EDAH WANITA KEMATIAN SUAMI

4BULAN 10HARI SAHAJA.

Bila kite kematian suami,kite akan di panggil balu,bukan janda.
Bila kite kematian suami,kite mesti sedih tahaf tertinggi.
Bila kite kematian suami,maka bermulalah edah yang di maksudkan.
Iaitu :
Tak dibenarkan berbiasa (bersolek,berhias macam orang nak pergi kerjakahwin)
Tak boleh keluar rumah kecuali darurat.

Teman tahu tu semua...
Edah ni hukum dari ALLAH.
ALLAH tetapkan semua tu,ada dalam Al Qur an,surah Al Baqarah.
Ayat berapa tak pula teman  ingat tapi ada didalam nya.
Tercatat hukum hakam tentang edah kematian dan edah cerai hidup.

Tadi ustaz luangkan masa mengulas isu edah.
Cerai hidup...3 kali suci.
Kak Min tanya...kalau perempuan tu datang bulan tak menentu ustaz?
Ustaz jawap 3 kali suci. TITIK
Kak Min tanya lagi...kalau waktu cerai isteri tengah haid?
Ustaz jawap kalau begitu,edahnya kena anjak ke depan lagi.
Kak Min tanya lagi...kalau cerai mengandung ustaz?
Ustaz jawap....kalau mengandung,edah akan mula lepas bersalin.Jika hari ini bercerai esok bersalin!makanya dah jatuh edahnya.
Kak Min tanya lagi..ustaz,macam mana isteri yang ke kubur?
ustaz tanya...Tak boleh!isteri tak perlu ke kubur,lepas suami dia meninggal,terus kena duduk dalam rumah kecuali terpaksa.Contohnya tiada orang bantu ke kedai untuk beli makanan,bekerja atau urusan2 yang terpaksa dia sendiri pergi.
Kalau pergi juga ustaz...teman menyampuk.
Ustaz jawap...kalau nak dosa,pergilah...
Mudah ustaz bagi jawapan..
Semua dah termaktub dalam hukum hakam.

Sebenarnya kite yang sengaja meremehkan hukum.ALLAH dah tetapkan.
Kite sengaja mempersoalkan.
Satu demi satu kite minta huraian,walhal...kite dah tahu..Tak banyak sikit,kite semua dah tahu.
Dalam edah,kaum ibu tak boleh keluar rumah,jika tengah buat haji sekalipun!mati sahaja suami,terus kena stop buat haji,kena duduk dalam bilik sehingga pihak TH uruskan hantar balik Malaysia.
Orang yang tahu agama,banyak ilmu akan faham...
Orang yang tak tahu agama,dan cetek ilmu akan terus mempertikaikannya.

Balik dari kelas,teman terus call kakak..
Teman kata...kalau aku cakap kau mesti tak suka.Sebenarnya..pergi kubur pun tak boleh walaupun niat kau baik.Lepas edah baru boleh pergi.
Kakak teman kata...ya ke?pergi kubur pun tak boleh?peninglah ada yang kata boleh..
Teman kata...terpulang kat kau,aku ada tanya ustaz...dia cuma nak baca yassin ustaz?
Ustaz jawap...jika dia mahu berdosa.Terpulanglah....Jika dia mahu keredaan ALLAH ikutlah tempoh edah tu dengan baik.
Teman kata...antara suka dengan tidak,kau ikutlah...
Kau boleh pergi kerja macam biasa,cuma tak boleh singgah sana sini.
Kakak tanya..kalau aku gi makan?
Teman jawap..kalau kau keluar atas urusan kerja atau apa pun,kalau dah lapar,makan lah!tapi bukan kau sengaja nak keluar makan2.

Sememangnya cakap cukup senang,nak buat tu yang susah.
Teman faham...
Tapi apa nak buat,kite kena kurung bila suami mati.
semua tu untuk kebaikan.
ALLAH tak zalim,ALLAH dah susun atur cukup cantik.
Antara kite bertaqwa atau tidak?
Inilah ujian pertama buat kite bakal2 balu.
Jika kite mati dulu,tiada lah ujian tu buat kite.
Jika suami mati dulu.....
Kite pasti serupa macam yang lain.
Boring.....menunggu tamatnya edah 4bulan 10hari.

Islam tu mudah,tapi kite yang menyusahkannya.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH