JIN OH JIN 4

AKHIRNYA....

Mak teman datang dari Johor,singgah bermalam kat rumah adik teman kat Rawang.
Baru sebentar borak dengan mak,macam mana anak adik?
Mak kata...entahlah,rasa2 dah selamat.
Adik teman pun dah buat pulut kuning sebagai tanda kesyukuran atas segalanya.

Mak kata..kesian tengok orang yang ubat tu,kalau beri RM20inggit memang tak berbaloi!
Kesian mak tengok,berpeluh2 melawan jin 2.
Teman teruja,teman tanya macam mana mak?
Mak kata...dia gaduh2lah!tapi dia je yang tahu,kite cuma tengok juga.Sesekali ada dialog antara mereka.

Teman  tanya lagi...sekarang dia dah okay ke?
Mak jawap...nampak okay,tak tahu le...esok lusa.
Agak lama kami berbual,sebelum mak beri ganggan phone kat adik.
Kesian adik teman..demam,batuk dan selsema.
Manakah tidak.dari Raya Cina lalu,dia sibuk uruskan anak2.

Teman buka kata...okay dah?
Dia jawap insyaALLAH,harap macam tu le...
Semalam,Pak Ali datang,berbincang dengan wa,jin yang degil asyik nak berperang je tu.
Sebelum tu,wa kata dia nak bawa jin naga,tapi malangnya...jin naga tak mahu campur,wa bawa 5 orang jin yang lain.Wa di bayangkan sebagai jin tentera berkuda.
Kira2 pahlawan perang lah...
Wa bawa 5 rakan karib.
Kenapa Wa marah?Sebab ada ustaz dah bunuh emaknya.
Dari awal cerita,emaklah punca anak jadi pendendam.
Gadah marah sebab mak dia mati,Jal marah sebab kaki suami turur kena baling dengan bola hingga lumpuh.Ki marah sebab kaki dia lumpuh dek nakalnya anak2 adik teman.
Dan sekarang Wa.
Wa marah sebab ada ustaz di Batu Arang bunuh emak dia.

Percaya atau tak....
itulah yang berlaku.
Cerita ni keluar dari mulut anak saudara teman.
Percaya atau tak....Tetap kena percaya sebab inilah yang berlaku.

Sambung lagi,semalam Pak Ali dah dera wa sampai mati,dah masukkan wa dalam botol,tanda berakhirnya  cerita ini.
5 ekoq kawan2 Wa dah balik ke hutan.
Wa mati dan minta ditanam kat depan rumah adik.
Pak Ali kata...ko jangan main2 lah,ko tak boleh minta di tanam di sini,ko kena buang di laut.
Wa mohon lagi...
Tanamlah aku di depan rumah ini.Ini kampung aku....ini tempat aku..
NAMPAK?
Jin dan kite tak banyak beza.Cuma kite dijadi dari tanah dan jin dijadikan dari api.
NAMPAK?
jauhnya beza kite....dengan dia.

Teman tanya adik..anak kau boleh nampak jin2 tu tak?
Adik jawap...nampak!
Teman kata lagi...kena tutuplah hijab dia,mana boleh layan benda2 ni.
Adik jawap...Pak Ali kata,ini keistimewaan anak kite.
Sudah!
Istimewa apanya lah kan?
Teman kata lagi...tak boleh,benda2 ni melekakan.Tengok ni,dah berapa hari dia tak sekolah?tahun ni nak ambik PT3.Kalau asyik tak datang je...payah juga tu.
Adik jawap betul..tapi dia tak nak buang.
Teman kata..tak  boleh,kau kena tutup.Susah kau nanti.
Adik jawap...yalah,nanti minta ustaz buatkan.

Teman tak pasti adik teman tu setuju atau tak.
Sebetulnya....semua ni karut belaka.
Jika ada pun,mungkin awal2 tu,bila dah mula merepek,teman dah rasa cuak.
Teman takut...
Esok masih ada jin dalam diri dia.
Kesian adik teman...penat layan kerenah anak2 lelakinya.
Kalau Gadah dan masuk islam,Jal tetap jadi jin kafir,mati hidup balik dia tak mahu masuk islam.Ki suami Jal...mungkin dah leka dengan kaki yang baru berfungsi.Wa  dah mati kena rejam dengan Pak Ali.
Percaya tak?
Mungkin esok akan timbul jin baru yang bernama.
Mungkin Ros,Mungkin Hid,Mungkin Jib,mungkin la... Dah seterusnya.
Tunggu je le...

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK