JANGAN PERCAYA,DENGAR SAHAJA

ITU SAHAJA YANG MAMPU DI LAKUKAN

10thn teman duduk di sini,teman hanya ada seorang kawan paling rapat.Orangnya agak berusia tapi sekepala dengan teman.
Banyak perkara kami dah kongsi bersama.
Marah anak,ngadu kat dia...
Teman tak ada sesiapa,emak jauh,adik kakak turut jauh.
Yang ada hanya dia.

Namun begitu,kami tak rajin bertandang,kami hanya minum kopi sama2,lepas borak ikut suka,kami pulang untuk menunaikan tanggungjawap sebagai seorang isteri dan ibu.Yang pasti,masak,kemas tetap dilakukan walau sesibuk mana sekalipun.

Hujung tahun lepas,dengar2 anak bujangnya nak bertunang.
Bila teman tanya..dapat orang mana?
Jawapnya kat sebelah Taman u.
Sebut taman tu,teman teringat sosial live anak2 penduduknya.
Ada berbagai2 masalah yang penduduk di situ hadapi.Mat Rempit,Minat Rempit dan segala bagai ada di sana.

Majlis bertunang pun diadakan...
Baru teman tahu...mereka duduk ditaman tempat teman belajar tajwid.
Sahabat tanya u kenal emak dia?
Teman jawap..macam kenal,tapi lupa kat mana,yang pasti bukan kat kelas tajwid teman.

Petang tu,ada kawan call teman..
Ko ikut rombongan pihak lelaki ke?
Teman jawap....ya,kenapa kak?
Kawan tu tak menjawap,tapi...teman dengar....dah jodoh nak buat macam mana?
Teman tanya..kenapa kak?
Dia tanya..dah lama kenal keluarga perempuan tu?
Teman jawap saya tak tahu..
Dia kata lagi...dah tunang nak buat macam mana lagi.
Teman tak seronok mendengarnya.Teman tanya lagi...kenapa kak?cubalah cerita,akak buat macam ni saya jadi serba salah.Kesian kawan saya tu.
Dia diam...tak ada apa lah....
Agak2 anda,patut ke teman abaikan,paling tidak kite mesti cuba selamatkan sahabat kite kan?

Akhirnya kawan tu cerita...
Perihal emak budak perempuan tu.emak dia seorang janda,bekerja,kuat berhutang dan tak rajin membayarnya,kuat melangsang!(kaki gaduh).
Teman dengar je..
Sumpah!sebenarnya cerita ini buat kite terbeban.Tapi kite boleh buat apa sebenarnya.
Nak ngadu takut sahabat tu percaya.
Nak ngadu takut orang kata kite dengki.
Nak ngadu takut anak2 sahabat teman tu benci teman.
Langkah selamat...biarkan sahaja.
TAPI...
Teman tak sampai hati,dia baik...

Lama teman pendam hati,lama teman mendiamkan diri.
Teman takut dia tak percaya dan teman tak mahu dia fikir yang bukan2.
Setelah berbalah dalam diri,teman akhirnya  mengalah,dan meluahkan semua isi hati .

Tujuan teman...
Bukan nak halang perkahwinan mereka tapi...
Menyuruh dia bersiap sedia.
Berjaga jaga melayan kehendak besan barunya tu.Berjaga jaga melayan menantu yang belum tentu baik dengan dia.
Apa2 pun...teman doakan agar mereka selamat.

kelmarin,dulu kini...semua cerita busuk yang teman dengar.
Mak dia itu mak dia ini..
Dan menantu tu pun ada macam2 keletah.Teman tetap tak mahu tahu sepenuhnya.
Nak buat apa?
Cakap teman hanya serpihan suara2 sumbang di pagi hari.
Teman tahu tu..
Biasa orang tengah suka akan menutup semua keburukan.

Tak perlu kata orang,kite pun sama...
Tengah suka,kentut pun bau wangi,bila dah tak suka....suara bak buluh perindu pun dia suka berhenti bercakap.
Alasan...telinga rasa nak pecah!bila dengar suara kite.

kelmarin teman dengar lagi,bila balik mengaji,ada sahaja rungutan yang mereka nak teman tau.Teman tak tahu nak kata apa..
Ini bukan urusan teman..
Ini juga bukan urusan sahabat teman tu...
Ini kes terkecuali.

Apa2 pun...teman bagitahu juga sahabat,teman kata...sekadar untuk pengetahuan,jangan pula percaya bulat2,tapis sikit..
Kadang2 orang pandai cakap,maksud kite tak tahu..
Kadang2 orang bagitahu untuk pengetahuan sahaja.Bukan lah sampai tak jadi kahwin.
Sekadar tahu dan abaikan.

Paling tak boleh terima,bila rakan taulan sampaikan pada teman si ibu percaya benda2 ghaib.Perkara lain kite boleh terima,benda2 ghaib kite sukar nak terima.
Itu yang teman beritahu sahabat...
Hati2lah...benar atau tidak!
Berhati2lah...wahai sahabatku.




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK