CELOTEH ANAK2

KADANG2 SAKIT HATI JUGA DIBUATNYA.

Alif demam,sejak balik dari Johor Bahru.
Deman dia tak berkurang walaupun dah di pantau dek Doktor.
Risau juga...takut denggi atau virus Zika.
Apa2 pun harap anak teman cepat sembuh.

Doktor ada bagi MC sehari.Doktor kata kalau tak baik,elok le cuti.Dan cuti tu tertera 15hb Feb 2016.Teman kata kat suami,apasal doktor bagi MC awal sangat?Biasanya 3 hari tak baik,kena datang balik dan baru di beri MC.
Suami jawap entah,saya tak tahu,doktor bagi,saya ambik je..

Sejak tu...anak bujang teman mula menrenggek nak kan MC tu.Hari2 dia kata dia masih demam,dan rasa perlukan MC tu.
Teman kata...kite tak boleh lari dari masalah,kite tinggalkan masalah dia akan datang juga.Hari esok cuti,lusa tetap mengadap muka cikgu.Kerjarumah pun bertambah.
Dia diam je...

Teman fikir dia faham tapi malangnya...
Ibu!Alif rasa Alif perlukan MC tu.
Dalam hati...grrr...geram betul dengan budak ni.Tak tahu kenapa tak suka pergi sekolah.
Teman serkap jarang..ibu tahu kenapa beriya iya sangat nak MC tu!
Dia tanya kenapa?Alif demam....
Teman jawap..ibu tau kenapa....kerjarumah tak siap kan?
Dia senyum je...
Teman kata pergi buat sekarang!tak kira demam ke tak demam ke.....buat sekarang!

Sambil berlalu dia kata...ibu ni,nak gurau pun tak boleh!
Boleh gitu?nak gurau?memang saja nak kena le...

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK