FACEBOOK

ADA BURUK ADA BAIKNYA.

Sahabat mula bicara,adik saya mahu bercerai kak.
Teman bulat mata,kenapa?
Sahabat kata Facebook.
Teman jengkil mata...apa?facebook?kenapa?
Dia jawap...isteri dia ada kawan baru.Sekarang dah keluar rumah.Dengar2 jumpa diFacebook.

Tercopong mendengarnya...
Gara2 Facebook,ramai sungguh kawan2 yang merana.Suami isteri sama naik.Jumpa kawan lama,tinggal orang yang lama duduk disebelah.
Teman tanya....adik u?
Sahabat jawap adik i tetap nak isteri dia.Suruh cerai pun tak mahu,walhal...isteri dia tak mahu dia lagi.
Apa daya lagi,teman hanya mampu geleng kepala.Ralat kat hati,macam mana lah boleh jadi gitu?
Sedangkan Facebook bukan penyebabnya,Facebook hanya media sosial yang ada di alam maya.Dia bukan manusia yang boleh berkata kata atau berjalan jalan.
Sahabat sambung lagi,adik i tengok kat Facebook,dia gambar dengan lelaki muda peluk2.Bila ditanya dia jawap adik je...Boleh ke kak?
Teman rasa nak gelak.Kalau adik mana mungkin kite peluk2?Gila ke apa!

Cantik ke ipar u tu?tanya teman lagi..
Dia jawap tak cantik lah kak,badan besar...
Dalam hati...tak cantik,badan besar....ehmmm......inilah yang di panggil muka buruk perangai pun buruk!
Bagi teman...apa pun alasan,perempuan yang dah berkahwin dia tak patut ada hubungan dengan lelaki lain,tak kira alasan apa sekali pun.Bagi teman perempuan yang dah berkahwin,dia tak sepatutnya memdedahkan diri,mendedahkan aib suami atau keluarga pada pihak ketiga.Salah besar dan berdosa.
Selalunya perempuan yang baik,dia tak akan ada teman lelaki sebab dia dah kahwin!Bila orang perempuan telah berkahwin maka terputus segala hubungan yang tak sepatutnya.
Itu pendapat teman lah...
Mungkin orang moden lain,lain pula pendapatnya.
Bagi teman itulah...TAK BOLEH!

Cuba perhatikan emak kite,nenek kite atau orang2 dulu...
Kite jarang dengar cerita2 curang kecuali kes2 terpencil sahaja.
Tapi sekarang...
Tiada lagi yang mustahil.Semua pakat ramai2 kahwin cerai ikut suka.
Alasan remeh2 belaka.

Kes sahabat teman ni normal.Tapi teman tak suka bila mereka kata Facebook jadi puncanya.
Facebook media sosial yang baik.Dari sini teman jumpa saudara mara,rakan taulan yang terpisah berpuluh2 tahun.
Dari Facebook teman beramah mesra dengan sepupu sepapat.
Bila jumpa kami dah tak kekok berborak.
Kami boleh sembang cantik punya!

Jangan lah kerana nyamuk seekor kelambu dibakar
Jangan lah kerana nila setitik susu sebelanga di curahkan.
Semua berlaku dengan niat dan kemahuan sendiri.
Bagi teman..nawaitu baik,maka baiklah jadinya.

Kepada sahabat....
Jika ipar u tak mahu lagi kat adik u...
Baik suruh je adik u cari bini baru.Kat Malaysia....petik jari je,bersusun perempuan untuk dikahwini.
Tak percaya?
Cubalah petik jari tu....hehehe

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK