukur....tapi anak sedara kau tu mudah dapat yang lain.
Dalam hati...sudah!kesian adik teman tu,bukan orang berduit,orang biasa2 je macam teman.kalau dah kehulu kehilir bukan tak berduit.Selangkah duit,dapat tangkap atau tak,duit tetap kena hulur sebagai tanda terima kasih.

Kali ini,perkhidmatan Gadah@Siti Khadijah di perlukan.
Kali ini,lebih ganas lagi!terus terang tak mahu solat!katanya dia jin kafir tak percaya semua tu.
Adik ipar kata sudah!lagi teruk dari si Gadah!
Gadah di panggil,supaya pujuk si Jal.Sijal kawan baik emak si Gadah.Tak boleh terima cara kematian mak si Gadah.
Entah apa yang tidak puas dek hati...
Kali ini Jal datang membawa 300 ekoq jin.
Dia mohon agar adik teman minta maaf dari semua jin2 yang ada di kawasan tu.
Bunyi macam kelakar tapi itulah yang berlaku,

Teman borak dengan kakak,boleh ke percaya?Tak syirik ke?
Kakak teman hanya mampu kata entah!aku pun dah keliru.
Paling hari biru,jin tu tak kasi adik teman cerita dengan sesiapa,dia akan marah bukan kepalang.
Jika kami bertanya,adik teman akan keluar sekejap dari rumah dengan alasan rumah dia ada seekor jin yang pantau.
Sudah!dalam hati teman....adik teman dah teruk.Mula percaya dalam terpaksa.
Teman faham,demi anak,dia terpaksa lakukan.
Mohon ALLAH ampunkan dia..Ampunkan kami..
Kami tak daya...
Kami tak terlawan benda2 ghaib ni.
Kami tak nampak mereka,kami tak sengaja buat salah.

Jal kata...setiap anak2 adik teman ada buat silap,baling buah,baling batu...sehingga kena orang2 dia.Kemuncaknya bila emak si Gadah mati dek lantunan putik buah asam.
Jal kata lagi....dia marah bila adik teman sapu jalan,kemaskan kawasan dia.
Adik teman tak tahu...Jal.Adik teman tak nampak jin2 yang ada...
kalau nampak,mati hidup balik!adik teman tak akan beli rumah kat situ.Percayalah!
Jal kata lagi...jika kemaafan tak di pinta,300ekoq jin akan datang serang rumah adik teman.
Subhanallah!tak tahu gaya mana jal akan serang rumah tu.
Jal jin paling ungkal!
Dia dah beri amaran,jika baca atau solat,badan anak sedara teman akan kepanasan.
Amboi.....ganas gila!
Awal2 dah beri amaran.Elok lagi perangai di Gadah.Bila solat,dia diam je...
Teman kata...Si Gadah jin muda,masih kurang ilmu untuk kenakan orang.Kali ni,Si Jal datang menganggu dengan seribu satu macam persoalan.

Cerita mereka berkait.
Adik kata dah macam drama!kite letih betul.
Teman kasihan mendengarnya,teman boleh bantu untuk perkara yang nampak,bab benda ghaib2 ni,mati hidup balik!teman mati akal...

Lepas ni,rumah adik bukan pilihan.Awal2 Aaliya dah kata...tak mahu pergi rumah usu,saya takut...
Sudah!bila ikut suami bertugas,atau nak balik keJohor,selalunya rumah dia jadi persinggahan.Kali ini...kena fikir 10kali jika nak bermalam.
Bukan takut tapi...kurang keyakinan sepatah kata Alif.

Esok teman akan tahu samada Si Jal dah blah atau belum.
Esok teman akan tahu samada cerita ini benar2 telah berakhir atau belum.
Esok...
Segalanya akan terbongkar.
Apa2 pun....teman harap Si jal atau si gadah atau si tenuk...pergilah.
Jangan ganggu dia lagi....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH