GELODAK POLITIK DI KEDAH

ANTARA MUKHRIZ DENGAN BASHA

Teman agak tertinggal isu ni,baca sahaja tapi tak ambik kisah sangat.
Politik Malaysia dah semakin kalut.
Najib semakin berani dan mula mengunakan kuasa yang ada.
Siapa yang dia tak berkenan akan di cantas habis habisan.

Kadang2 timbul rasa meluat dengan politik kite.Salah laku banyak sangat.Salah pakai duit pun macam tak berdosa.
Walhal...harta rakyat jelata.
Faraid ikut suka.Ada yang tak suka...ada yang biasa2 saja,ada yang lantak ko orang lah!
Apa2 pun..kite kena fikir juga nasib anak cucu kite.
Sekarang kite bahagia,esok lusa belum tentu kite sejahtera lagi.

Teman tak sokong Mukhriz,teman juga tak sokong Basha.
Pada teman dua2 tu bukan idaman hati.Teman berkecuali,walaupun begitu,bila hari mengundi,teman dah tahu parti mana yang patut teman sokong.
Undi adalah rahsia.

Awal2 lagi...teman dah tahu...Mukhriz pasti kena.Gara2 kelancangan mulut Tun berkata kata,mengkritik Najib terang terangan.
Gaya Najib nampak cool,dalam cool....dia cari jalan nak hapuskan musuh politik atau balas dendam.

Tup2....ada pakatan jatuhkan Mukhriz.
Tup2....tahu2 Mukhriz letak jawatan dan lusanya Basha angkat sumpah sebagai MB Kedah yang ke 12.
Desas desus mengenai Basha mula kedengaran..
Tak ada SRP tak ada SPM,kuat tido dan sebagainya.
Kata muktamat dah ada...
Basha akan gantikan Mukhriz.
Rakyat jerit lah kuat mana,rakyat bangkanglah segila mana...
kata putus dah ada...
Mukhriz patut letak jawapan untuk beri laluan Basha di julang.

Sebaik buka pintu,teman terlihat majlis perlantikan MB Kedah yang baru.
Wah!ada siaran langsung ke?
Hebat sungguh Basha...
Sehingga masuk TV.
Kesian Mukhriz....dah tak ada apa2..
baru berani kritik Najib PM kite yang bersahaja tapi........
Duit banyak ooooo..

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK