JIN OH JIN 3

RUPANYA BELUM ADA JALAN PENYUDAH.

Awal pagi teman dah hantar pesanan ringkas kat adik..
Apa citer?
Tak berjawap...mungkin dia sibuk atau mata2 jin ada kat rumah.

Teman tunggu dengan sabar,teman tak mahu call sebab dia dah kata tak boleh cerita apa2 kat rumah,nanti jin2 tu marah.
Akhirnya lebihkurang pukul 11pagi,baru adik teman jawap..
Katanya....
Semalam,pukul 10malam,Jal datang...
Dia kata...daripada 300 ekoq jin yang nak berperang,hanya tinggal 170ekoq sahaja yang masih bersemangat kental.
Runding2 punya runding,mereka tetap nak berperang.
Gaya mana peperangan berlaku tak pula di gambarkan.
Akhirnya...Si Gadah dipanggil pulang untuk berunding dengan jin2 yang lain.
Selepas di pujuk rayu dek Gadah atau nama islamnya Siti Khadijah,hanya tinggal 100 ekoq sahaja yang masih nak meneruskan peperangan.
Lagi 70 dah dok tepi sebagai pemerhati.

Adik di wakili oleh jirannya yang pandai dalam bab ni,dia yang terjebak dalam pencarian benda yang di tanam di hadapan rumah adik teman.
(Cerita ni kena baca dari awal...JIN OH JIN 1)
Nampak so funny!tapi itulah yang berlaku.Tak tahu sampai.
Biar teman namakan wakil adik teman tu sebagai Pak Ali sahaja.
Selepas rundingan tak dipersetujui oleh 100ekoq jin tadi,PAk Ali terus memanggil Jin Islam.
Permintaan di persetujui,maka datanglah 700 jin islam.
Bila 100jin tu dapat tahu,700jin islam datang untuk berperang dengan mereka.
Maka berdedailah 99 ekoq tu dengan hati yang punah.
Mengapa 99ekoq?
Ahh!kata sini ada masalah sikit,ada seekoq jin masih mahu meneruskan hasrat untuk berperang.
katanya...dia akan menyerang lusa,maksudnya hari khamis 19hb Feb 2016.Dengan pertolongan Jin naga lah pulak!

Malam tadi,seekoq tu telah lari ke hutan dan rundingan tak dapat di teruskan.
Sementara itu,Si gadah telah meminta untuk bawa 13 ahli keluarganya ke Madinah dan urusan telah di sempurnakan oleh Pak Ali.
Jin yang bernama Jal dan keluarga masih kekal sebagai Jin kafir.Dah belum ada tanda2 mahu masuk agama kite.

Untuk pengetahuan..
Ini bukan cerita dongeng,tapi cerita benar yang kami tak pasti bila tamatnya.
Untuk berdamai adik teman kena ikut banyak syarat.
Jika mahu lakukan apa2 juga aktiviti luar,kena minta izin daripada mereka.
Jika nak meracun,hanya anak sedara teman seorang sahaja yang dibenarkan.
Jika merak mahu apa pertolongan,mereka akan minta melalui anak sedara teman.
Ini bermakna...anak sedara teman belum bebas lagi,dia masih ada hubungkait dengan alam ghaib itu.
Pendek kata adik teman tak boleh sesuka hati  melangkah jauh dari kawasan rumah.

Kesalahan anak2 di sebut satu persatu,yang pasti,anak lelaki mana ada main pondok2,mereka main bola,panjat pokok,main basikal....
Yang sulung tendang bola kena jin sampai patah kaki,yang nombor dua baling asam kena tepat kat mak Gadah dan mati,yang nombor 3 baling barang kena kat anak jin,yang kecik sekali pun ada buat salah!baling entah apa kena kakak jin.
Macam2 dunia jin ni,nak caya jatuh dosa,tak caya semua berlaku depan mata.
Pening....
Anak2 adik teman lelaki semuanya.
Mereka bukan anak dara nak main setempat.
Jin2 tu minta anak2 adik teman minta maaf.Teman makin keliru....
Teman takut adik teman ikut telunjuk jin lah pulak!
Teman takut kerana anak,adik teman jadi kalut.
Teman tak berani nak komen lebih2,ini masalah dia...
Anak dia dimasuki jin,anak dia yang meronta2,anak dia yang kepanasan.
Kite tak boleh nilai semua tu negetif,adik teman terdesak,anak dia jatuh pengsan,anak dia meracau...
Kite hanya mampu pandang,hanya tuan badan yang tahu betapa sengsaranya jiwa.

Cerita jin belum tamat,teman rasa jika diolah dengan baik,boleh buat filem hantu.
Anak sedara teman lagi sempoiiii....
Semua cerita boleh disampaikan dengan baik.Teman pun tak pasti apa sebenarnya yang berlaku.

Mudah2an...
JIN OH JIN tiada sambungan.
Cukuplah setakat ni,kesian adik teman...Penat jaga anak2.
Penat uruskan jin segala jin.
Teman cuba takut....Dia melenting!
Adik teman ni bukan boleh caya sangat.Kalau dah hilang sabarnya,mahu jin2 tu kena carut!
Masa tu...Wahai jin2 sekelian...
Jangan pula kamu marah ya...

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH